Monday, February 29, 2016

Pengaruh TV Betul budak-budak sekarang ni

kuat betul pengaruh TV kepada minda kanak-kanak kan 
sebab itu ibu bapa kena mainkan peranan kawal apa yang mereka tonton 


sebagai contoh yang ini 
ini buku budak darjah 1
aku tahu sebab tahun lepas anak aku pun darjah 1 


asal pakai mahkota dah dikatanya QuPuteh 
adoi la 

kuat betul pengaruh QuPuteh ni kan 
jangan kata orang dewasa boleh terpengaruh budak-budak pun dia jerat sama 

kadang-kadang ni drama melayu pun sama naik ngan drama omputeh 
contoh pagi semalam aku buka TV awal pagi 
anak-anak pun dah bersdiap nak keluar sarapan 
sambil tunggu abah panaskan enjin kereta 
aku buka TV3 Drama Naziha 
adegan baru lepas kahwin (farouk terkam naziha)
lepas tu naziha menangis tak pakai baju dalam kain selimut
budak sebesar Alisha asyik tanya 
"mama kenapa ngan pompuan tu, kenapa dia menangis"

aku nak jawab pun tak tahu nak jawab apa 
yang aku jawab "menangis sebab kena marah"
pastua ku tutup TV ajak budak-budak masuk kereta sebelum berlarutan pulak pertanyaannya 

sepatutnta drama berunsur macam tu tak sesuai di tayang pada waktu pagi
elok tayang di waktu malam lepas budak-budak dah tidur 
waktu tayang taks esuai
pagi-pagi macam tu tayang cerita kartun ke cerita berunsur pdp ke 
hari minggu hari anak-anak mengadap TV 
hari cuti mereka 

semakin hari semakin mengarut TV3 ni 
paling aku rasa mengarut bila siaran langsung perlawanan bola sepak 
media prima asyik dok tayang JDT/Selangor/Kelantan
negeri lain tak main bola ke 

orang selangor/Johor/Kelantan jangan nak kecam saya pulak 
ini kenyataan

kan dah melalut sampai bola dah ... hehehe 


Friday, February 26, 2016

Memasak untuk Jamuan Orang | Macaroni Goreng

pagi tadi gigih menyiapkan salah satu juadah jamuan persaraan di Pejabat enPanjang 
request dari kawan-kawan enPanjang 
Macaroni Goreng 

dan Cendol special by enPanjang 

seawal 4.30 pagi aku dah bangun untuk siapkan 
2 kuali besar aku goreng kali ni 
3 bungkus macaroni 500mg 



hopefully memenuhi citarasa diorang 
diorang yang request kan 


dah lama tak memasak dalam jumlah yang banyak kecuali satu hari dalam bulan syawal 




Thursday, February 25, 2016

4 T Shirt Design Paling Trending

Salam ... Hai Uoll!
Aku rasa semua orang suka menggayakan Tshirt baik lelaki atau pun perempuan.  So hari aku nak share dengan korang 4 Tshirt Design Paling Trending sekarang ni dan paling penting selesa, cantik, bergaya dan terkini. Bagi mereka yang sedang mencari design Tshirt paling trending dan terkini, plus suka membeli secara online, jom aku tunjukkan 4 T Shirt Desing Paling Trending yang dijual di ZALORA Malaysia kali ini.



4 T Shirt Design Paling Trending



Majoriti bersetuju bahawa t-shirt atau baju-t merupakan pakaian lelaki yang paling versatile dan selesa dipakai. Ia boleh digayakan dengan apa sahaja malah paling sesuai untuk dijadikan sebagai pakaian harian. Sebenarnya, kaum wanita juga gemar memakai t-shirt sebagai pakaian harian mereka kerana koleksi t-shirt biasanya diperbuat daripada fabrik cotton dan tidak panas untuk dipakai. Dan berbalik kaum lelaki pula, kebanyakkan lelaki memilih untuk memakai t-shirt adalah kerana ia adalah lebih ringkas. Oleh itu, untuk anda yang juga memilih baju-t sebagai pakaian kegemaran anda, berikut merupakan 4 t shirt design untuk lelaki yang paling trending dan popular pada masa kini;


Minimal Tees

Sebenarnya design yang paling digemari oleh ramai lelaki adalah rekaan yang minimal atau plain seperti berikut. Ia lebih mudah dipadankan dengan apa sahaja dan menjadikan si pemakai kelihatan ringkas. T-shirt putih dan t-shirt hitam merupakan dua jenis t-shirt yang paling popular dan paling mudah untuk digayakan.




Striped Tees

Bagi anda yang mahu bergaya dengan t-shirt bercorak dan pada masa yang sama tidak menggemari corak yang terlalu heavy, t-shirt bercorak jalur-jalur adalah pilihan yang paling tepat.



Floral Tees

Dan bagi lelaki yang ingin bergaya hipster pula, koleksi floral tees atau t-shirt bercorak berbunga sememangnya menjadi pilihan pertama untuk dipadankan dengan koleksi skinny jeans atau jogger pants.




Superhero / Cartoon Tees

Yang terakhir adalah baju-t yang bermotifkan superhero atau watak-watak cartoon popular. Koleksi t-shirt seumpama ini digemari oleh ramai lelaki tidak mengira umur!





Tampak macho kekal bergaya dengan 4 Koleksi T Shirt Design Paling Trending dari Zalora Malaysia.

Hadir Majlis Perkahwinan Kawan Berbangsa India

14/2/2016

ini pertama kali dalam seumur hidup, aku hadir ke majlis perkahwinan bangsa lain 
satu pengalaman baru untuk aku 
selama ni dok ingat kalau majlis perkahwinan india ke mesti macam dalam drama/filem tamil/hindi 
tersasar jauh juga imaginasi aku tu 

kami dijemput ke Majlis Perkahwinan kawan enPanjang yang berbangsa india
di Gelugor Penang lokasi pun mudah je guna waze je
kami sampai lebih kurang lepas maghrib, majlis pun belum bermula 
ada juga kawan enPanjang dari Sepang yang datang 

langkah pertama masuk ke dewan.... deco lebih kurang macam majlis perkahwinan orang melayu 
cuma hiasannya lebih berwarna-warni like colur of rangoli 
pelamin serupa serupa pelamin kita cuma ada bunga api ada diletakkan di hadapan pelamin ... apabila pengantin bersanding pengendali majlis akan on kan bunga api 
so sangat unik dan meriah la 


konsep pengantin tiba di dewan juga hampir sama dengan konsep perkahwinan orang kita 
cuma yang membezakannya ialah 
Melayu : bila pengantin sampai kita akan bunyikan kompang dan ada silat pengantin 
tetapi 
India: umumkan ketibaan, semua jemputan dipersilakan menepuk tangan dan bersorak untuk meraikan pengantin dan tarian india akan mengiringi pengantin ke pelamin sambil percikan bunga api sepanjang laluan 


not sure tarian jenis apa ni ... bollywood kot

Pengantin Lelaki dan Perempuan 
Pengantin lelaki adalah kawan sekerja enPanjang dan Pengantin Perempuan adalah guru sekolah

kebanyakan jemputan adalah dari pelbagai jenis kaum India, Cina, Melayu, dan Arab/Turkish dan warga asing 
memang banyak juga orang arab/turkish yang hadir dalam 3 meja, mungkin kenalan Pengantin perempuan 


Fahim yang kebosanan dan kelaparan

mama pun tak reti buat love 
budak zaman sekarang macam style diorang tahu 

door gift 


konsep majlis ni agak berbeza dengan majlis kita sebab kalau majlis kita datang boleh terus makan tak kisah la pengantin tengah buat apa, dah sampai belum 
tetamu makan dulu lepas baru salam kaut kan 

tapi majlis perkahwinan india hari tu tunggu MC jemput makan 
baru semua orang beratur di bufet 
disebabkan orang ramai dan Q panjang kami decide makan desert je 
ABC je 
malas beratur sebenarnya 

oh ye! makan di kenduri ini halal InshaaAllah sebab kateringnya adalah orang melayu dan islam 
MC dan kawan enPanjang awal-awal lagi dah maklumkan yang mereka mengupah katering Islam sebab banyak jemputan adalah kawan-kawan Melayu/Islam 


hadir ke majlis ini adalah satu pengalaman baru untuk aku dan excited lebih ... TQ sebab jemput kami


memandangkan kami tak makan  kenduri 
kami singgah makan di Char Kueh Teow Sg. Dua
pekena CKT 
huuuiisshh sedap 







Wednesday, February 24, 2016

Tiada Lagi Tanda Tanya!


hari ni agak sedih bila dapat berita kehilangan atuk kepada kawan Fahim 

kawan Fahim ni atuk dan neneknya bela dari kecil ...mak dah ayah dia kerja kat shah alam 
so atuk dan nenek yang ambil dan hantar cucu ke sekolah setiap hari

atuk dan nenek kawan fahim ni baik sangat dengan aku 
kiranya kami rapat 
boleh berborak, bergelak dan bergurau 
kami kenal sejak hari pertama pendaftaran Prasekolah
2 tahun juga la kami kenal
hari-hari jumpa 
pagi sekali, tengah hari sekali selama 2 tahun 

orangnya baik, peramah, tak lokek senyuman baik atuk mahupun nenek kawan Fahim ni 
kalau jumpa kami akan sapa mesra 
mesti tanya khabar 
berborak dan bercerita

tahun 2016 ni aku jarang sangat dapat bersua dengan mereka berdua  
tertanya-tanya jugak  
lama tak nampak pakcik dan makcik 
ye la bayangkan sepanjang 2 tahun kami sering berjumpakan 
bila tak jumpa tu aku rasa macam janggal ... tertanya-tanya 

tadi waktu tengah tunggu Fahim 
aku nampak makcik mukanya merah, mata nya merah dan berair 
kuatkan hati untuk bertanya "kenapa chik?"

berjurai air mata makcik bila bagitahu yang pakcik dah tak ada 
Ya Allah ...Innalillah Wa Innalillah Hiroji'un

Pakcik dah tak ada pada 15 Januari 2016 yang lepas 
bergetar jantung aku time tu 
Semoga Arwah ditempatkan di kalangan para solihin 

aku terkesan dari berita ini 
walaupun nama mereka aku pun tidak pasti 
walaupun mereka bukan oarang dekat dengan aku 
walaupun mereka tiada hubungan persaudaraan dengan aku 
tapi mereka ialah orang yang hari-hari aku jumpa dan tegur 

semoga arwah tenang di sana dan dicucuri rahmatNya 





Cucu Punya Pasal

14/2/2016

kami sekeluarga balik rumah abah aku kat SP 
awal pagi lagi dah gerak dari Putrajaya 
memang sampai SP awal 
sempat la budak berdua tu berjalan-jalan dengan tokwan 
pow tokwan mainan 

belah petang tokwan bawa round satu taman naik motor 
kemain la suka budak berdua tu 
kejap-kejap ajak naik motor 
satu hari tu sampai 2-3 kali kot 
nasib baik tokwan rajin melayan cucu .... ni je kot cucu tokwan 
tak ada dah cucu lain kan 

esok paginya pun sama .... bangun pagi tok wan dah keluar dulu beli sarapan 
balik tu tengok cucu dok sibuk ajak naik motor lagi 
tok wan bawa pi round setaman ...siap bawa pi sarapan kat luar 

tengah hari rembang pun sibuk ajak naik motor juga ...sapa nak melayan 
adoi la budak berdua tu ... orang tak pernah naik motor 
kami memang tak ada motor ...kesian kan 

ni motor aku zaman study dulu 
lama dah usia motor ni 
aku pakai 2 tahun je ..lepas dapat kerja kat KL 
waktu kat KL memang tak nak bawa motor ...takut ....

tok wan banyak motor ada 4 kot 
aku minta satu supaya anak-anak aku tak jakun dengan motor 
yeay tok wan bagi satu .... aku pos guna nationwide dari 15/2/2016 sampai ke hari ni tak sampai-sampai lagi 
dasat betul nationwide ni ...hmmm servis tak bagus 


bertabah la tunggu motor sampai ... boleh la budak berdua tu abah diorang bawa pusing setaman lepas ni 


Tuesday, February 23, 2016

Pau sedap di Tg. Malim | Restoren Yik Mun

Restoren dan Kedai Menjual Pau YIK MUN, Tg. Malim 

restoren ini memang terkenal dan hot list dalam SEO keyword "pau sedap Tg. Malim"

dalam perjalanan balik dari kampung aku minggu lepas 
perut dah berkeroncong enPanjang suruh google kedai Pau sedap kat area tg. malim 
ramai review pau di sini sedap dan halal 
halal tu penting .... aku yakin bila baca laporan polis dari  Yik Mun mengenai penyebaran maklumat palsu 

lokasi mudah je 
korang on waze pasti jumpa 
kedainya tepi jalan di simpang 4 pekan Tg.Malim 




sampai terus belek menu
yang pasti harus la orger pau dah ramai review pau sedap kan 
aku ambil 2 pau kacang merah dan 2 pau ayam 

RM2.20 satu biji 

Pau Ayam

Pau Kacang Merah 

for me rasanya macam pau biasa 
tak ada kelainan pun macam pau bandar la ... pau kampung kan lain sikit kan 
tekstur yang gebu ...inti yang sedap 
so aku makan 2 ½ pau 
memang kenyang 

kat sini bukan hanya ada jual pau je tapi ada juga menu-menu lain 
so order nasi ayam untuk Fahim 

Nasi Ayam RM8.50
nasi ayam ni sedap ..sup pun sedap 
so recommended 
habis fahim makan 


order Mee Hainan untuk abah dan Alisha

Mee Hainan RM8.50

mungkin tekak aku .... memang tak kena dengan selera aku 
rasa kicap yang cukup ketara 
bagi yang tak suka pedas dan suka kicap korang boleh order yang ni 
enPanjang tak nak makan .... in the end aku la tukang perabih 
sayang kot 



Hainan White Coffe Ais RM4.30
aku kongsi dengan enPanjang sebab aku kan jenis minum air masak je 
so order soya untuk fahim
ais kosong mama dan icha

ni senarai menu dan harga




kalau korang ke Tg. Malim nak makan yang ringan-ringan dan minum petang boleh la pekena pau Yik Mun ni 



Monday, February 22, 2016

Tenangnya Suasana Kampung di Desa Balqis Beach Resort Kuala Linggi | Review

9/2/2016

Destinasi ketiga jalan-jalan CNY 
kami sepatutnya singgah Melaka tetapi disebabkan jem yang teruk di tengah bandar Melaka kami tukar plan untuk terus balik rumah time ni kami dah berpecah dengan ahli-ahli yang lain

disebabkan dah termasuk bandar hilir kami terus tuju ke jalan lama Kuala Linggi - PD 
tapi sepanjang jalan klebang tu jem teruk ..jalan baru tepi laut pun sama 
jadinya kami berhenti pekena Ayam Kicap Meletop KFC 
rehat sekejap dan teruskan perjalanan balik 
tetiba MIL call dia dah sampai kat Restoren Nelayan Kg. Sg. Baru Kuala Linggi 
memandangkan satu jalan kami singgah walaupun memasing dah kenyang 
jangan katakan makan ...nak ambil gambar pun aku tak mampu hahaha


Siakap Stim
aku mampu ratah je 

Ketam Goreng Telur Masin 
yang ni aku fobia... takut la terbelah lagi jari aku 


Lala goreng pedas

ni je aku aku mampu makan perut penuh kot 
dah pulun makan kfc sebelum tu sebab dah lapar dari JPO pastu tersangkut dalam jem 

ada macam-macam lagi diorang order tapi aku malas ambil gambar dah
mood kenyang .... 
antara lauk yang ada hari tu sotong goreng tepung, udang butter, kailan ikan masin, tomyam, sotong bakar

lepas makan malam memasing lagi malas dan penat perut kenyang kan 
in the end cari tempat tidur 
call banyak apartment dan hotel area PD semua  fully booked

google jumpa Desa Balqis

Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi



Desa Balqis Beach Resort ni memang kita akan kembali ke suasana kampung 
semua rumah di sini adalah rumah kayu 
resort yang cukup unik, indah dan so kampung 
di sini memang kita akan rasa seperti di kampung sebab cukup nyaman dan tenang 
di sini ada banyak pilihan RUMAH yang korang boleh pilih dan harga bermula dari RM 200 hingga RM1000 bergantung pada peak hour
kami memilih Rumah Kak Ngah iaitu Single Storey Wooden Chalet 
mempunyai 1 bilik tidur, 1 bilik air, ruang tamu + sofabed dan pondok belakang rumah 
pemandangan belakang rumah yang betul-betul tepi laut 

memang boleh dengar deruan ombak
malam yang sejuk dan nyaman 



TV Kotak so kampung 
astro pun tak ada mungkin sebab nak kita betul-betul rasa seperti kampung kot


bilik pun ala-ala kampung

bilik air 

complimentary 


pemandangan dari belakang rumah 

dari sisi kiri

dari sisi kanan

deretan Single Storey Wooden Chalet 
Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang dan Kak Chik

ada meja untuk ambil angin sambil lepak-lepak 
bapak dan budak-budak ttak tunggu mama 

di sini juga ada swimming pool 
lokasi swimming pool di sebelah wooden chalet kami 
tapi kami tak mandi pun kolam bagi chance kat orang pulak budak-budak dah puas terjun kolam 2 hari berturut-turut

pagi tu kami jalan-jalan tepi pantai 
ambil angin pagi ... segar sangat 

layan buaian pokok ni 
feel kat sini tu lain macam sikit la 
rasa macam syok  dan tenang 


sambil dok tengok budak-budak terjun dalam laut dari atas pokok 


jumpa pasangan romantik ni 
melekat je tak nak pisah 

tak bawa balik pun .... lepas bawa naik atas .... kami lepaskan ke laut semula

oh ye di sini disediakan sarapan pagi dan dihantar terus ke rumah-rumah


satu jug air teh o panas dan 5 bungkus nasi lemak dan sebungkus kuih muih 



suasana di Desa Balqis dari lensa HP aku 
penuh semua rumah penuh 
di sini sangat sesuai diadakan aktiviti keluarga seperti family day, BBQ sukaneka sebab tanah yang luas macam aktiviti boleh buat 


korang nak tau lebih lanjut mengenai Desa Balqis Beach Resort Kuala Linggi ni boleh usha-usha website mereka ni

kalau korang nak lari hiruk pikuk kota dan nak cari ketenangan memang boleh mai sini 
ambil plak yang dekat dengan laut ....memang syok 

rate kami pada hari tu 
adalah RM500.00 sebab aku check in dah  malam pukul 10.00 pm kot 
dapat diskaun sikit dan free 3 extra bed


lokasi Desa Balqis Beach Resort ni betul-betul di tepi jalan besar dari Jalan Pengkalan Balak ke Port Dickson jalan lama/kampung

KM 50, KAMPUNG BUKIT DARAT, KUALA LINGGI, 
KUALA SUNGAI BARU, 
78200 MASJID TANAH, MELAKA
+603 - 4022 7728

N: 2 22 39.245
E: 102 0 52.972



Note : dulu  aku ingat Desa Balqis ni rumah orang kaya mana ... rupanya resort ......