Wednesday, December 7, 2016

#MyTravelokaEscapade | Percutian Idaman dengan Traveloka

Aku memang suka bercuti dan melancong 
boleh dikatakan hampir 75% isi kandungan blog aku ni cerita mengenai travelogue percutian kami sekeluarga 


kalau boleh setiap bulan nak pergi bercuti 
kalau boleh nak pergi bercuti yang bajet murah yang kita boleh pilih dan ada banyak diskaun 
dan kalau boleh dapat percutian yang percuma bersama #MyTravelokaEscapade lagi best


kalau nak tau  TRAVELOKA adalah salah satu laman web yang membantu kita untuk membuat perbandingan harga tiket penerbangan dan hotel yang termurah dengan harga promosi dari hotel bajet hingga ke hotel bertaraf 5 bintang di seluruh dunia. Cuma pilih mana-mana destinasi dan pilih mengikut bajet anda.


TRAVELOKA  juga memastikan keselamatan dan privasi transaksi dalam talian anda dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang sah.  Selain itu perkhidmatan TRAVELOKA  adalah 24 jam 7 hari seminggu.  Kita boleh membuat sebarang pindaan dan urusan tempahan hanya dalam talian dan pengesahan terus ke dalam email peribadi pengguna.


ini la masanya nak cuba nasib mana tau dapat PERCUTIAN IDAMAN PERCUMA 
memang aku bertambah-tambah happy lah


gila tak best kalau dapat grand prize bernilai RM6K ???







Antara 10 pilihan tempat yang paling best untuk pergi bercuti 





Jika saya terpilih oleh Traveloka untuk memenangi peraduan percutian idaman dengan  #MyTravelokaEscapade
aku pilih ....... jeng jeng jeng .....








haaaaaaa kenapa aku pilih Tokyo, Jepun ni ??

sebab aku dan keluarga dah lama teringin nak ke sana 
anak aku terutamanya Fahim sangat suka kan Jepun .... budak lelaki kan 
minat dia terhadap teknologi jepun dari segi peperangan dan kalau nak tahu  bendera Jepun adalah bendera pertama yang dia kenal  


kalau TRAVELOKA taja percutian aku ke sana.....


kami berharap dapat ke Tokyo  semasa Musim Bunga
aku dan keluarga nak menikmati Musim Bunga di Yoyogi Park sambil berkelah dan beriadah 
Berkelah di di bawah pohon Sakura yang sedang berkembang mekar
wahhhhh indahnya .... terbayang-bayang bunga sakura gugur ditiup angin jatuh di tapak tangan aku 

indahnya Yoyogi Park semasa musim bunga




kalau la dapat berkelah dan minum teh sambil makan dorayaki macam cerita kartun Doraemon tu 
nampak sangat aku dah berangan-angan nak ke sini dari kecik kan 



tempat kedua aku nak pergi kalau berpeluang ke Tokyo ni adalah
Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea

kalau pergi bercuti selain menggembirakan hati sendiri dan pasangan 
menggembirakan hati anak-anak adalah paling utama 




betapa gembiranya Alisha bila dapat bertemu dengan watak-watak kegemaran dia 
Elsa, Anna dan Olaf 




Image result for disneyland tokyo






Kalau dah sampai ke Tokyo aku tak nak lepaskan peluang ke 
Tokyo Skytree




Tokyo Skytree ni adalah bangunan tertinggi di Bandaraya Tokyo dengan ketinggian 634m dan menjadikan bangunan tertinggi di dunia

siapa yang tak nak naik ke bangunan tertinggi dunia ni
dapat tengok seluruh Bandaraya Tokyo dari atas ni

selain tu di bawah Tokyo Skytree ni terdapat shopping mall iaitu Tokyo Skytree Town Complex

kat sini ada Sumida Aquarium


kami sekeluarga memang suka dengan haiwan dan zoo

seperti setiap tahun kalau balik ke Langkawi mesti tak lepas peluang ke Underwater World Langkawi
kalau dah kr Tokyo Skytree ni memang kami tak akan lepaskan peluang ke Sumida Aquarium
cantiknya Sumida Aquarium ni
dapat tengok secara live penguin dan anjing laut






lepas tengok peguin nak ke Tenku Planetarium
kegemaran Fahim dia sangat sukakan alam angkasa
kerjanya melukis planet termasuk orbitnya ...ni tempat terbaik untuk Fahim dan teknologi di Jepun pasti menjadikan Tenku Planetarium ni sangat best dan canggih






Sensoji Temple dan Nakasime Street   termasuk dalam list tempat aku nak lawati di Tokyo ni sebab aku nak juga tengok sejarah dan budaya di Jepun
 aku sukakan sejarah



Sensoji Temple adalah kuil Buddha tertua di Tokyo dan Selepas memasuki pintu gate utama kuil ini iaitu Kaminarimon (Thunder Gate), sepanjang perjalanan hingga ke pintu gate kedua Hozomon, terdapat deretan kedai cenderahati yang dipanggil Nakasime Street. Deretan kedai ini menjual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik.


 

tempat bersejarah di Tokyo yang nak sangat pergi adalah
 Tokyo Imperial Palace



dan lajak jalan-jalan tengok  Imperial Palace East Garden yang terletak di dalam kawasan Tokyo Imperial Palace

bayangkan time tu adalah Musim Bunga mesti cantik
aku nak photoshoot banyak-banyak kat sini 




Akihabara
syurga barangan elektrik dan gadget 
best giler kalau dapat ke sini ... nak usha-usha dan beli gadget teknologi terbaru
aku nak beli camera dan gadget HP yang canggih yang harganya berpatutan 





5 Tasik Gunung Fuji   adalah satu lagi tempat idaman aku kalau dah sampai ke Tokyo

 KawaguchikoSaikoYamanakakoShojiko dan Motosuko adalah tasik-tasik yang terletak di keliling Gunung Fuji 
Lokasi paling sesuai dan strategik untuk menghayati keindahan Gunung Fuji dan untuk mendaki

di sini banyak outdoor activities yang boleh dilakukan seperti berkhemah, memancing dan banyak kawasan hot spring 

syoknya dapat berendam dalam hot spring 





di sini juga terdapat muzium dan Taman Tema Fuji-Q Highlands





menarik betul taman tema ni kan ...extreme
kalau dapat naik ni .... huru hara adrelin aku nanti

Fuji Shibazakura Festival  diadakan setiap  musim bunga 



cantik kan view ni 
best dapat photoshoot kat sini kan
tak dapat bayangkan kesegaran bau bunga di musim bunga di sini 
kesegaran udaranya
indahnya

inilah impian aku sekeluarga 
aku sangat berharap  TRAVELOKA  menaja percutian aku ke sana 
dan menikmati keindahan Tokyo bersama keluarga tersayang semasa musim bunga nanti


kalau korang nak juga Percutian #MyTravelokaEscapade yang ditaja oleh TRAVELOKA  cepat-cepat joint Contest ini ...Jangan lepaskan peluang keemasan melancong ke lokasi idaman dengan percuma....mana tau rezeki korang 





                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  


13 comments:

Inani Hazwani said...

Traveloka memang best, senang aje bila nak booking hotel :)

Adam said...

Traveloka. Nanti saya baca malam ni.

Qhaifa Nur said...

Macam best saja eima..

wahida said...

gud luck my dear

Bunda_nora said...

Selamat bercuti..

Kira Sakura said...

destinasi kita sama!!! good luck kak ;)

Cho Zila said...

wow bestnyer kalau dapat ... free lak tu lagi best... kalau akak benonyer nak ke Turki.. tapi sayang dah kena bom sana sini.. alahai sedihnyer..

Kesuma Angsana said...

salam rabu... wah sangat menarik n gd luck yer dear

jambu batu said...

wow.. Dulu masa kat sana takde lagi Elsa bagai.. :-)

hainom OKje said...

Adoiii mmg best kalau menang ek Ma....Percutian free gitu.

Yelah kan Ma, ko ni kan asyik berjalan je....jeles hakak tau. Tapi tak pe, sementara muda, anak kecik kecik ni berjalanlah selagi boleh, sok kalau dah sakit lutut, nak berjalan macam mana....

nayfatimah rasyid said...

good luck dear

Cik Puan Eka said...

first time guna traveloka haritu siap dapat diskaun Rm 20.00++ hehe

adianiez AIDA said...

good luck.
best nyer baca entri ni.
moga ada la rezeki kita gi sana ekk...