Wednesday, November 30, 2016

Makan Malam Terakhir di Kota Kinabalu | Gerai Santai Haji Manja

15/03/2016

ini cerita lapuk yang aku tak up entry sebab entah la kemalasan mendatang gamaknya ketika itu 
sementara aku tengah free ni nak share lagi aktiviti kami di Sabah pada bulan Mac yang lepas 

ini adalah makan malam terakhir kami di Kota Kinabalu sebelum pulang ke semenanjung 
Kota Kinabalu terkenal dengan seafood nya yang murah 
jadi jom makan seafood lagi 

lepas balik dari Tg. Aru kami terus ke Medan Selera Segama Waterfront, KK 
malam sebelum ke Kundasang pun kami makan seafood di sini 
memang murah-murah dan segar
malam sebelum tu kami makan di Gerai Ummi dan Family 


kali kami cuba Gerai Santai Haji Manja 
ramai yang review jom kita rasa 


time untuk pilih-pilih mana yang berkenan 




udang ni dekat sama besar dengan tangan aku dah 


ikan-ikan yang segar 

aku tukang ambil gambar je bukan tukang pilih sebab seafood ni bukan makanan kegemaran aku
semua aku rasa tapi tak banyak 


Family besar kami 


Alisha yang senyum paksa 
orang tak habis makan lagi dia dah tidur dah 
penat seharian berjalan 


Antara menu yang kami order 

Siakap Stim rempah kot 
aku dah lupa 
tapi pedas .... ikan kegemaran atok tapi masakan yang ini atok tak suka sebab dia lagi suka stim lemon/asam boi tu lagi 
budak-budak nak tumpang makan pun x boleh 

Butter Prawn 

ikan masak sweet sour 
ikan ape tah ni aku tak kenal tapi yang aku ingat isi dia manis 

tomyam campur style sabah 
aku tak suka rasanya 
terlalu pedas dan berempah

kailan ikan masin 

sotong goreng tepung 
menjadi rebutan bergegar gambar aku tengah dok snap ade je tangan dok capai seketul seketul


Sotong Masak Dried Chili

Spicy Butter Crab
yang ni aku tak rasa pun 
aku tak suka ketam, rasanya enak tapi nak makan sangat menyusahkan 
so masuk list makanan yang aku tak suka makan 


malam tu ada pulak orang tolong orderkan satu jug orange juice 
RM30.00 sejug plak tu sangat mahal bagi aku 
pepandai je order... ahli keluarga juga tapi group lain
kami ni jenis minum air yang biasa -biasa je 
tak suka yang berjus-jus ni tambah-tambah kalau makan seafood 
sebu perut memasing 

Total makan malam tu RM 235.00

ini pendapat peribadi aku 
lain orang lain citarasanya 

rasa masakan di Gerai Ummi dan Family lebih sedap dari gerai ini 
maaf ye 
ini citarasa aku 
harga di Gerai Ummi dan Family pun lebih murah  sedikit dari gerai ini 
dan harga dipaparkan di setiap jenis pilihan bahan mentah 

tak salah mencuba kalau tak cuba tak tahu yang mana memenuhi citarasa masing-masing 

di Segama Waterfront KK ni banyak pilihan gerai makanan laut 
pilih sahaja 
ada setengah gerai harga bahan mentah termasuk masak RM3.50 untuk 100gm
pilihan di tangan anda 
rasa nak cuba yang orang review dipersilakan 

harap jangan ada sentap dengan review jujur tidak berbayar aku ni 
hehehe







14 comments:

Yana MIB said...

aish bila laa dpt pi sabah lg ni...duk baca pengalaman org je..huhu cpt laaaa AA buat salessss

Kakcik Nur said...

Bila baca tentang KK, mesti rasa rindu untuk ke sana lagi... Entah bilalah berpeluang... :)

Amanda Suria said...

KK mmg terkenal dengan seafood..heaven sgt...nak pergi lagi la...bestnyaa

Asha Lya said...

Sy x pernh lgi mkn kat gerai ni sbb sy x brapa suka mkn dkt luar, ikut mood hihi..so far sabah memg trkenal dgn seafood, mungkin sbb da jemu tu yg lbh refer msk ikut citarasa sndiri

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg segar belaka tu..

adianiez AIDA said...

dgr nyer seafood sana murah.
iye ke?
hmmm nak kena gi sendiri and rasa kan?
aduhai... teringin nyer !!!

FarahGlanzDotCom said...

semua nampak sedap jer..kat sabah makanan seafood dia memang heaven la.. plus murah pulak tu..=D

Shahida Dzulkafli said...

semua orang bercerita mengenai seafood sabah yang murah ini..
Kalau dapat pergi memang puas makan nie..

LYAfrina said...

memang meriahlah makanan laut kat sana

Fatin said...

Adeh sedapnya tengok seafood fresh!

Inani Hazwani said...

Fuhhh terliur tengok. Semua fresh pulak tu. Sedapnyaa

Inani Hazwani said...

Fuhhh terliur tengok. Semua fresh pulak tu. Sedapnyaa

Kira Sakura said...

teringin nak makan lobster dekat situ. tapi masa tu kena demam urat memang tak mampu nak bergerak ke mana2 dah nya masa tu

hainom OKje said...

Nampak sedap masakan dia....
Makan seafood mmg gitulah harga dia kan Ma. Nanti kalau ke KK bolehlah try gerai yg ko cadangkan tu