Monday, October 24, 2016

Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor | Review Garden Villa Chalet

semasa percutian ke Pulau Pangkor yang lepas kami menginap di Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor untuk kali kedua 
kami memilih bilik jenis Garden Villa Chalet berharga RM340.00 satu malam termasuk sarapan pagi untuk 3 orang
mempunyai 1 single bed dan 1 queen bed 
kami tambah 1 extra bed tanpa voucher sarapan pagi dengan harga RM35.00
jika extra bed dengan sarapan pagi berharga RM50.00

Di Puteri Bayu Beach Resort ini terdapat 3 jenis Chalet :
1. Bayu Villa Chalet
2. Family Villa Chalet
3. Garden Villa Chalet

setiap chalet ada connecting door dengan bilik sebelah
kalau datang dengan 2 family atau ahli yg ramai boleh request utk connecting room





memasing tak sabar nak masuk bilik sebab dah penat sangat dah


hulur tips tapi abang ni tak nak ambil pun sebab dia cakap tu tugas dia 


bilik yang agak luas ... boleh 2 beradik berlari main kejar-kejar

perabot design lama 
tapi masih empuk 

design bilik air yang biasa tapi bersih

standard complimentary

 standard complimentary 



aku suka chalet ni sebab lebih privasi 
memang saja request bilik yang dekat dengan kolam suapaya tak perlu berjalan jauh nak ke kolam, cafe dan pantai

Chalet ini sangat selesa untuk keluarga 
sebab ruangnya yang luas dan tak perlu naik tangga
(untuk makluman Puteri Bayu Resort ni tak de lift) kalau dapat bilik di tingkat 3 macam kami yang lepas agak mengah nak memanjat tangga 
bila dapat menginap di Chalet ni .... nak keluar sehari banyak kali pun tak pe 
sebab tak perlu naik turun tangga 

ini pendapat peribadi aku 
Resort ni selesa dan memusakan hati dari segi kebersihan, kemudahan dan sikap staff.
sebab tu bila pernah menginap kali pertama aku datang lagi ke Pulau Pangkor kami masih lagi menginap di resort yang sama.


lagipun lokasi resort ni berdekatan dengan deretan kedai makan, kedai runcit, tempat sewa basikal/motorsikal dan kedai cenderamata membuatkan aku memilih resort ini 

nak balik pun senang 
hantar motor di kedai sewa motor kat depan tu. sorang heret beg besar terus tahan teksi untuk ke jeti 
tambang pun murah dari Pasir Bogak ke Jeti cuma RM10.00




Lokasi :
Puteri Bayu Beach Resort
Pantai Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor, Perak, Malaysia







14 comments:

Kira Sakura said...

wahhh best. bilik yang bersih memang tu yang semua orang nak bila menginap ni kan

hainom OKje said...

Tak pernah lagi duk chalet Ma. OK jugakkan. Betul jugak tu boleh tercabut lutut gamaknya kalau naik turun tangga haha.......Boleh tahan jugak harga bilik dia tu ye Ma. Kalau sewa sebilik, Ok lagi. Yang sakitnya kalau sewa 2 bilik...

Kakcik Nur said...

Macam best ni. Kalau kebetulan bercuti ke sana, bolehlah buat tempahan... :)

mama tisya said...

dlu pernah stay tp ms tu kecik lg...sek menengah..cuti2 ngan family tp ms tu tkleh mandi laut sbb ada tumpahan minyak

idzwa kamaruddin said...

Bersih yang penting!

Puan Kutu said...

Bagus ye pekerja diatak nak tips..memang sepatutnya macam tu la kan..tugas dia n dia dh dibayar gaji.tp zaman sekarang mana ada dah org yg betul2 ikhlas camni.agak kagum

lieyalatif said...

asalkan bersih dan ekon berfungsi baik pada lieya okey dah ...nampak tak betape permaisuri lilinnye i hahaahahahah

Husna Rahman said...

cantik pemandangannya plus bersih je tempat..

Chekgu Azrine said...

Bersih dan staff ok tu yg bestkan?

Nadratul Syazwana said...

Bestnyaaa. Dah lama tak pergi Pangkor. Tengok chalet tu macam lawa & kemas :)

nini said...

....

LYAfrina said...

seronoknyaaa

~aSHa~ said...

bersihnye bilik..menarik...

dah lama akk tak gi berholiday dgn family...sob sob sob

Shahida Dzulkafli said...

Alamak.. alamak..
Cantiknya pemandangan challet..