Thursday, October 13, 2016

Bercuti di Banglo TM Cherating | Review

17/09/2016


lepas check out dari The Qamar Resort Paka 
kami terus bergerak ke Cherating 
menginap di Banglo TM
banglo ini dibuka untuk orang luar juga selain staff TM 
kawasan yang luas dan lapang 
memang sunyi tersorok jauh ke dalam 
bagi yang mencari ketenangan mungkin anda akan jumpa di sini 
hanya anda dan keluarga anda yang menikmati suasana di sini 
hanya ada satu-satunya banglo di sini di belakang ibu sawat TM

kami ke sini atas tiket abang enPanjang staff TM pada kadar 1 malam RM90.00



rumah yang luas dan memanjang seperti huruf T
dibahagian belakang rumah ni deretan bilik 
banglo ini mempunyai 3 bilik  dan 2 bilik air lengkap dengan waterheater

ada kawasan melepak  sambil minum petang dan tempat membuat BBQ

private kids pool 
boleh berendam dari pagi sampai ke malam tanpa halangan 
anak-anak ni 3 kali terjun kolam 
tengahari .... rehat sejam terjum lagi ...petang terjun lagi 
sampai Alisha aku tu sunburn teruk .... hitam legam budak sorang tu 
nasib baik selepas 4 minggu ni kulit dan beransur kembali ke asal walaupun awal oktober tu aku bawa mandi laut lagi (yang ni next entry)

ni terjun kali kedua kot lepas rehat dan makan nasi 
(untungnya penginap selepas kami menginap ni adalah diorang dapat mandi kolam ni tanpa bersusah payah nak beriya mencuci kolam ni, mungkin tak terjaga dengan baik atau tiada penyelenggaraan kolam ini terbiar hingga kotor berdaki. Kredit to my Abang ipar dan biras iaitu ibuayah kakak berdua ni sebab kerja keras basuh kolam ni...thorbaikk)

kolam betul-betul depan ruang tamu ... pantau anak dari dalam rumah sahaja 
letih mak aihh dok berjemur juga kat luar tu 

ruang tamu dan ruang meja makan di sini sangat luas dan memanjang 
puas juga budak berlima tu main sampai siap boleh main bola lagi dalam rumah 

aku hanya sempat ambik gambar 2 bilik je 


luas dan bersih serta ada penghawa dingin di setiap bilik dan ruang tamu

ruang dapur yang lengkap dengan peralatan tetapi sayangnya tidak mempunyai gas 
nasib baik kami dah portable stove untuk sesi memasak yang simple-simple
sebenarnya semua peralatan memasak yang lain MIL aku bawa semuanya 
dari pinggan mangkuk hingga ke kopi gula

kami tak perlu pun guna peralatan di sini.

sebelah malam kami tapau je makanan dari restoren Thai berdekatan 
makan malam bersama-sama di Banglo TM 
\anak-anak dah penat ..sehari suntuk mandi kolam 
Alisha dah tertidur sebelum sempat makan malam 




banglo ni sangat luas dan bila malam ia sangat sunyi 
ye la ko sorang je kat tengah tu kan .. tak rumah lain pun ....
memang tenang siap boleh dengar bunyi cengkerik 
tapi alhamdulillah tak ada sebarang kejadian pelik atau mistik berlaku 
seram memang seram sebab rumah besar pastu bukan rumah ko pulak kan 
biasa la tu mainan minda ... berdasarkan pengalaman kami tak ada kejadian mistik 
rumah ini tak ada entiti .... inshaaAllah
bukan apa ... ada yang PM ai kat IG tanya pasal banglo TM Cherating ni 
tu pasal aku cerita sebelum nanti ada yang PM lagi tanya pasal ada entiti tak baik aku cerita awal-awal...kih kih kih 

anyway kami sangat enjoys di sini 
memang boleh spend time dengan keluarga sepenuh masa 




10 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Yang best tu ada kolam renang eima..
Tu lah anak2 suka..
Kalau tidak mahu dorang bosan kan..

nuyui a.k.a miss YUI said...

heheh ohh ada yg tnya dh ea..

alhamdulillah takde pape. biasalah. tmpt kt tak biasa p. mmg mainan minda pun

mama tisya said...

banglo ada kolam..syok utk bdk2 kn

Nad MamaZN said...

bestnya eima.. klu bukan staf bleh book dok sini gak ke?

mamaarifakeemaisy said...

bestnya..
tetiba rasa macam lama benooor akak ni tk g cuti cuti..huu...

Chekgu Azrine said...

kolam renang tu mmg acara wajib bila pegi bercuti..bdk2 kan suka..
haihh..lama dah akk xbwk anak2 bercuti

Inani Hazwani said...

Syoknyaa ! Nani ni ada jugak plan nak ke sana nanti :)

Ibu Anita said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KY WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KY WITJAKSONO dengan senang hati KY WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor togel yang betul2 tembus dan uang gaib tanpa tumbal,silahkan hubungi KY WITJAKSONO di 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
LEBIH LENGKAP KLIK=> PESUGIHAN TOGEL GAIB

Kira Sakura said...

puas hati kalau dapat bercuti dalam ni. siap kolam renang depan hall tak susah hati nak tengok budak2

hainom OKje said...

UNtungnya Ma ko, ayik berjalan je kerjanya. Murah banget tu.....banglo beso cuma bayo Rm90....

Bebudak apa lagi aktiviti dia kalau bukan mandi ye Ma. Layankan ajelah