Thursday, September 22, 2016

Selamat Tinggal Alpha

hari ni mood menulis ada sedikit
so aku kembali menulis .... banyak cerita sepanjang bulan september ni
aku harap mood aku kembali seperti biasa 

04.09.2016

setelah 2 tahun kami bela Alpha dan dah tiba masanya kami melepaskan dia 
bagi dia merasa hidup bebas, hidup di alam semula jadi kurniaan Allah ini, hidup berpasangan, belajar hidup berdikari mencari makanan sendiri

lagipun aku rasa berdosa bila terlupa beri dia makan
aku rasa berdosa bila tak ada di rumah 2-3 hari, selama itu dia menahan perut 
kalau tak ada di rumah lebih dari seminggu baru aku akan serahkan alpha kepada kawan aku untuk jaga sekejap 

kesiankan bila terfikir aku kerap menyeksa dia kelaparan
Alpha tak pandai makan sayuran hanya pandai makan palet sahaja 
aku harap sekarang Alpha sudah pandai mencari makanan dan makan makanan semulajadi kura-kura 


asalnya ada 2 ekor kura-kura fahim dan alisha 
Alpha dan Alphin 
aku beli pada bulan September 2014..genap-genap 2 tahun
tapi Alphin dan arwah ...salah aku 
asalnya aku nak biar budak berdua ni bergerak bebas di dalam bilik air 
main kejar-kejar tapi aku lupa tutup pintu 

bila aku naik ke rumah atas budak berdua ni dah hilang dari bilik air
puas mencari seluruh cerok-cerok dan pelusuk rumah atas 
yang hanya jumpa si Alpha sahaja 
Alphin hilang ....hampir 2 minggu ...time tu memang risau sangat takut mati dan membusuk 
tapi Alphin panjang umur di jatuh dari tangga dan terjatuh dalam stroller Alisha 
dia selamat cuma dehydrated sangat .... memang nampak kelainan pada kulit dan kawasan mata Alphin 
aku letak kembali Alphin bersama Alpha memang aku ingat lagi moment tu bila Alpha naik ke atas badan Alphin 
mungkin pelukan rindu sesama diorang.... dari kecik Alpha dan Alphin memang suka panjat belakang masing-masing 

tapi umur Alphin tak panjang lebih kurang 2 bulan kemudian dia mati 
so tinggallah Alpha sendiri kembali 
hidup tak berteman 
dia hanya disentuh bila aku nak cuci bekas air dan berus badan dia 

so kini semuanya tinggal kenangan bila kami telah melepaskan Alpha di Tasik Putrajaya berdekatan Monumen Putrajaya 

Alpha

ucapan dan pesanan selamat tinggal

memang sifat semulajadi haiwan rasanya .... keluar je dari bekas terus bergerak ke arah bunyi air

pertama kali masuk ke tasik 

selamat tinggal Alpha...semoga kamu baik-baik je dan dapat survive 

Fahim merah muka dan merah mata sebab sedih 
hati tisu betul anak bujang aku sorang tu 
Alisha rileks je .... aku pun sedih juga sebab selama 2 tahun ni aku yang jaga Alpha 

Selamat Tinggal Alpha 
nanti kawen suruh bini bertelur banyak-banyak tau 
eh eh jap ...aku taktau Alpha ni jantan ke betina ....tapi aku rasa dia jantan

oh ye ...kenapa aku lepaskan Alpha kat sini sebab aku banyak kali pernah jumpa kura-kura kat tasik ni waktu datang beriadah

8 comments:

hainom OKje said...

Hihi....sedap nama, Alpha dan Alphin... Mak mmg tak suka bela bela haiwan cenggini Ma. Sebab mls nak bela weyh.

Biasalah tu.... dah lama bersama tentulah sedih....

nuyui a.k.a miss YUI said...

slmt tgll alpha..moga blh hidup berdikari

mama tisya said...

cute nye kura2 tu

lieyalatif said...

alahaiii touching..tak pasal2 sebak air mate daku wey....mudah-mudahan alpha dpt jumpe jodoh dan hidup bahagia ke anak cucu ...ecewah!

idzwa kamaruddin said...

sobs!~ sedih plak aihhhh tapi mungkin itu lebih baik kan ;)

TunSha Ayunie said...

Pernah bela kura-kura, lepas tu macam kesian je tengok depa duduk dalam aquarium kecik, so letak la dalam kolam buatan bapak aku. Kolam tu letak ikan kap. Sekali hujan lebat, air naik... kura-kura dengan ikan kap tu terus hilang tak tau pi mana.. haha

Nad MamaZN said...

besau dah kura2 nya tu.. elok la dia dilepaskan kan.. ksian fahim..

LYAfrina said...

waaa..lma tuh jaga...
kn sng nk jaga kura2 tmpoh lama camni..
msti trsa sebak n sedih time nk lpskan ..
in shaa Allah..alpha pom msti igt pd tuan dia