Friday, September 2, 2016

Kereta kena Langgar dari Belakang

2/9/2016

pagi tadi dalam 7.50 am kat simpang lampu isyarat Taman Warisan Putrajaya 
kereta aku kena langgar dari belakang 
nasib baik tak kuat dan cuma pecah reverse sensor je 

seorang pemandu perempuan, juga seorang PA walaupun dia tak bagitau tapi aku tau sebab laki dia kerja satu bangunan dengan aku 

lagipun enPanjang cakap tak pe la sebab sikit je 
kalau kemek baru dia suruh bayar 

walaupun waktu mula2 kejadian tadi kemain dia membebel .... sabar je la 

hikmah dari kejadian ni ...aku boleh nampak kematangan aku dalam menyelesaikan masalah 
walaupun dalam keadaan marah dan terkejut 
aku dapat selesaikan secara baik tanpa mengamuk macam peugot CDM merah dulu tu ... keh keh 

kalau ikutkan ini pengalaman pertama aku kereta kena langgar dari belakang di lampu isyarat

memang pada mulanya aku tinggikan suara dengan tegas ..minta pemandu tersebut berhenti tepi sebab tak nak ganggu pemandu lain 
kemudian bila dia minta maaf berkali-kali dan aku tengok anak-anak dia masih kecil 
tengok pula kereta aku .... pecah sikit je 
aku kesian ... walaupun masih dalam keadaan marah 
aku cuba kawal perasaan marah, jadi matang dan suara 

memang aku agak garang sikit permulaannya kemudian cuba turunkan sikit demi sikit 
alhamdulillah berjaya walaupun enPanjang tengah marah dalam telefon... phewww 

memang usia mematangkan gaya pemikiran dan tingkah laku kita 
kalau ikutkan ...aku ni amat garang hokey memang kaki gaduh 
tapi sejak dah 30an ni slow sikit dah .... budak opis lama dulu tahu la aku macam mana 
sepupu sepapat yang membesar dengan aku ...di bawah jagaan aku dulu tahu la macam mana ... sampai depa komplen kak manja masak pedaih sebab garang nak mampuih...

so si pelanggar dah whatsapp aku ... husband dia juga dah call ...dia juga dah call enPanjang 
so pemandu di luar sana ...berhati-hatilah semasa memandu 
jika membawa anak kecil ...pastikan mereka dipakaikan seat belt dan kawal mereka supaya tak membuas di dalam kereta 

nasib baik sikit je kalau teruk bayangkan apa jadi pada anak-anak kecil kita tu .... jika mereka tengah membuas di dalam kereta ...berlaku kemalangan atau pun kemalangan berlaku sebab mereka membuas.... jika umur panjang dan tiada kecederaan seperti hari ini alhamdulillah jika berlaku sebaliknya ... 


selamat berhati-hati di jalan raya, memandu dengan berhemah dan jangan jadi samseng di jalan raya 
ingatlah orang tersayang


bertiga kesayangan 


20 comments:

idzwa kamaruddin said...

Awak sama sayaaaa dah tua tak kosa nak marah kan

Kopiolimauice said...

Wlpn sikit ttp mkn puluh ke ratus jgak nk mmbentul kn nye ye hihi

Salina@IbuAqil said...

Alahai..
Kalo kita dah ngetor dah...
Dah ler mmg jenis penakut...
Kita sggh jenguk2 awak dear...
Lama dh x jenguk kawan2 blog...
Rindu! ;)
Yunk nak bagitau kita dah tuka url blog ek...
Ada masalah skit... ;)

Maria Firdz said...

Pernah juga alami peristiwa macam ni.. entahmacam mana encik somi sy jadi lembut hati betul..padahal dia blh tahan pemarah kalau bab kereta kesayangan dia tuh...

Nad MamaZN said...

alhamdulillah dua2 pihak x apa2..

Chekgu Azrine said...

alhamdulillah mujurm takde apa2 yg berlaku...

wahida said...

yang penting korang anak beranak selamat..

LZ - The Blog Owner said...

Bila dalam situasi begitu mungkin secara spontan perasaan kita tak dapat dikawal.. Jadi kena tenangkan diri supaya fikiran lebih rasional..

Alhamdulillah, nasib baik eima takde apa-apa..

hainom OKje said...

Nama pun Kak Manja, kalau garang sangat tak ruggerdlah kan hikhikhik
.....Tak gitu?

Tak perlah, pegang je janji Allah, Allah tak pernah lupa membalas kebaikan hambanya.

~aSHa~ said...

sib baik ko cool dik..
teringkat viral smlm ttg pakcik hamuk kat budak 4taun yg xpatut langsung maki2 mcm tu...


syabas kat ko dik...sbb masih lagi ada adab2 sopan budaya timur dalam meyelesaikan masalah kan kan kan....

in btw...maybe si PA tu...tengah melayan karenah anak2 yang melasak dlm kereta sehingga terbabas...who knows..kan.....kdg2 tgn kiri meraba2 anak2 tgh main2 di sebelah..tgn kanan pgg setereng...jadi tak berapa nak fokus dgn memandu

raihanah said...

alhamdulillah semua selamat

Nadratul Syazwana said...

Alahai sama lah nasib kita! Haritu pun baru kena langgar belakang juga TT_TT Sedih.

TunSha Ayunie said...

Husband aku pernah terlanggar kereta Wira lama seorang pemandu Cina. Paling sadis husband mintak maaf banyak kali that girl buat tatau terus masuk kereta. Suruh kawan dia ambik gambar kereta kami.

Yang panas hati tu, bukan rosak apapun. Calar sikittttttttttttt je! Terbang RM50 tanpa sebab. terpaksa sebab aku nak rushing pergi hospital waktu tu.

Terkenang pulak baca kisah kau ni..

azizah green line said...

mujur takde apa2 kak..

Gee Lion said...

alhamdulillah, ada disebutkan juga dalam hadis bahawa orang yg kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah. aiceh, ku dah bunyi macam ustazah ni kenapa. hehe. takpe, hari ini kita memaafkan orang esok lusa jadi pada kita, mungkin kita akan mengharapkan perkara yg serupa.

salam singgah dari blog diari dandelion ^_^

mama tisya said...

nasibaik tkde apa2 tp bila tgh marah kdg2 di bawah kawalan

Kesuma Angsana said...

Salam Singgah Jumaat. Selamat hari raya Aidiladha in advance juga. KA pn baru je terlibat dgn satu incident. Tapi mmg betul mkn berusia kita mkn matang. Dulu2 dgn along n angah mcm singa lapar je nak marah. Tapi dgn adik boleh KA cool aje. Tu anak2 yg besar komen he3

Mar Mansor said...

in sha Allah ada gnjarannya nanti

LYAfrina said...

syukur xde apa y serius n semuanya dpt disettle kan sebaiknya

ch@ said...

cuak juga kalo tetiba kena langgar dgn x sengaja.
btw, fmly potret tu cun sangat ah!