Wednesday, October 12, 2016

Review The Qamar Resort, Paka Terengganu

semasa bercuti Paka, Terengganu kami menginap di The Qamar Resort
dulu dikenali sebagai Residence Hotel Paka 

pembaca blog yang memang mengikuti blog ini pasti tahu di mana lokasi yang aku akan kerap bercuti dulu .... lain dan tak bukan ialah Paka 

seingat aku waktu The Qamar masih dikenali sebagai Residence Hotel aku tak pernah sekali pun review hotel ni walaupun aku kerap kali menginap di hotel ini dulu 

gambar dari web site The Qamar


kali kami memilih bilik jenis Chalet 
kadar 1 malam pada cuti umum adalah RM340.00 untuk gov rate
harga sebenar RM420.00

banyak kali juga dah kami menginap bilik jenis Chalet ni ... luas dan selesa ....

gambar dari website the qamar 
chalet yang mengadap laut  memang boleh dengar deruan angin laut malam-malam 
tetapi ada nyamuk ... biasa la tepi laut kan .... tapi jangan risau disediakan ubat nyamuk elektrik fumakila


maggi cup termasuk dalam complimentary 
free... mula tu takut juga nak makan kot kena caj .. tapi bila dah reconfirmed dengan hotel tidak was-was lagi ia adalah percuma


ada selected astro channel 
cuma kena upgrade service pastikan semua channel clear dan boleh ditonton
masalah ni dah lama sejak under management Residence Hotel lagi 
tapi memang la tak sempat pun nak tengok TV tapi mesti nak buka juga TV kan 
dah jadi habit


dalam peti ais ada 2 botol air Fanta Grape dan Oren ...ni pun complimentary..sila minum tanpa was-was
rasanya setiap bilik juga sama sebab bilik sebelah kami ... bilik Parent inlaw juga air yang sama 

oh ye ..aku nak snap pinggan buah-buahan for welcoming quest yang dihantar ke bilik 
ada epal, oren dan cherry... dulu diorang bagi welcoming drink .... fruit juice ...
aku lagi suka fresh fruits tu


bilik air luas tak ada bathtub 
kalau deluxe room ada bathtub


harga bilik termasuk dengan sarapan pagi untuk 2 orang 
yang aku suka kat hotel ini dan hotel-hotel di Terengganu  ialah mereka sediakan makanan istimewa negeri mereka 
of course my favourite ialah NASI KERABU daging bakar


hmm sedap 

ada juga laksam also my kegemaran 

aku juga makan mee goreng ni 
sedap 


selain dari makanan yang aku ambil pagi tu ada juga makanan lainsama seperti di hotel-hotel lain 
baked beans, sausage, potato wegdes, cereal,  mee celop, scramble eggs, roti canai dan banyak lagi 
cuma yang spesial kat sini ialah ada main dish makanan negeri itu yang ia jadi sangat menarik
oppss tak lupa kat sini ada kuih-muih tradisi juga cek mek molek dan kuih bakar kot 
tapi aku dah full tak sanggup lagi nak makan 


view depan chalet sangat cantik 
memang boleh terus nampak laut cuma sayangnya laut tak boleh mandi 
semua orang tahu kan laut kat terengganu kebanyakkan memang tak boleh mandi pun berteluk 
kolam renang pula sebelah chalet 
jalan kaki 5-6 langkah sampai oh ye cafe pun sebelah chalet 


THE QAMAR RESORT PAKA, TERENGGANU(Formerly known as RESIDENCE® RESORT PAKA, TERENGGANU)Add: Lot 473, Kampong Cacar, 23100 Paka, TerengganuTel: +609 827 3366Fax: +609 827 3388Email: reservationpaka@theqamar.comWebsite: http://www.theqamar.com/

9 comments:

Aty_Fared said...

waaaah... besh ni.. maybe kalau ada kesempatan ke paka lagi lepas ni..boleh try ke sini pulak.. nampak laksam tu.. aku dah lama ngidam ni hooii..!! kat sini susah nau2 nak dapat...

mama tisya said...

ngadap laut best..dpt dgr deruan air dr laut...lpr plak tgk menu2 tu

Chekgu Azrine said...

bestnya...series lama giler tak pergi trengganu...alahai..tak tahula cik abe saya ni nk bwk bila la g jalan2 belah sana pulak...

hainom OKje said...

Boleh tahan mahal jugak harga hotel tu Eima. Tetiba pulak rasa kedekut hihi... Mmg patut pun banyak complimentary dia, sesuai sangatlah dgn harga chalet.

Tengok nasi kerabu tu ....ni yg buat nak duk hotel Terengganu ni tau

Noor Najwa said...

the qamar ni dekat je dgn rumah saya :)

ch@ said...

bestnya...
aku duduk dlm hotel je la, sambil berangan.
syoknya...

Asha Lya said...

Blh thn juga hrganya ya, mcm x nak kuar dri hotel ni gini

Ibu Anita said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KY WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KY WITJAKSONO dengan senang hati KY WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor togel yang betul2 tembus dan uang gaib tanpa tumbal,silahkan hubungi KY WITJAKSONO di 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
LEBIH LENGKAP KLIK=> PESUGIHAN TOGEL GAIB

Kira Sakura said...

wahhh memang jarang kan kalau hotel ni sediakan makanan negeri dorang. tapi ok la kt sini. banyak jugak main dish dorang