Thursday, June 30, 2016

Hadiah Peraduan Jom Minta Resit GST dah dapat !!

30/06/2016


Alhamdulillah ....
pukul 9.00 pagi tadi aku dan enPanjang ke Kastam Diraja Malaysia untuk tuntutan hadiah Peraduan Jom Minta Resit GST di Menara Tulus Putrajaya

berdebar-debar menanti dipanggil untuk semakan resit dan menerima hadiah 
tertanya-tanya baucar apakah yang bakal kami terima.
- baucar membeli-belah ke ? baucar tesco, aeon, aeon big dan lain-lain


Terima Kasih Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana telah menganjurkan program ini.

Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah Ya Tuhanku kerana memurahkan rezeki kami sekeluarga 

dan kami telah menerima 

















































Baucar Tunai - Wang Pos Malaysia RM200 x 2 Orang

Alhamdulillah rezeki anak-anak 


Note : sepanjang join peraduan, aku jarang bertuah.  Ini kali pertama kami berdua terima hadiah yang bernilai begini.

Wednesday, June 29, 2016

8 JULAI 2016 telah diisytiharkan CUTI PERISTIWA | yeay yeay

CUTI PERISTIWA PADA 8 JULAI 2016

KABINET MALAYSIA TELAH PUTUSKAN PADA 8 JULAI 2016 (JUMAAT) DIISYTIHARKAN CUTI PERISTIWA

Alhamdulillah...jimat satu hari cuti tahunan
Terima kasih PM Malaysia


Note : menanti pengumuman rasmi.


Harapnya betul-betul cemas Kes Abam Bomba pagi ni

pagi-pagi tadi waktu otw pi kerja nampak Fire Truck terus terdetik kecemasan apakah ini?
betul-betul kecemasan atau seperti kes viral semalam .....


rasanya semua dah tahu kes viral ni semalam kot



memang tidak betul untuk beliau ini menyatakan secara terang-terangan jabatan terbabit yang mana tidak melayan kes tersebut 
satu mencemarkan imej kerajaan dan menggalakkan orang awam untuk menghubungi pasukan penyelamat bagi kes yang tidak dikategorikan cemas 

by the way ...aku pernah tengok kes kunci kereta tertinggal dalam kereta panggil bomba pecahkan pintu ... mangsa kejadian perempuan 
kejadian di depan sekolah anak aku ... tapi aku tak dapat pastikan sama ada di dalam kereta ada anak kecil ke tak ... kalau ada anak kecil memang kes kecemasan la 

tapi kami tak panggil bomba ... hehehe

satu lagi kes ... pintu bilik terkunci di sebuah kuarters kerajaan 
kakak opis aku ni panggil bomba pecahkan pintu bilik 
kes ni dah lama dah la ... dalam 4-5 tahun lepas 
tapi time tu orang Malaysia ni tak pandai nak viral-viral lagi 
kiranya orang awam menyalahgunakan perkhidmatan abam bomba ni dah lama cuma orang lain tak tahu je 

nasihat aku di sini jika berlaku kecemasan .... tapi kecemasan tu tidak melibatkan nyawa selesaikan sendiri dulu ...minta tolong orang kalau dah tak leh buat apa-apa baru panggi bomba macam kes cincin di kemaluan seorang lelaki .... dah seminggu dah membengkak baru dia pi hospital dan hospital panggil bomba ...keh keh keh 


Tuesday, June 28, 2016

7 Hari lagi nak Raya | Cepatnya Ramadhan berlalu

mood menulis dan berkongsi aku pada bulan Ramadhan ni totally lost 

hari ni 23 Ramadhan 1437H
sekejap je Ramadhan dah nak berlalu 
sedih rasanya 
begitu cepat masa berlalu sekarang ini 

di corong-corong radio sekarang ni semakin aktif dengan lagu-lagu raya 
sedekit sebanyak menaikkan mood 
aku sebenarnya dah lama tak dengar radio DJ syok sendiri
sebab menyampah dengar lawak dari DJ yang syok sendiri 
buat lawak pastu sendiri gelak 
menyanyi melalak-lalak bajet pendengar terhibur 

kadang-kadang dengar IKIM kadang-kadang Hitz FM
tapi 2 hari ni aku terbuka juga radio DJ syok sendiri sebab lagu raya 
setahun sekali je nak dapat dengar lagu raya dengan terasa keindahan kenangan beraya 
kadang-kadang bila dengar lagu raya teringat zaman beraya dengan mak dulu...zaman kanak-kanak ... seronok 



sekarang ni kalau raya seronok sebab anak berdua ni 
seronok tengok diorang seronok 






Tuesday, June 21, 2016

Korang dah Tukar Duit Raya

baru balik dari bank 
tukar duit raya 

tapi harap maklum duit recycle ye tuan/puan sekalian di Putrajaya ni 
tak kisah la duit baru ke lama ke 
janji niat tu ikhlas nak bagi duit raya kan 

aku tukar tak banyak pun tadi sebab enPanjang dah tukar dah semalam
ni enPanjang suruh topup je 

orang tak ramai pun di bank tadi 
sama ada belum gaji atau aku yang pi awal sangat tadi




perlukan info tarikh tukar duit raya boleh tengok kat sini 

Selamat Menukar Duit Raya 

Thursday, June 16, 2016

Tarikh Tukar Duit Raya 2016



seperti tahun-tahun lepas aku akan update info mengenai tarikh duit raya di bank-bank di Putrajaya 
atas permintaan rakan-rakan
semoga info ini dapat membantu korang 


Tarikh Tukar Duit Raya di Putrajaya 2016


Bil.
Bank
Tarikh Mula Pertukaran
Duit Raya
1.     
BIMB Putrajaya
20 Jun 2016 ( 9.00am – 2.00pm)
2.     
BIMB Cyberjaya
16 Jun 2016
3.     
Bank Muamalat
13 Jun 2016 (pemegang acc sahaja)
4.     
Maybank Berhad
20 Jun 2016
5.     
AMBank
21 Jun 2016
6.     
CIMB
20 Jun 2016
7.     
Public Bank
20 Jun 2016
8.     
Bank Rakyat P.8
………………..
9.     
Bank Rakyat P.15
20 Jun 2016
10.  
Bank RHB
………………..
11.  
BSN
Belum ada info
12.  
Hong Leong Bank
24 Jun 2016
13.  
Affin bank
20 Jun 2016

































selamat menukar duit raya 



Menang Baucar Tunai RM200

Salam Ramadhan 
hampir 3 minggu aku tak menulis 
banyak sebenarnya cerita yang aku nak ceritakan 
cerita sebelum puasa .... cerita jalan-jalan cuti sekolah .....
tapi mood aku sesungguhnya merundum sepanjang bulan puasa ni 


Alhamdulillah rezeki di bulan yang mulia nama aku dan enPanjang disenaraikan sebagai salah seorang pemenang Peraduan Jom Minta Resit GST
memenangi baucar tunai RM200 
tapi tak tahu la baucar tunai apa

tarikh tuntutan hadiah bermula pada 27 Jun 2016

Alhamdulillah