Wednesday, November 23, 2016

Fahim dan Kejohanan Catur Peringkat Kebangsaan 2016

5/11/2016

Fahim masuk Kejohanan Catur Kali 2 Anjuran SKPP16(2) dengan kerjasama Malaysian Chess Federation & Persatuan Catur Putrajaya Peringkat Kebangsaan 2016
untuk bawah 8 tahun

Fahim memang minat dengan permainan Catur ni
sebagai ibu aku sangat menggalakkan Fahim untuk bermain dan belajar

Catur ni boleh meransang keupayaan minda dan daya pemikiran kognitif, meingkatkan kebolehan menyelesaikan masalah, peningkatan dalam pendidikan akedamik dan lebih fokus

ini adalah kali pertama Fahim menyertai pertandingan peringkat kebangsaan yang melibat seluruh negeri di Malaysia kecuali Sabah & Sarawak
peserta terdiri dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan negeri berdekatan dengan Putrajaya 

aku anggap ini adalah satu peluang untuk Fahim untuk menimba satu pengalaman baru dalam permainan catur ini
aku tidak harap Fahim menang cuma untuk mencari pengalaman dan meningkatkan keyakinan diri untuk bertemu dengan peserta lain 
cari pengalaman untuk biasakan diri dan mengawal emosi serta kemahiran berfikir 
bukan mudah untuk kita jika tiada pengalaman semasa dalam perlawanan 


selain tu aku nak wujudkan ranking Chess Fahim untuk national rated ni 
untuk kejohanan kali ni ada 7 pusingan dan setiap permainan selama 20 minit menggunakan Jam Catur 

Fahim menang 4 games dari 7 games
dapat No.72 dari 101 peserta 
aku nak cerita pasal point memang aku tak reti 

ini adalah titik permulaan 
InshaaAllah Februari 2017 nanti Fahim akan join kejohanan chess national rated yang akan berlangsung di Presint 3 Putrajaya 

mama dan  Alisha teman Abang 


games pertama


games terakhir


kejohanan ni bermula dari jam 8.30 am sehingga 4.00 pm 
sehari suntuk kami meneman Fahim 

semoga minat Fahim ni boleh mendorong Fahim terus berjaya 
si boolat aku ni tak berminat sangat dengan sukan 
so kena cari perkara yang dia minat dan sokong dia 

seminggu sekali Fahim akan hadir kelas catur yang dikelola oleh sekolah Fahim cuma guru catur adalah CM yang diiktiraf


16 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

terbaik fahim..

Kira Sakura said...

wahhhhh good luck abg fahim. bukan senang nak main catur ni sebab dia kena strategi. achik dulu masuk jugak kelab catur ni masa sekolah dulu fahim tapi tula sampai sekarang tak reti2 jugak nak main nya hahahahaha

raihanah said...

tahniah fahim semoga terus berjaya

Mazni Azmi said...

Main catur ni membantu melatih otak ingat setiap step dan setiap game. Koordinasi dalam kehidupan pun hebat

εïзmmyHazaεïз said...

terbaik fahim... pandai dia main catur

cikpuanhady said...

woww.. bravo fahim..

jemput singgah my blogshop, ada sale instant shawl.. cantik2..

http://mymodestycloset.blogspot.my/

lieyalatif said...

wow bagus!! game org2 pandai ni wey...

aku laki aku ajar lebih 10 kali tetap bangang nak paham kahkahkah

Inani Hazwani said...

Wahhh tahniah. Dapat pergi kebangsaan pun kira bagus sangat dah, bukan semua dapat pelaung macam tu :)

Norhayati Mohd Isa said...

Good luck fahim..
Budak pandai main catur ni..
Otaknya cerdik..
Kuat berfikir tu eima..😊

Atie Yusof said...

wow. ..kagum dgn Fahim.. moga dia terus cemerlang dlm catur ni.. sllu budak2 jarang nak main, kan...

hainom OKje said...

Tahniah Fahim.... Ada bakat jadi Pencatur Negara satu hari nanti ni nampaknya... Weyh aunty dulu pun pernah lawan catur tau.... tapi peringkat sekolah je hihi...Terus kalah haha....

Sidratul Muntaha said...

salam alaik
salam singgah
pandai fahim main catur
tingin jugak nak anto anak main catur kengkangan masa
btw, tahniah Fahim atas kemenangan 4 games
well done

dear anies said...

hebatttt fahim... acik anies ni smpi ke tua mmg x tau langsung main catur wpn yg game punya hehehehhe good luck ya!!

LYAfrina said...

Biasa budak pndai main catur ni sgt cerdik orgnya...
Tahniah buat fahim.. smoga trs sukses.. manatahu blh mewakili k peringkat y lbh tinggi lps ni

Fatin said...

Baguslah pilih catur as his game. Kat sekolah dlu budak2 pandai selalu wakil sekolah main catur ni

adianiez AIDA said...

eima, kebetulan tadi tghari aida terfikir nak anta anak2 kelas catur tau.
kat fb, ada member tunjuk gambo anak dia lawan catur dgn atok nyer.
tu yg terlintas....