Thursday, March 31, 2016

Bila Demam di Musim Panas


semalam aku EL sebab budak berdua tu demam sejak hari selasa 
diorg berdua memag jarang demam 
Fahim sejak dah besar ni memang jarang sakit, Alisha pula jenis memang antibodi dia kuat 
dari kecil begitu tapi kalau sekali sakit memang betul-betul sakit 

yang paling dirisaukan mesti la Alisha suhunya susah nak turun 
walaupun dalam berjerlum kepala berbalut tuala basah dan mandi dengan kerap
suhunya tak mau turun ke suhu normal 
makan ubat demam PCM tu pun 4-6 jam sekali dah 
semalam pi klinik, selalu kalau demam tinggi aku selang seli dengan ubat demam antara PCM dan Ibuprofen untuk kawal demamnya 
tapi klinik tu tak de stok ibuprofen pula

semoga Alisha dan Fahim cepat sembuh dan mama diberi kesihatan yang baik untuk jaga anak-anak mama

suhu 40.6'c walaupun baru lepas mandi dan berbalut kain basah 
tapi aku kontrol suhu Alisha dengan teruskan jerlum dan sponging whole body dengan basic H shaklee
risaunya ..kalau dalam 5 minit tak turun suhu Alisha memang aku bekejar ke ER 
tapi alhamdulillah suhu turun tapi maintain di suhu demam 

ikutkan hati aku malas nak bekerja lagi hari ni 
nak pastikan Alisha dah sembuh baru aku fikirkan pasal kerja 
tapi memandangkan boss aku akan pi kursus sebulan dan kemungkinan akan naik pangkat ke tempat lain dalam masa terdekat dan kemungkinan hari ni dapat surat rasmi 
aku keraskan hati datang kerja dan bawa si kecil aku ni sekali 
si Fahim ke sekolah juga sebab dah kebah sikit 
harap ubat demam bertahan sehingga pukul 1 nanti 
risau juga rekod buruk asyik MC je anak teruna tu 
baru lagi MC sebab ketumbit
risau juga ketinggalan dalam pdp


Monday, March 28, 2016

Perangai Orang Kita, betul ke tak ??

hari ni aku tersangat bz biasa la hari Isnin 
lepas tu rakan sejawat sebelah bilik bercuti kecemasan, anak tidak sihat 
so ai bz tu je nak bagtau 

esok-esok la aku BW kalau hari ni blog korang aku tinggalkan jejak tu maknanya aku mengular buat regangan otot jari kejap la tu 


semalam waktu tengah jd stalker kat FB 
aku jumpa ni 
bila aku baca komik-komik ni buat aku tersedar 
YES inilah bangsa Melayu, inilah Bangsa Malaysia dan inilah Kita 
kebanyakkannya aku sendiri pun buat ...astafirullahal a'zim












aku ni kadang tertekan like tanpa sedar 
hmmmm aku tak gembira tapi niat like tu nak maklumkan bahawa aku ambil maklum je 
hmmm rasa bersalah sungguh 





yang ini jadi budaya orang kita sekarang ni ... bukan orang kita je semua masyarakat dunia kot semua nk viral



yang ni aku pun selalu terfikir.... gelapnya hati aku 
kadang-kadang termengata tapi kat laki aku la... kesian laki aku terpalits ekali dengan dosa aku











niat dah betul demi menghormati Rumah Allah tapi cara kita yang salah
macam mana kita nak tarik mereka di luar sana rasai keindahan Islam kalau macam caranya kita tunjukkan kepada mereka.



apa pendapat korang dengan budaya ini di Malaysia sekarang??
bagus juga sebenarnya bila teguran dibuat seperti ini 
kalau hanya ditulis panjang lebar, malas hendaknya membaca bila dibuat dengan lukisan kartun 
sedikit sebanyak dapat ilmu tu 


Friday, March 25, 2016

Best Tak Kungfu Panda 3??

lepas balik dari Sabah aku sambung cuti sehari lagi 
saja nak berehat dan membasuh kain baju satu beg besar 
tengahari tu saja plan dengan ateh diorg bawa budak berdua dan sepupu diorang tengok wayang 
masing-masing nak tengok zootopia
kat GSC alamanda dah tak ada dah cerita tu 
kat IOI City Mall fullhouse cerita dah lama pun Fullhouse lagi 

nak tak nak kena layan Kungfu Panda 3
tu yang cepat dan masih ada kosong seat belakang dan sederet
Fahim awal-awal lagi ...dok ala...ala.... ala... boring ...tak nak tengok cerita ni 

yang tak puas hati 

budak yang excited tapi akhirnya tewas dipertengahan jalan 

lampu dah buka dia masih layan tidur 

mama: kenapa adik tidur ?
Icha : adik bosan la, tak best 

si Fahim pulak asyik dok tanya bila nak best ni mama 
kenapa bosan sangat ... bila nak lawan ....
ni salah mama la .. tak nak tengok boboiboy ....
huk aloh mama pulak disalahkannya
boboiboy fullhouse .... paling cepat pukul 6.00 pm 


Sinopsis Kungfu Panda 3

Jeneral Kai telah mengambil Chi Oogway untuk memboleh Jeneral Kai kembali ke dunia dari dunia roh.
Jeneral mencari Po untuk mengambil Chi Po Panglima Naga selepas diberi amaran oleh Oogway bahawa Panglima Naga akan mengalahkan Jenral Kai.
Po telah berjumpa kembali dengan ayahnya yang telah terpisah sejak kecil. Bermula la pengembaraan Po untuk kembali ke Perkampungan rahsia panda dan mempelajari mengawal Chi.
dan seterusnya Po menjadi master chi dan melawan Jeneral Kai.



bukan aku cakap .... anak-anak yang cakap 
Kungfu Panda 3 bosan 
hahahaha tak leh lawan Animasi Malaysia lagi best dan TERBAIK 
tahniah ANIMONSTA 


Thursday, March 24, 2016

Perubahan Terbaru di Rumah Terbalik Tamparuli, Sabah

Hari kedua di sabah kami bergerak awal pagi ke Kundasang 
dalam perjalanan ke Kundasang kami singgah di Rumah Terbalik Tamparuli
untuk maklumat mengenai Rumah Terbalik Tamparuli ni boleh rujuk entry aku tahun 2014 tak banyak yang berubah tapi perubahan yang ada aku akan selitkan dalam entry ini 

ini adalah harga terbaru tiket dan sudah ada penambahan baru iaitu 3D Wonders Museum
harga yang baru ni masih sama seperti 2 tahun lepas cuma ada tambahan GST

kami tak masuk pun 3D Wonders Museum tu 
sebab malas nak bergambar dan nak kejar masa untuk naik ke Kundasang 
tak sabar nak tengok Mt. Kinabalu 


Perubahan yang aku nampak di sini ialah pintu masuk ke rumah terbalik telah diubah ke belakang 
so maknanya kita masuk ke dalam rumah terbalik melalui pintu belakang 
dan banyak lokasi attarction diubah lokasi seperti lokasi kereta terbalik berubah kedudukan dari tepi rumah di letak di hadapan rumah, tandas terbalik yang berada di belakang rumah diubah  ke hadapan dan yang ulunya kafe di diubah menjadi 3D Wonder Museum dan dibina kafe baru di hadapan rumah terbalik 
so kalau korangd ah pernah ke sini sebelum ni korang patut datang lagi sebab dah ada perubahan baru
aku rasa perubahan yang baru ini menjadikan Rumah Terbalik Tamparuli lebih teratur 


jom masuk 



cubaan abah nak terbalikkan anak dia 
gelak icha tengok gelagat dua beranak tu 

kami kat sini tak lama pun dalam 30-45 minit je 
jom gerak ke Kundasang pula


Wednesday, March 23, 2016

Seafood Sedap & Murah di Kota Kinabalu | Medan Selera Segama Waterfront, KK

malam pertama di Sabah kami makan malam di medan selera Segama Waterfront 
makan malam di sini lebih murah dengan pilihan banyak gerai 
semua makanan laut yang segar

ramai yang review di Anjung Senja tapi lepas keluarga kakak ipar survey di Anjung Senja a bit pricey 
mungkin kemudahan dan tempatnya tu yang buat situ mahal kot

mudah je nak cari Segama Water front ni 
jalan terus je dari Marina Court Condo atau lebih mudah cari Pasar Filipina 
terus je sampai jumpa deretan gerai macam ni 
malam-malam kat SEgama Waterfront ni tempat lepak warga KK 
macam aktiviti diorang buat ...bersantai, ada yang main skateboard, rollerblade 
betul-betul tepi laut dengan Jesselton Jetty



kami memilih Gerai Ummi dan Family 
dulu kami makan di Warung Melayu Borneo Seafood


siput scallop, kepah dan kerang 
kerang ni besar gile besar penumbuk icha kot 





kebanyakan makanan laut di sini RM4.00 seratus gram 
sekali masak 
so kiranya murah la 
kalau yang lain harga tu tengok jenis la macam udang yang besar, ketam ke
kalau ikan sama je harga RM4.00

saja nak try lobster RM16.00 seratus gram 
seekor ni RM90.00
Lobster Masak Dried Chilies

Ketam Butter Telur Masin 

Sotong Celup Tepung


Sambal Sotong  

Kerapu Stim Lemon 


Tomyam Campur 
tapi pelik sikit style sabahan kot ada letak bunga kantan 
rasa very spicy dan unik la 
tak macam tomyam thailand la 

kailan ikan masin 

tapi aku rasa tak macam kailan pun 
rasa macam kobis ... keh keh keh 
aku rasa tukang masak tersalah capai sayur kot tak pun dia keliru dengan jenis sayur 
tapi memang rasa ikan masin pun 
not bad rasa dia 



keseluruhannya sangat berpuas hati dengan servis gerai ni 
masak cepat kami tak lama pun tunggu dalam 10-15 minit je
harga pun murah la 
total makan malam termasuk air dan nasi RM195.00
maknanya makanan lain tidak termasuk lobster yang berharga RM90.00 tu adalah RM105.00 je la 
for me murah la 
sebab semua orang kenyang dan kena paksa makan 
yang bestnya my anak teruna dah pandai makan seafood ni 
seronok tengok dia makan 

Tuesday, March 22, 2016

Penginapan di Kota Kinabalu | Review Marina Court Condo Resort, Kota Kinabalu

ni saja nak review penginapan kami semasa percutian ke Sabah cuti sekolah yang lepas 
mudahan boleh dijadikan rujukan atau panduan kepada korang yang plan nak bercuti ke Kota Kinabalu nanti

Hari pertama kami menginap di Marina Court Condo Resort, Kota Kinabalu 
tempahan melalui Agoda dengan kadar sewa 1 malam RM308.00

Marina Court Condo Resort ada 3 bilik tidur, ruang tamu, 2 bilik air, 1 dapur dan 1 ruang makan 
sangat selesa dan puas hati dengan tahap:
1. kebersihan
2. susun atur 
3. perabot terutamanya bilik tidur ada extra bantal 
4. lokasi - yang dekat dengan pusat bandar, pasaraya, pasar filipina dan kedai makan 


Marina Court Condo Resort ini adalah separuh pengurusan hotel dan persendirian 
unit yang aku menginap ini adalah pengurusan hotel so memang puas hati 
nanti dihujung entry ni nanti aku akan kongsikan mengenai pengurusan persendirian 
jom tengok dulu dalaman Marina Court Condo Resort ni 
berbaloi dengan harga sebab ahli rombongan kami kan ramai semua dapat tidur dengan selesa 
tilam pun empuk lagi 

bilik pertama 

bilik kedua 

bilik ketiga

ruang makan 
abaikan kasut berselerak dan beg-beg 

dapur

disediakan oleh pihak hotel

lengkap dengan alatan memasak 
semua ada periuk, kuali, sudip, pinggan, mangkuk dll
tapi kami tak guna pun 
plan nak makan seafood kan 
kami kalau jalan-jalan memang malas nak memasak bagai 


peti ais

stove

bilik air yang bersih 

yang paling disukai oleh MIL sebab dia boleh basuh baju cucu-cucu dia yang 3 orang tu
kalau macam aku memang tak perlu berbasuh baju sebab aku memang bawa beg besar  dan kira siap-siap sehari pakai berapa helai siap ada extra 
aku tak suka nak rimaskan  minda aku dengan nak memikirkan baju tak cukup so bawa je banyak-banyak 
bawa beg paling besar sumbat dalam tu semuanya dan  pastikan ada extra ruang untuk sumbat barang yang korang beli nanti  ... that's my way korang pula macam mana 

so aku memang suggest kalau korang bercuti ke Kota Kinabalu untuk menginap di Marina Court Condo Resort yang mana boleh booking terus di dalam website Agoda atau booking di website http://www.marinacourtresort.com/ atau https://www.promenadeapartment.com/  


banyak pengurusan di  Marina Court Condo Resort korang boleh buat perbandingan harga dan pilih yang berbaloi 

di hari ketiga juga kami menginap di sini dan kami booking melalui Agoda dan hrga lebih murah iaitu RM280.00 
tapi aku tak nak review yang ketiga ini sebab kurang berpuas hati sedikit 
kami memilih KK-Suites Residence @ Marina Court Resort Condominium 
KK-Suites Residence ni pengurusan persendirian harga memang lebih murah tapi aku lebih suka yang pengurusan hotel. 


lokasi Marina Court Condo Resort ni memang dekat dengan pusat bandar so tak boring 
dan mudah la nak keluar makan nak shopping 

lagi pun setiap blok ada swimming pool so tak perlu pun jalan jauh-jauh 
turun je terus terjun kolam, kolam terjaga dan bersih