Tuesday, November 22, 2016

Persembahan Tarian Arab El Nour Ain | My Sweet Alisha

19/11/2016


hari Sabtu  yang lepas Tadika Alisha adakan Majlis Graduasi dan Konsert 
kelas Alisha masuk untuk persembahan 
Tarian Arab Lagu El Nour Ain 

Tahniah untuk Teacher Mira 
guru kelas Alisha sebab dapat mengajar dan melatih anak-anak ini untuk menghafal rentak tari mengikut lagu 

Big Clap untuk Alisha dan kawan-kawan dan Teacher Mira 
satu persembahan yang menghiburkan dan menarik 
video yang aku rakam agak panjang 
lebih kurang 5 minit 
mamakena paksa gelek-gelek  dengan Alisha 30 saat pun mengah 
hebat anak-anak ni 




singgah beli bekalan sepanjang nak menghabiskan masa dalam dewan nanti
paksa adik posing sekeping dua buat kenangan 






Alisha dan kawan tengah tunggu turn 



ready untuk persembahan 
mama dan abang kat bawah super excited 
abah pun super excited juga tapi tak leh hadir sebab ada game zon ape tah antara cawangan syarikat dia 
nasib baik games abah sama dalam kawasan dewan ni juga 
mudah urusan hari tu 


video yang dah di trim jadi kecik dan pendek 
Alisha hujung sekali sebelah kanan

ini persembahan terakhir untuk Alisha di Tadika ni 
tahun depan Insha Allah Alisha akan bersekolah di PraSekolah satu sekolah dengan abang dia 
sedih rasanya nak berhentikan Alisha dari Tadika ni 
kami sangat puas hati dengan pengurusan dan teknik PdP tadika ni 
guru-guru pun sangat baik
tapi aku nak beri satu pengalaman dan suasana baru untuk Alisha supaya dapat sesuaikan diri dengan dunia persekolahan sebenar sebelum darjah 1 nanti 





14 comments:

Atie Yusof said...

alahai comelnya Alisha pkai mcm tu.. hihi..cute sgt.. susah gak nak ajar budak2 .. kena sabar banyak..tahniah pada teacher mereka..tahun depan dah masuk Pra-Sekolah, tak jumpa dah dgn kawan2 kt sini kan...

Mazni Azmi said...

Bagus latih anak anak masuk aktiviti macam ini. Boleh latih semangat jatidiri dan keyakinan. Insyaallah, asalkan batas terjaga.

Kamsiah Yusoff said...

alahai manisnya sianak dara berkostum mcm tu

Yana Yani said...

comelnya anak dara!
mesti dia seronok sangat kan =)

Wawa Yusoff said...

alololo.... cuteeeee.....

Amin Hakim said...

Comelnya....

Intan Saffyna said...

hi sis, saya datang follow sini :)

hainom OKje said...

Alahai tomeinya Alisya....mcm Arab sungguh ni.
Pandai jugkak dia menari ye Eima, bukan main gelek lagi tu.... Tak ngadu sakit pinggang ke balik rumah?

Seronok time anak tadika gini, konsert hujung tahun...seronok tengok keletah budak budak

adianiez AIDA said...

Alamak ai eima. Comel nyer!
ikot tema gegarvaganza la :-) ha ha ha...
gelek gelek...
ijat pon ada majlis grad sabtu lepas.
lom sempat aida up entry nyer...

εïзmmyHazaεïз said...

comellllll

Kira Sakura said...

arghhhhh comeinya. tengah kecik ni memang dorang ni tenaga luar biasa betoi kan. cuba suruh kita. memang alamat kelaut paling dalam lah hahahahhaa

dear anies said...

alolololo comel diaaaaa x sakit pinggang ke alisha gelek2 tu? ;-)

LYAfrina said...

Olorr..comeynya alisha...
Dah mcm budak arab ni

Fatin said...

Comelnya Alisha!