Thursday, September 29, 2016

Happy 8th Birthday Fahim

29.9.2016



Hari ini genap Fahim 8 tahun 
Alhamdulillah membesar dengan sihat

Mama doakan Muhamad Adib Fahim terus membesar dengan sihat dan sentiasa diberi kesihatan yang baik, berjaya dunia akhirat.

Happy Birthday Abang Fahim
kami sayang abang 


Thursday, September 22, 2016

Makan Tengahari di Mr. Kabab & Biryani Putrajaya

10.09.2016

banyak kedai sekitar Putrajaya yang dah tutup
nak makan kat mamak memang dah jemu 
dah setiap pagi sarapan kat mamak kot 
sebelum hantar Fahim ke sekolah kami sarapan dulu kat kedai mamak tepi sekolah fahim ni 

so hari tu kami makan tengahari di Mr. Kabab & Biryani Putrajaya
aku order Nasi Mendy Ayam untuk aku dan Fahim 
Alisha kongsi ngan mama 
enPanjang order Poori dengan kuah Dalca
enPanjang cakap sedap poori tu .... lebih sedap dari kat mamak

Airkrim Strawberi dan Vanilla untuk budak berdua


Nasi Mendy Ayam 


Poori dengan Kuah Dalca 

habis satu pinggan Fahim makan 


anak dara biasa la senyum je lebih 
makan sikit-sikit  je 
janji makan ye dik 
budak kecik ni makin hari makin gelap kelam 
asyik mandi laut mandi kolam je 


Total makan hari tu RM50 tepat 
alhamdulillah ... harga berbaloi dengan rasa dan kekenyangan 


Selamat Tinggal Alpha

hari ni mood menulis ada sedikit
so aku kembali menulis .... banyak cerita sepanjang bulan september ni
aku harap mood aku kembali seperti biasa 

04.09.2016

setelah 2 tahun kami bela Alpha dan dah tiba masanya kami melepaskan dia 
bagi dia merasa hidup bebas, hidup di alam semula jadi kurniaan Allah ini, hidup berpasangan, belajar hidup berdikari mencari makanan sendiri

lagipun aku rasa berdosa bila terlupa beri dia makan
aku rasa berdosa bila tak ada di rumah 2-3 hari, selama itu dia menahan perut 
kalau tak ada di rumah lebih dari seminggu baru aku akan serahkan alpha kepada kawan aku untuk jaga sekejap 

kesiankan bila terfikir aku kerap menyeksa dia kelaparan
Alpha tak pandai makan sayuran hanya pandai makan palet sahaja 
aku harap sekarang Alpha sudah pandai mencari makanan dan makan makanan semulajadi kura-kura 


asalnya ada 2 ekor kura-kura fahim dan alisha 
Alpha dan Alphin 
aku beli pada bulan September 2014..genap-genap 2 tahun
tapi Alphin dan arwah ...salah aku 
asalnya aku nak biar budak berdua ni bergerak bebas di dalam bilik air 
main kejar-kejar tapi aku lupa tutup pintu 

bila aku naik ke rumah atas budak berdua ni dah hilang dari bilik air
puas mencari seluruh cerok-cerok dan pelusuk rumah atas 
yang hanya jumpa si Alpha sahaja 
Alphin hilang ....hampir 2 minggu ...time tu memang risau sangat takut mati dan membusuk 
tapi Alphin panjang umur di jatuh dari tangga dan terjatuh dalam stroller Alisha 
dia selamat cuma dehydrated sangat .... memang nampak kelainan pada kulit dan kawasan mata Alphin 
aku letak kembali Alphin bersama Alpha memang aku ingat lagi moment tu bila Alpha naik ke atas badan Alphin 
mungkin pelukan rindu sesama diorang.... dari kecik Alpha dan Alphin memang suka panjat belakang masing-masing 

tapi umur Alphin tak panjang lebih kurang 2 bulan kemudian dia mati 
so tinggallah Alpha sendiri kembali 
hidup tak berteman 
dia hanya disentuh bila aku nak cuci bekas air dan berus badan dia 

so kini semuanya tinggal kenangan bila kami telah melepaskan Alpha di Tasik Putrajaya berdekatan Monumen Putrajaya 

Alpha

ucapan dan pesanan selamat tinggal

memang sifat semulajadi haiwan rasanya .... keluar je dari bekas terus bergerak ke arah bunyi air

pertama kali masuk ke tasik 

selamat tinggal Alpha...semoga kamu baik-baik je dan dapat survive 

Fahim merah muka dan merah mata sebab sedih 
hati tisu betul anak bujang aku sorang tu 
Alisha rileks je .... aku pun sedih juga sebab selama 2 tahun ni aku yang jaga Alpha 

Selamat Tinggal Alpha 
nanti kawen suruh bini bertelur banyak-banyak tau 
eh eh jap ...aku taktau Alpha ni jantan ke betina ....tapi aku rasa dia jantan

oh ye ...kenapa aku lepaskan Alpha kat sini sebab aku banyak kali pernah jumpa kura-kura kat tasik ni waktu datang beriadah

Friday, September 2, 2016

Kereta kena Langgar dari Belakang

2/9/2016

pagi tadi dalam 7.50 am kat simpang lampu isyarat Taman Warisan Putrajaya 
kereta aku kena langgar dari belakang 
nasib baik tak kuat dan cuma pecah reverse sensor je 

seorang pemandu perempuan, juga seorang PA walaupun dia tak bagitau tapi aku tau sebab laki dia kerja satu bangunan dengan aku 

lagipun enPanjang cakap tak pe la sebab sikit je 
kalau kemek baru dia suruh bayar 

walaupun waktu mula2 kejadian tadi kemain dia membebel .... sabar je la 

hikmah dari kejadian ni ...aku boleh nampak kematangan aku dalam menyelesaikan masalah 
walaupun dalam keadaan marah dan terkejut 
aku dapat selesaikan secara baik tanpa mengamuk macam peugot CDM merah dulu tu ... keh keh 

kalau ikutkan ini pengalaman pertama aku kereta kena langgar dari belakang di lampu isyarat

memang pada mulanya aku tinggikan suara dengan tegas ..minta pemandu tersebut berhenti tepi sebab tak nak ganggu pemandu lain 
kemudian bila dia minta maaf berkali-kali dan aku tengok anak-anak dia masih kecil 
tengok pula kereta aku .... pecah sikit je 
aku kesian ... walaupun masih dalam keadaan marah 
aku cuba kawal perasaan marah, jadi matang dan suara 

memang aku agak garang sikit permulaannya kemudian cuba turunkan sikit demi sikit 
alhamdulillah berjaya walaupun enPanjang tengah marah dalam telefon... phewww 

memang usia mematangkan gaya pemikiran dan tingkah laku kita 
kalau ikutkan ...aku ni amat garang hokey memang kaki gaduh 
tapi sejak dah 30an ni slow sikit dah .... budak opis lama dulu tahu la aku macam mana 
sepupu sepapat yang membesar dengan aku ...di bawah jagaan aku dulu tahu la macam mana ... sampai depa komplen kak manja masak pedaih sebab garang nak mampuih...

so si pelanggar dah whatsapp aku ... husband dia juga dah call ...dia juga dah call enPanjang 
so pemandu di luar sana ...berhati-hatilah semasa memandu 
jika membawa anak kecil ...pastikan mereka dipakaikan seat belt dan kawal mereka supaya tak membuas di dalam kereta 

nasib baik sikit je kalau teruk bayangkan apa jadi pada anak-anak kecil kita tu .... jika mereka tengah membuas di dalam kereta ...berlaku kemalangan atau pun kemalangan berlaku sebab mereka membuas.... jika umur panjang dan tiada kecederaan seperti hari ini alhamdulillah jika berlaku sebaliknya ... 


selamat berhati-hati di jalan raya, memandu dengan berhemah dan jangan jadi samseng di jalan raya 
ingatlah orang tersayang


bertiga kesayangan