Wednesday, November 30, 2016

2-3 Tahun Lagi Kot baru Plan ke KK lagi | Last Day di Sabah


16/03/2016


hari ni hari terakhir kami di Kota Kinabalu 
pagi-pagi terus ke Pasar Philipine 
tambah-tambah apa-apa yang belum habis beli 
aku tak beli apa-apa pun beli mainan untuk budak berdua ni je 
diorang berdua tu bukan boleh nampak barang bergayut-gayut tu ada je nak dibelinya

kemudian lepak sekejap di Segama Waterfront KK 
tengok jeti tengok laut



anak-sabah sabah ni kecil-kecil lagi selamba je main laut macam ni 
seriau tengok 
mesti pandai berenang dan memang orang laut ni 
kalau tidak takan mereka berani duduk atas bot begitu kan 
kagum kejap Fahim tengok budak-budak ni


Flight kami pukul 2.40 pm 
lepas lepak kejap tengok laut terus balik ke Marina Court Condo Resort untuk bersiap ke Airport 



my mami jarum 
budak kecik ni memang suka barang kemas dan perhiasan 
hari tu kat Pasar Philipine memang beli satu set barang kemas mutiara untuk Alisha 
sebentuk cincin, seutas rantai dan loket dan rantai tangan yang diikat suasa dan mutiara 
total RM 180.00 satu set 

suka la anak dara ni abah belanja barang kemas kat dia 



Flight kami hari tu kami dapat Kapal Terbang besar yang baru touch down dari Beijing
memang selesa la tapi yang tak best nya 
makanan macam tak cukup 




Alisha tengah layan movie sebelum tidur 
budak ni peel dia ...naik la apa-apa kenderaan pun mesti dia tidur 
sejak dari baby macam tu 
senang kerja mama 

bye-bye Sabah 
till we meet again

indah sungguh pemandangan dari atas 
jernihnya laut nampak hingga ke dasar

dapat 1 pack je 
banyak kali kot aku tanya kat flight attandent 
food for my kids ??
sampai sudah tak hantar 
so nasi mama reserve untuk alisha sebab kejap lagi bangun boleh makan 
kesian sebab tadi tak lunch pun just beli nugget kat KFC je 

kami sampai di KLIA dan terus balik ke Putrajaya naik ERL
dan ambil kereta di Putrajaya Sentral 
parking RM20.00 untuk 4 hari 
memang menjimatkan dari park kat KLIA/KLIA2

kami ke KK dengan menaiki Air Asia dan balik dengan MAS 
memang tak boleh nak park kereta kat KLIA/KLIA2 pun 

kami pilih tiket promosi 
pergi balik lain jenis penerbangan 
janji murah 


Tamat sudah percutian keluarga ke Sabah 13-16 Mac 2016




Entries Percutian di Sabah 2016






11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Anak dara biasalah mesti nak cantik-cantik
Naluri perempuan lebih kurang aje:)
Tapi sweet kan bila dia pakai itu semua.

Aty_Fared said...

sebenarnya..sebelum aku bercuti ke bali tu..berkira2 macam nak ke KK ni.. tapi.. last2 aku amik gi Bali dulu.. skrang ngah survey2 ticket murah nak ke KK ni.. kot rezki dapat Rm 10 tu kan..heheh..[boleh ar rujuk page ko ni..]

Norhayati Mohd Isa said...

Akak dah lama tak jejak kaki ke KK ni..
Masa nabil kecil lagi..
Nak kena cari promosi tambang murahlah..

Mahu anak dara tak gembira dapat barang perhiasan..
Satu set lagi tu..
Bermutiaralah satu badan ye eima..

adianiez AIDA said...

wow. seronok nyer iema :)
aida ni memang teringin sgt ke sabah.
dok usha tiket kapal terbang.
tapi tu la bajet lom izinkan :(
nak tiket murah, payah la nak dpt kan hu hu hu nanges!!!

Nad MamaZN said...

plan utk thn dpn. in shaa Allah.nnt kite refer sini semula k! hehe..
fahim kagum tgk anak2 sabah tu main bot berenang etc. kalu depa dtg semenanjung, tah2 kagum tgk budak2 dah pandai bawak motor bagai.. haiihhh seriau nengok kecik2 dah pandai bawak moto cam pelesit

FarahGlanzDotCom said...

suka la dia dapat set rantai mutiara sabah 1set.. kat sabah memang murah kan barang perhiasan yang buat drp mutiara nie..=D

Shahida Dzulkafli said...

Comel dia dengan set barang kemas tu..
gegurl dengan perhiasan berpisah tiada.. hehehe

LYAfrina said...

bestnyer..oklah tu rasa juga pergi sana..
lya ntah bila blh smpai sana..

Fatin Days said...

Boleh pulak MAS x cukup makanan eh? Macam x patut je

http://www.fatindays.com

Kira Sakura said...

rindunyaaaa nak ke sabah lagi. tapi tula kena tunggu betul2 promosi dulu baru boleh decide bila nak perginya

hainom OKje said...

Jeles kat Mami Jarum tu.... kecik kecik dah naik turun kapal terbang. Aunty ni entah bilalah agaknya...
Senang ko ye Ma dapat tiket murah. Teringin jugak nak bawak anak anak naik kapal terbang. Tapi tulah hakak ni bukan pernah pun nak booking tiket bagai tu