Friday, November 4, 2016

Cara Dapatkan Voucher Diskaun Tiket Legoland Malaysia bernilai RM50.00

seperti yang dijanjikan aku akan ceritakan macam mana nak dapatkan Baucar Diskaun RM 50.00 untuk tiket Legoland Malaysia 
syaratnya cukup mudah dan tak rugi pun 
hanya isi minyak RM45 ke atas anda layak menerima 1 Baucar Diskaun RM50.00 berserta satu kupon diskaun RM1.00 di Petron Malaysia dengan Terma dan Syarat
selain itu juga anda berpeluang untuk memenangi Percutian ke Legoland UK di London 

sekali isi minyak RM45.00 ke atas dapat 3 kelebihan 
1. Baucar diskaun Legoland Malaysia bernilai RM50.00
2. kupon RM1.00 bagi pengisian minyak seterusnya
3. berpeluang menang percutian ke London

Peraduan ini bermula dari 21 September 2016 hingga 20 November 2016

ada lebih kurang 15 hari lagi untuk korang dapatkan baucar diskaun ini.




untuk maklumat lanjut boleh click Petron Miles


harga tiket Legoland Malaysia
adalah seperti di bawah



Book online diskaun 20%



promosi myKad diakaun 20%

tetapi jika guna baucar diskaun Petron Miles bernilai RM50.00
perlu guna harga sebenar seperti di bawah 


RM180 untuk dewasa
RM145 untuk kanak-kanak

tolak diskaun Baucar Petron Miles RM50.00

RM 180 - RM50 = RM130.00
RM 145 -RM 95= RM95

JIMAT
RM14 untuk tiket dewasa
RM21 untuk tiket kanak-kanak

total jimat jika untuk keluarga kecil kami
2 Dewasa dan 2 Kanak-kanak adalah RM70.00
lepas dah nak buat beli makanan/minuman atau lego untuk anak-anak kat dalam theme park

bagi yang plan nak bercuti ke Legoland Malaysia boleh la dapatkan baucar diskaun di Stesen Minyak Petron yang berdekatan sebelum 20 Novermber 2016


Baucar Diskaun ini sah sehingga 30 April 2017



selamat isi minyak dan kumpul baucar
sambil kumpul dpt kupon minyak RM1.00 dan mana tau bertuah dapat pakej percutian ke London

lagi pun hari ni dah open for public Lego Ninjago The Ride
bila lagi nak cuba game baru kan ... tengah ada promosi grab cepat-cepat

promosi macam ni aku selalu grab untuk diskaun ke Legoland Malaysia
2 kali ke Legoland 2 kali aku guna baucar diskaun





Note: nanti aku share  dengan korang diskaun Legoland lagi next entry

8 comments:

mama tisya said...

tq sharing

Qhaifa Nur said...

Kna isi minyak kat Petron ni...

hainom OKje said...

Tak pernah lagi gi Legoland Eima. Apatah lagi Universal Studio....bagus jugak ni kalau boleh grab. Isi minyak jer pun kan.
Tiket diskaun ni mesti valid untuk sekali masuk per person kan Eima....

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

tq share..mulai skang nk isi minyak kat petron..haha..

nurbijen said...

Ala, baru jer isi minyak penuh... Tapi tak pernah lagi isi minyak petron... huhuhu..

Atie Yusof said...

wahh..TQ sharing..menarik info ni.. boleh minta hubby isi minyak kat Petron nti...:)

Inani Hazwani said...

Wahh menarik ni sempat lagi kalau nak dapatkan :)

Kira Sakura said...

alaaaa habis dah promosi. selalu jugak isi petron ni