Monday, May 30, 2016

Buat DIY Art di ArtoPanda, IOI City Mall

aku ada jumpa satu kedai DIY art best kat IOI City Mall, Putrajaya 
kedainya kecil je tapi best tak ada caj GST sebab kat resit tak daftar ... hehehe


macam-macam aktiviti seni boleh dilakukan kat sini 
Fahim dan Alisha baru je try 3 jenis art di sini 
so banyak lagi DIY art yang akan anak-anak berdua tu akan try nanti 

aku suka aktiviti di sini sebab :
1. aktiviti seni begini dapat meransang aktiviti otak kanan yang berfungsi mengawal daya kreativiti, persepsi dan emosi 

2. dapat meransang daya pemikiran kanak-kanak berkeupayaan menyelesaikan masalah dan membuat penilaian bijak dalam menyelesaikan masalah.

3. dapat melatih dan mengkoordinasi otot tangan semasa membuat aktiviti seni.

4. boleh melatih pancaindera dalam penghasilan art mengikut kreativiti mereka.

5. dapat belajar pengetahuan mengenai warna-warna..contoh jika biru dicampur kuning warna apa yang terhasil.

6.meningkatkan keyakinan diri .... mereka berani mencuba dalam penggunaan warna ..contohnya dalam penghasilan window art. dari situ  kita akan nampak dan boleh build up rasa keyakinan diri mereka... jangan ingat dengan penggunaan warna ia tidak dapat untuk membantu meninggikan keyakinan diri.

ini adalah pendapat peribadi aku ..... sebab bagi aku otak kiri dan kanan yang aktif akan dapat mencapai sepenuhnya potensi minda.....

di Artopanda kami sempat try 3 jenis DIY art iaitu window art, magic beads dan colour your dinosaur( totally forgot what is it)


aktiviti pertama Window Art RM12.00 per pcs

sedang menghasilkan window art

sedang aktif menggunakan otak kanan 


hasilnya art hasil kreativiti Alisha 

lepas siapkan window art .... abah bagi satu lagi peluang untuk diorang pilih 
so diorang berdua pilih colour your dinosaur(totally forgot what is it)

dalam telur dinosaur tu ada 3 jenis bekas warna iaitu merah, biru dan kuning sebatang, berus serta seekor dinosaur kecil.

colour your dinosaur(totally forgot what is it) RM 9.90 per egg





dengan aktiviti mewarna dinosaur ini dapat merangsang pengetahuan mengenai warna 
like if blue + yellow = ?
red + yellow =?
blue + red = ?

so diorang sangat ... waaaaaaaahhh seriously ???
baru tahu 3 warna je dapat hasilkan banyak warna ...


kali kedua ke sini kami bagi peluang pada Alisha dan Fahim untuk mencuba sesuatu yang lain 
iaitu Magic Beads RM18.00

magic beads ni ada banyak saiz dan pilihan tahap kesukaran 
yang Alisha pilih ni tahap mudah tapi besar sedikit
harga bermula dari RM6.00 hingga bergantung pada jenis saiznya

apa yang aku suka mengenai aktiviti magic beads ni 
♥pertama merangsang dan melatih otot tangan dan koordinasi tangan 
♥kedua meransang daya fokus kanak-kanak dan kekuatan pancaindera iaitu mata dalam menentukan warna pada papan magic beads 
♥ketiga mencetus daya kreativiti untuk bermain dengan warna dan cuba untuk derhaka dengan warna di papan magic beads tu

dan terhasillah satu keychain magic beads hasil kreativiti mereka berdua




Fahim dan Alisha sama-sama membantu

akhirnya Alisha selesaikan sebab abah offer Fahim beli lego(local bkn ori tau)
lego satu lagi mainan yang aku suka fahim main
lebih kurang macam art ni juga fungsinya


so aku suggest ibu bapa yang tak tahu nak buat aktiviti apa dengan anak di hari minggu boleh ke sini 
untuk mengaktifkan otak kanan korang 

ruang di Artopanda ini agak terhad tetapi selesa dan ceria 
aku suka decoration di sini 
dan pekerja Artopanda amat peramah, bersopan dan membantu 
senyum je mereka ... sesuai dengan tema kedai ini 

di Artopanda ada byak jenis DIY art yang boleh dibuat 
seperti sand art, magic beads, window art, button art, scratch art dan banyak lagi kalau nak list ...
korang boleh datang sini dan aktifkan otak kanan





Lokasi di Tingkat 1 bersebelahan dengan Kedai Jual Lego dan japan comic miniature 
dan satu level dengan Kidzoona 



Note : on vacation mood sempena cuti sekolah




Friday, May 27, 2016

Mainan Kegemaran Alisha

aku ada baca satu komen ibu ni di FB mengenai anaknya usia 4 tahun tak tahu baca ABC sampai dia stress... bila baca tu rasa kelakar sangat ...ada juga ibu yang sebegini rupanya 



Alisha sejak 2 menjak ni suka sangat dengan puzzle 
as long as puzzle bercirikan princess disney
ulang main main berkali-kali 
dulu waktu dia tak minat dan tak reti buat 
memang terabur hilang sana sini .. in the end memang aku buang dalam tong sampah je 

semua orang excited untuk pertama kali bila Alisha dapat buat puzzle tanpa bantuan 
kami jadi pemerhati sahaja 

buat masa 1 bulan ni ini la mainan kegemaran Alisha 
aku perasan dalam 4 bulan kebelakangan ni Alisha semakin suka membaca 
membuat latihan menulis dan perkara-perkara yang berkaitan pdp
setiap 1 bulan Alisha akan tukar buku Mari Membaca Anakku
berbanding tahun lepas buku Mari Membaca Anakku no.1 tak bergerak
ajak membaca di rumah pun dia buat-buat menguap
aku memang jenis tak memaksa sebab bagi aku usia Alisha masih kecil dan dia perlu bermain dari mengadap buku 
tetapi menjadi satu kelebihan jika Alisha sendiri yang menunjukkan minat untuk belajar dan dia boleh membaca 2 suku kata dengan lancar di usia 5 tahun 
mungkin bagi setengah orang di usia ini dikira lambat 
tapi aku dah rasa berbangga Alisha semakin minat dan matang untuk memahami maksud belajar itu sendiri 

aku tidak memaksa Alisha untuk belajar tetapi memberi semangat dan dorongan untuk terus berusaha 

kalau mama sibuk abang ada sedia untuk membantu 
selalunya peel Alisha suka minta perhatian waktu mama tengah sibuk di dapur ... ☼__☼
so aku akan cakap pi tanya abang ...suruh abang ajar 

aku tak pasti perubahan Alisha kerana aku amalkan Caliph atau memang minat belajar tu datang dengan sendiri ...Alisha dan fahim amalkan Caliph sejak tahun lepas .... 
sebagai ibu bapa kami hanya mampu berikhtiar untuk kebaikan Anugerah Allah ni 



Note: mood malas nak taip pasal Sabah 


Thursday, May 26, 2016

Moi Kegemaran aku

moi adalah salah satu makanan kegemaran aku 
dari kecik aku suka sangat makan moi
kecik-kecik dulu mak aku selalu masak moi makan ngan ikan masin talang serta cili kering goreng dan bawang besar goreng 
sedap 

bila hidup bujang pun aku akan selalu masak moi 
perut kenyang dengan masakan simple serta jimat 

bila bosan sangat dengan nasi memang aku akan masak moi 
nasi dengan lauk memang dah masak tapi aku akan masak juga moi 
khas untuk diri aku .... yang lain nak makan nasi ke moi ke ikut la 

moi dengan hirisan ayam goreng, ikan bilis, minyak bawang putih, chili flake dan daun bawang 
makan panas-panasnya sedap
tapi kalau nak lagi sedap  bubuh cili kicap 

moi tu maknanya bubur nasi 
orang kedah panggil moi 



Tuesday, May 24, 2016

Tempat Menarik di Sabah | Tg. Aru & Muzium Sabah

15/3/2015

lepas turun dari Kundasang kami on wave cari Taman Buaya Tuaran tapi wave bawa kami ke tempat lain ... area ums ..ngok ngek betul

bila aku try search keyword in english Tuaran Crocodile Farm dah jauh dah 
sabar je la 
kami terus ke Muzium Sabah sementara tunggu untuk check in di Marina Court Apartment KK 
rehat sekejap kemudian 
sebelah petang kami keluar ke Pantai Tanjung Aru 
aku suka kat sini kebersihan pantai masih terjaga walaupun menjadi tempat tumpuan 

aku tak ambil banyak gambar semasa di sini sebab masa kami pergi tu black out 
so kami lepak sekejap kemudian pusing bandar KK naik ke Pelantar Peninjau di Bukit Bendera

tapi kami repeat ke Muzium Sabah semula sebelah petang sebelum ke Tg. Aru
sedikit info mengenai Muzium Sabah 



di Tanjung Aru enPanjang melayan anak-anak dia
main permainan kejar dan tangkap 
siapa yang berjaya tangkap dapat reward
so enjoys la budak-budak ni 







budak berdua ni tak join games diorang prefer main pasir 



lama juga kami beriadah di sini 
bila hari dah gelap kami terus gerak ke Gerai Seafood terbaik di Bandar KK 
yang tu next entry la 


kat Tg. Aru kalau korang yang sukakan laut dan beriadah memang boleh ke sini
kat sini ada banyak gerai makan dan gerai jualan buah potong fersh dan jeruk 
sedap ...terliur aku bila teringat hoi 
sorry gambar tak ada sebab aku tak sempat nak ambil gambar aku dah ngap dulu 





Note : sedaya upaya aku nk habiskan entry Sabah ni ..sebab banyak lagi entry latest aku tak up lagi hujung minggu ni ada lagi aktiviti hujung minggu kami 

Monday, May 23, 2016

View Cantik Gunung Kinabalu di Kundasang War Memorial

memang nak habiskan entry jalan-jalan Sabah bulan Mac 2016 yang lepas 
mungkin nanti aku nak buat entry lagi boleh linkback je 

kami cuma menginap 1 malam sahaja di Greenhill Homestay Kundasang
awal-awal pagi terus gerak ke Pekan Kundasang untuk sarapan dan ke Kundasang War Memorial 

seluruh ahli keluarga kami
♥ kami 4 beranak
♥ atok, nenek & ateh
♥ 3 anak buah enPanjang



me & the kids

Alisha's fav cousin
her kakak wawa

rindu dengan view mount kinabalu
kalau nak dapatkan view mt. Kinabalu korang boleh photoshoot kat sini 
memang cantik 
kat sini ada byk jenis taman dan landskap untuk korang ambil gambar 





kami kat sini tak lama pun 
lebih kurang 30 minit je kot 
sebab nak terus gerak ke KK semula 
niat nak terjah ke Tuaran Crocodile Farm tapi wave bawa ke tempat lain ... ngok ngek betul la 

sedikit makluamt mengenai Kundasang War Memorial ni boleh click sini 

Friday, May 20, 2016

Homestay Muslim di Kundasang | Review Greenhill Homestay

semasa di Kundasang kami menginap di Greenhill Homestay, Kg Kinasaraban
lebih kurang 1.2 km dari Pekan Kundasang 
pada masa kami pergi semua hotel dan homestay penuh 
dapat yang jauh sikit dari pekan pun dah ok sangat dah 

Pemilik homestay ini Muslim. so tak perlu risau mengenai haram. InshaaAllah terjamin kebersihannya.

pemilik homestay juga sangat peramah dan lebih kurang sahaja .... siap tolong MIL basuhkan baju tau  
Green Hill Homestay betul-betul terletak di tepi jalan ..sangat mudah di cari 
akan jumpa homestay ini dulu kalau dari arah  KK ke Kundasang

kadar satu malam adalah RM350.00





Luas dan bersih
ada 3 bilik dan 3 bilik air
1 dapur dan meja makan
 1 ruang tamu

dapur lengkap dengan set memasak seperti kuali, sudip, senduk, periuk nasi dan set pinggan mangkuk serta peti ais






pemandangan dari bilik 

pemilik membela seekor beruk yang diberi nama peeweet 
sangat aktif.... asyik berpusing-pusing dalam sangkar 
begini la peeweet bila ada pengunjung baru tuannya cakap ...excited





waktu kami pergi bulan mac 2016 yang lepas tu musim panas 
kesejukan di Kundasang lebih kurang kat Cameroon Highland je 
tak sejuk mana 
pemilik maklumkan dah lama Kundasang tak hujan 
so cuaca agak panas 

aku teringat lagi 2 tahun lepas waktu kali pertama ke Kundasang bulan Mac 2014
Ya Allah sejuk sungguh .... kalau bercakap sampai keluar wap ....
malam tak boleh tidur, waterheater tak boleh menampung kesejukan air , pukul 6petang dah macam tengah malam dan memang tak boleh keluar sebab kabus tebal sangat-sangat sampai basah cermin depan 
kebetulan time tu memang musim hujan so cauca sangat sejuk 
boleh baca di sini pengalaman di Kundasang Mac 2014

tapi aku suka yang tahun 2014 sebab sejuk 

tips ke Kundasang jangan lupa bawa baju tebal


untuk maklumat lanjut mengenai Greenhill Homestay Kundasang 


Lokasi :



image google street 




Thursday, May 19, 2016

Tempat Best di Sabah | Poring Hot Spring

kami terus gerak dari Desa Cattle Diary Farm ke Poring Hot Spring, Ranau 

aku suka di sini 
sebab aku dah plan nak jungle tracking ke Canopy Walkaway dan ke air terjun 

di sini siapa nak ikut mama dipersilakan siapa nak ikut abah dipersilakan 
kami berpecah di sini 
yang nak buat aktiviti santai rendam-rendam kaki ikut abah 
yang nak ikut mama pergi buat aktiviti keluarkan peluh jom 

ini je yang nak ikut mama 
haha sabar je la 
anak buah lagi 2 nak mandi air panas
yang si kakak ni jenis suka aktiviti adventure

kami mendaki lebih kurang tak sampai 15 minit kot 
aku pelik sungguh kenapa sekejapan je sampai sedangkan 2 tahun lepas 
sampai hilang nafas aku mendaki nak sampai ke canopy walkaway ni  
rupanya di sini ada 3 jenis canopy walk yang berbeza jarak dan ketinggian 
yang aku pergi kali ni ada yang paling rendah lebih kurang 350m sahaja 
yang lepas adalah 550m dan yang paling tinggi 850m
 canopy walkaway ni akan dibuka dan  ditutup untuk penyelenggaraan setiap 3 bulan dan pihak pengurusan akan membuka salah satu yang telah diselenggara

2 tahun lepas aku merasa naik yang peringkat kedua sebab tu meluap-luap adrelin aku time tu 


fahim yang steady sejak dah semakin besar ni dia semakin berani 
dah tak gayat macam dulu



masa yang diambil untuk naik dan turun lebih kurang 3 minit je 
ada banyak lagi masa untuk kami teruskan meredah laluan hutan 
jom kita jungle tracking ke Air Terjun Kipungit 
jarak lebih kurang 700m 



kami sampai dan tak dok lama pun 
kalau bawa baju renang Fahim memang aku dah bagi dia merasa kesejukan air terjun kat sini dah 
Fahim tak pernah ada pengalaman ke air terjun sebab mak dia takut sangat dengan Virus Leptospirosis
so bila dapat ke sini aku pula tak bawa beg baju ...ada dengan abah .... 
next time ye Fahim ...

pengalaman pertama Fahim turun ke air terjun .... 


lepas dok rileks lepas penat kami gerak balik ke kolam air panas .... nak juga merasa rendam kaki 
sambil kami jungle tracking  enPanjang melayan Alisha mandi kolam

ni la jadinya bila mama not around 
alisha terjun kolam pakai tshirt je ....swimming suit tah ke mana
lepas keringkan alisha abah bagi pakai baju abang pulak ... hahaha 


oh ye kali ini Kebun Rama-rama dah tutup 
not sure kenapa mungkin musim panas kot banyak rama-rama mati 

untuk maklumat mengenai Posing Hot Spring ni korang boleh baca entry aku yang lepas 
kat situ banyak info mengenai harga dan masa