Friday, January 29, 2016

Kari Daging Sedap di Kafe Ikhwan Putrajaya

hari selasa lepas Fahim asyik muntah-muntah 
lepas balik dari sekolah terus aku bawa Fahim ke Klinik di Presint Diplomatik untuk dapatkan rawatan 
dan aku terserempak dengan seorang blogger ni ... glemer .... anyway tahniah la kat dia bakal menimang cahaya mata baharu 
aku tak tegur pun sebab dia bukan baca blog aku pun ...boleh gitu ??
hahahaha 

aku bukan nak cerita pasal anak aku muntah-muntah dan aku bukan nak cerita pasal blogger yang glemer tu 

aku nak cerita pasal Kari Daging di Kafe & Bakeri Ikhwan di Presint Diplomatik Putrajaya
Fahim kan tak sihat masa tu .. bawa fahim pi makan dulu sementara menunggu doktor habis rehat 

aku ambil nasi lauk kari daging dan Fahim dia cakap nak makan sup-sup
so order nasi ayam kat dia 
akhirnya nasi aku yang dia makan 
Fahim kan sekarang ni dah penggemar kari 
nampak pulak kari daging ...
memang dia reject la nasi ayam dia 


serius memang sedap 
Fahim hari-hari suruh aku beli 
tapi nak ke situ tu sukar sikit ... parking tak ada
nak parking jauh sikit nak pi ke Ikhwan Kafe pastu kecewa tak ada lauknya 
berpeluh aku ...aku call je confirm kan ada ke tak diorang masak kari daging hari ni
nasib baik la pekerjanya pun baik-baik dan bersopan mau layan karenah aku ni 
kalau korang tengah berfikir tengah hari nak makan di mana 
boleh la cuba makan di Kafe Ikhwan Presint Diplomatik Putrajaya
ada pelbagai jenis lauk yang menarik ...ayam goreng berempahnya pun sedap


semalam repeat lagi lauk kegemaran Fahim 

kot-kot korang nak lunch makan nasi lauk kari daging ... ini la kedainya 
deretan Mydin Putrajaya 


Thursday, January 28, 2016

Hotel Tanjong Vista Kuala Terengganu | Review

Jalan-jalan ke Kuala Terengganu lepas kami mennginap di Hotel Tanjong Vista
kami menginap 2 hari di sini 
so far ok tak ada masalah 
pekerja yang peramah/sopan, kualiti makanan yang sedap dan selesa berbaloi dengan kadar bayaran 

kami memilih bilik jenis Deluxe Connecting Room 
1 King Bed dan 2 Single Bed 
pada kadar RM177.00 untuk satu malam 
kadar kakitangan kerajaan 

harga biasa adalah RM218.00
extra bed RM 60.00



ihsan google

king bed

seperti biasa


bilik air yang agak luas dan bersih

shower

 disediakan 2 tambahan bantal/sejadah dan sterika di dalam almari


motif?? not sure ape kegunaan untuk duduk kot 
nak kata kerusi cam ye ...nak kata meja pun ye 
ok la anak boleh panjat atas ni anak tengok pantai 

2 single bed 

pemandangan dari tingkap hotel 
Pantai Batu Buruk

Indoor Pool 
kolam yang sederhana tapi untungnya hanya hari sabtu je ada orang hari ahad lengang 
kolam ni budak berdua yang punya


kami pesan makanan dari Room Service Menu
rasa yang sedap dan harga agak murah la 
kami order 
Char Kuey Teow
Vista Chicken Chop

 Char Kuey Teow RM10.00
sedap sangat... lauk banyak 

 Vista Chicken Chop RM17.00
kuah black papper memang sedap 




menu sarapan pagi seperti biasa la 
menu macam hotel-hotel lain 
ada roti/nasi lemak/mee/mee sup/telur/sosej dll 

hari ahad tu menu spesial sikit nasi dagang
berkat dok tanya kat cafe dan reception bila menu nasi dagang ..

ok nasi dagang dia sedap 
aku suka 

aku akan consider untuk menginap lagi di sini kalau ke Kuala Terengganu dan rocommeded kalau korang ke Kuala Terengganu untuk harga yang mampu milik 

Lokasi 
Hotel Tanjong Vista
Lot 4708, Jalan Sultan Zainal Abidin, 
20000 Kuala Terengganu, 
Terengganu, Malaysia

Wednesday, January 27, 2016

Roti Paung Terengganu yang Sedap

kalau ke Terengganu memang wajib kami singgah kedai Roti Paung kat Marang 
aku suka roti paung yang panas-panas sedap sangat 
sebuku roti tu boleh habis sekali makan je 
ada pilihan Roti Paung iaitu Planta, Kelapa, Kacang dan Campur
1 buku RM3.00
aku suka kacang dan planta 
tapi sayangnya hari tu ... roti fresh belum bakar 
roti semalam ... tapi tetap sedap dan lembut 


Roti Paung 
yang penting halal dan orang melayu kita buat

budak kecik ni makan Roti Paung Planta habis setengah buku 




Tuesday, January 26, 2016

Percutian Hujung Minggu | Kuala Terengganu

23/1/2016 - 25/1/2016

Cuti hujung minggu bersambung dengan Cuti Umum Thaipusam kali ini kami ke Kuala Terengganu

Seperti biasa plan last minute
Rasa nk pergi pergi je...begitu la kaedahnya
Kami berjanji dengan MIL/FIL & Ateh budak-budak ni...tapi kami gerak dulu...
lebih kurang pukul 3.30 pm macam tu sampai di Kuala Terengganu melalui LPT 2 exit Kuala Terengganu

Kali ni kami menginap di Hotel Tanjong Vists
nanti aku review hotel ni
harga mampu milik dan selesa



View dari tingkap bilik
ombak Pantsi Batu Buruk bergulung-gulung
musim tengkujuh ni...bahaya...tiada aktiviti main laut ye anak-anak

Aktiviti bergumpal 3 beranak ni.....lantak korang....
sementara tunggu nenek sampai terjun indoor pool dulu



Ni salah satu alasan kenapa Terengganu tempat pilihan...


Kami memang suka ke Terengganu
tak shopping pun saja pi makan-makan, jalan-jalan je


Note : aku update guna hp je ni... tatau kenapa dengan dashboard x boleh buka kat PC aku...

Friday, January 22, 2016

Doodle Google yang Best Hari ini

aku sangat suka cili 
kalau makan mesti kena ada pedas 
aku sangat happy bila pokok cili aku mula berbuah 
aku juga pernah update pasal cili terpedas di dunia
hari ni pula doodle google mengenai Wilbur Scoville's 151th Birtday



best pulak main games ni dan mengenali mengenai cili-cili yang ada di dunia 

jom la try main ... aku sampai kat level 3 pastu kalah la plak 

Thursday, January 21, 2016

Mama Mulut Adik Busuk ke ?

Alisha memang manja sangat dengan Fahim 
walaupun kadang tu diorang suka juga bergaduh macam adik beradik yang lain 

Alisha kalau pi kedai mesti ingat abang dia 
sama juga dengan Fahim 

kalau pergi taman mesti dia nk reserve buaian untuk abang dia sedangkan abang sebuk dok main basikal dengan abah 
selamba je cakap "mama pi duduk kat buai lagi satu tu, untuk ayim"
suka hati dia je 

kalau dia dah bangun pun nak main mende lain tetap suruh simpan untuk abang 
selalunya memang kena nasihat la 
kena cerita betul-betul 
pasal perkongsian ni ... kalau kita tak terang kat anak-anak diorang tak paham 
sifat kedekut dan sifat pentingkan diri tu aku tak nak anak aku terbawa dalam kehidupan dia nanti 
saat menggembirakan Alisha bila abang melayan dia 
main buai bersama-sama 

paling tak tahan merajuk pagi-pagi sebab abang tak nak bagi cium
malu la si abang tu depan di pintu pagar sekolah Alisha minta cium
jangan harap abang nak bagi
mencebik-cebik sampai salam kereta sebab abang bagi salam tangan je


pagi-pagi memang drama depan pintu pagar betul
siap pesan ... "balik karang mama pegang ayim...adik ank cium ..."
pagi tadi alisha tanya mama "mama mulut adik busuk ke ayim tak bagi cium, adik dah gosok gigi la "

adoi la ...adik-adik ...manja sangat kamu ni




Note: aku dah 2 hari tatau nak tulis ape .... layan je la cerita 2 beradik ni 

Tuesday, January 19, 2016

Gulai Ayam Kegemaran Fahim

sejak balik dari Langkawi bulan lepas 
Fahim dan Alisha sukakan kari 
sedap katanya 
dari dulu mama suruh makan tak nak 
kan sekali rasa terus suka 

balik Langkawi hari tu ... kami atur makan malam kat rumah mak-mak menakan aku 
sejak dari tu ..sejak pertama kali fahim rasa kari toksu dia 
balik rumah asyik "mama masak la kari macam toksu"
ayat tu la yang dia dok ulang hari-hari 
aku pun sebenarnya rindu masakan maksu aku juga ni 
sejak mak aku dah tak ada, maksu aku la tempat aku bermanja selain MIL 
sejak mak aku dah tak ada maksu aku yang banyak jaga aku dari bab urus majlis kahwin aku sampai sekarang ni dia masih lagi ambil berat pasal anak menakan dia ni 
sebab tu aku sayang maksu aku lebih dari mak-mak menakan lain 
anak-anak aku pun manja dengan toksu depa ni 



terus dari periuk aku snap 

aku memang jenis masak sikit-sikit je 
malam karang kalau tak cukup aku masak menda lain 
gulai ni memang style utara ada letak kerisik 


fahim terus bagitau toksu dia yang dia suruh mama masak kari macam toksu 
MANJA tu nama panggilan aku di kampung, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan zaman study dulu dan panggilan enPanjang kat aku 
ada juga kawan-kawan blogger ni yang panggil aku manja 

orang kedah dengan gulai memang serasi bersama 
tetiba rindu masakan maksu aku pulak 
rindu sambal belacan dia 


Monday, January 18, 2016

Hujung Minggu Sepanjang Januari 2016

setiap hujung minggu kami seboleh cuba meluangkan masa sebaiknya dengan anak-anak
jika tak bawa mereka bercuti walaupun percutian bajet kami cuba bawa mereka beriadah sekitar Putrajaya 
supaya anak-anak gembira walaupun kami ibu bapa yang tegas 
memanfaatkan masa berkualiti bersama keluarga 

kami selalu bawa anak-anak ke taman-taman sekitar putrajaya 
banyak yang cantik-cantik pilih je 



kadang-kadang bawa bekal ..kadang pi beli pizza untuk diorang 
Dominos Pizza kan murah sekarang ni 
order online pi berlari-lari anak pickup pizza 


anak aku si fahim ni kalau kat rumah memang tak keluar rumah 
aku kalau tak de masa/malas memang aku tak bagi keluar sendiri 
jangan harap, kalau nak main kat luar memang aku pastikan salah seorang dari kami mesti ada untuk jaga anak 
selain risau dari orang-orang yang berniat jahat risau juga dengan kenderaan laju-laju 

so jangan kecam saya sebab anak saya dah 8 tahun masih naik basikal ada roda kecil.
basikal ni baru je beli minggu lepas sebab nak fahim pandai kayuh basikal
tak pe slow-slow nanti pandai la 

Alisha suka berlari dia tak suka naik basikal 
tak pandai kayuh dan berat katanya
nak tumpang abang carrier lupa nak beli 
jadinya Alisha berlari mengejar basikal abang 
jangan tak tahu anak dara ni kalau berlari memang laju 
abang naik basikal jauh dia tinggal 
tercungap kalau mama nak kejar 
terserempak dengan anak officemate .... alisha main sama-sama lari sama-sama
yang jauh ke depan mestilah alisha walaupun umur mereka sama 
bakal jaguh pecut ke jaguh larian 400 x 400 ke marathon ni 
bukan nak puji tapi alisha boleh berlari 2-3 pusing tanpa henti ..
aku rasa satu pusingan dalam 200m juga la kalau mama alisha yang berlari satu pusing dah mengah 


puas berlari, berbasikal dan bermain bola main playground pulak 
nasib baik ada abang yang rajin melayan 





petang semalam kami keluar juga tapi Allah Maha Mengetahui walaupun diramalkan fenomena El Nino sehingga pertengah Mac 2016 musim panas tetapi manusia hanya mampu meramal 
hujan turun dengan lebat Alhamdulillah 
kami baru je sampai di Taman Botani Putrajaya 
jadinya kami tunggu hujan reda pastu pi lepak mamak  ternak lemak 



kadang memalam kalau rajin bawa diorang keluar lepak jambatan 
bagi diorang main puas-puas berlari-lari 
balik tidur lena 


kita boleh buat macam-macam aktiviti dengan anak-anak 
walaupun tidak mengeluarkan bajet yang besar 
antara nak dengan tak nak je 

aku ada perhatikan satu keluarga ni 
bukan saja nak perhati sebab bz body ke tapi sebab aku terpaksa hadap hari-hari 
memang aku jarang nampak dia keluar beriadah dengan anak dia 
anak-anak terperuk dalam rumah 
bila petang keluar...pancitkan tayar kereta orang 
mungkin anak dia bosan kot 
so buat aktiviti yang boleh bagi dia kepuasan kami nampak sendiri cuma tak sempat ambil gambar je 
aku tidak menuding jari kepada ibu bapa tersebut cara dia jaga keluarga dia 
tapi kadang tu kita perlu buat sesuatu demi kebahagian anak-anak kita 
tak mampu bawa mereka bercuti bawa mereka beriadah pun dah cukup 
mereka tak perlukan yang mahal-mahal pun 
mereka faham, rasa memang malas nak beriadah buatt aktiviti dalam rumah 
main dengan mereka
aku selalu main hide and seek 
lepas tu bila diorang dah semakin dekat, aku keluar secara mengejut dan tangkap 
memang gamat satu rumah dengar budak berdua tu menjerit 

kalau dengan alisha pulak aku selalu bagi dia main mekap aku 
lepas tu dia akan mekap muka mama dia sesuka hati 
takpe sebab barang mekap aku murah, takat jenama silky girl, in2 it  & mebelline je kot 
lagi pun aku tak pakai tak reti pakai pun dari expired buang dalam tong sampai biar la budak tu main mekap-mekap mama ..ikat rambut mama .... 





Sunday, January 17, 2016

Identiti Pengendali Page Jadi seperti Rashid Terbongkar

Dalam masa 2 minggu JADI SEPERTI RASHID super hot
Semua orang share dan viral
Tetapi hari ini exclusive dalam buletin utama TV3 membongkar siapa disebalik jadi seperti rashid
Page JADI SEPERTI RASHID dikendalikan oleh 4 orang pemuda yang mana cuba memberi nasihat secara terbuka kepada semua melalui post-post mereka
Ideas JADI SEPERTI RASHID adalah dari be like bill yang popular di Amerika

Antara pengendali- pengendali tersebut adalah SHAM, AHMAD & MUHSIN






KORANG OHSEM!!





Friday, January 15, 2016

Subang Baharu Alisha Sempena Tahun Baharu 2016

01/01/2016

tahun baharu hari tu abah belikan subang baharu untuk Alisha lagi
sabar je la 
untung la anak dara tu 
subang yang beli 05/11/2015 trade in 
ambil yang baharu tambah duit sikit 

Alisha suka subang yang ada bebola kecil 
subang yang sebelum ni tak ada 

ni subang kedua. murah dan ringan je ni 
beli kat tomei alamanda ganti yang hilang tapi jumpa balik 


subang terbaru Alisha
suka sangat dia sebab yang ini bebola 
suka sangat dia bergentel 





Thursday, January 14, 2016

Percutian Terakhir Sebelum Buka Sekolah | Port Dickson

02/01/2015

Percutian terakhir sebelum Cuti Sekolah berakhir 
kami pi yang dekat-dekat je 

Port Dickson 

gerak dari rumah pukul 10.00 pagi sarapan dulu 
baru gerak ke PD lalu Putrajaya - Lukut 
dekat sikit 

macam biasa walk in je 
malas nak booking ...weekend kan memang penuh PD tu 
alhamdulillah Hotel Seri Malaysia ada bilik 
walaupun Seri Malaysia tahu-tahu je la kan .... semut pun ada kan 
ok la dekat dengan pantai dan tempat makan 
harga pun mampu lagi .... nak stay kat hotel yang ada private beach, ni kan percutian bajet 
kami ni suka percutian bajet janji boleh bercuti 
tak kisah la duduk hotel murah-murah pun 
setengah orang tak suka hotel murah kalau sesekali bercuti nak yang mewah-mewah 
kami pulak janji anak happy
itu yang paling penting, nak tunggu kumpul duit banyak nak pi hotel mewah jawabnya anak duduk rumah je la

kami sampai awal
pergi Muzium Tentera Darat, PD dulu
tempat yang budak-budak ni cukup suka




dulu-dulu aku tak pernah perasan pulak ada terowong komunis  dan titi gantung ni 
aku rasa macam banyak kali dah pergi sini 
hahahaha

adik icha yang seriau ..comey betul aku tengok dia menjerit-jerit

Fahim memang rasa selamat kalau dengan mama
waktu atas titi gantung ni terus teringat pengalaman kami semasa percutian ke Sabah dulu 
mendaki bukit dan naik canopy bridge di Poring Hot Spring, Ranau Sabah
yang kat Poring tu memang tinggi gila... atas pokok 
nampak sayup-sayup je bawah, seram oi
kiranya titi gantung di Muzium Tentera Darat ni mengubat kerinduan kami kat sana la 
kalau korang ke Sabah memang wajib pergi tau Poring Hot Spring tu ....

muka tak ikhlas mama nak ambil gambar satu
kawan tu dok main sibuk je kita dok panggil-panggil 

awal bulan tu ...air surut memanjang ....
pergi petang surut 
pergi pagi pun surut 
dah pukul 11.00 pagi lebih baru air pasang 
time tu pun dah kemas barang dah nak bersiap nak balik dah 

jadinya 2 hari berturut-turut main pasir saja




yang aku tak suka mengenai PD inilah 
sampah sarap belambak 
aku tatau nak cakap manusia yang datang ke Pantai ni tak ada sivik 
makan main buang merata 
yang majlis penbandaran pun .... tak leh buat sesuatu ke 

aku harap sangat SUPAHIRO can do something about this 
tahu tak aku malu gila bila ada pelancong omputeh datang nak bermain laut time tu .... rasa tak mampu nak angkat muka bila dia berlari-lari anak dengan anak dia time tu sebelah aku
agaknya apa la dalam hati dia ...hmmmm 

selepas check out singgah lagi sekali ke Muzium Tentera Darat 
permintaan Fahim 


Fahim nak ajak naik titi gantung ni lagi 
nak masuk terowong berkali-kali 
semalam kan icha takut .... tup tup hari ni kemain kau dia yang laju 
gembira betul, sampai ada  chinese dok tala camera muncung kat dia ja kat atas titi tu 
yang nyonya dengan apek tu pulak .... asyik tepuk tangan je 
suka sangat tengok icha yang steady ..... dia tatau yang semalam tu macam mana


dah jom balik awal, banyak lagi kerja mama nak siapkan esoknya sekolah dah buka