Monday, October 31, 2016

Lego Ninjago The Ride | Permainan Baharu Di Legoland Malaysia

Tarikan terbaru di Legoland Malaysia 
dah ada game baru iaitu 
Lego Ninjago The Ride 
yang akan dibuka kepada umum pada 4 November 2016



menggunakan teknologi 4D dan teknologi sensor tangan terbaru untuk mengawal 4 elemen api, tanah, kilat dan ais untuk membantu Hero Ninjago untuk menentang The Great Devourer

ok tak sabar untuk try game terbaru di Legoland Malaysia 

next entry aku akan share macam macam mana nak dapatkan voucher diskaun RM50.00 harga tiket Legoland Malaysia



Halloween Google Doodle Game | memang enjoys

pagi ni dok main kat google doodle sempena Halloween 
best pulak game tu nak menang kena pulun sikit la 
ada 5 level untuk selamatkan kawan-kawan cat the witch yang kena tangkap oleh hantu
last sekali lawan hantu besar 

bosan-boosan tak de kerja bolehlah layan game ni 



hantu ni dah tangkap kawan cat the witch ni 

ketua hantu level 1

ketua hantu level 2

ketua hantu level 3

ketua hantu level 4 & 5 
aku malas nak printscreen dah 

korang nak tengok rupa hantu tu dan 2 level terakhir ni agak susah sikit la 
kepantasan tangan guna mouse dan mata tengok simbol tu di uji kat sini 
tapi enjoy main ni dulu sebelum buat kerja 



yeay dapat selamatkan kawan-kawan cat ni 

selamat mencuba !!

Thursday, October 27, 2016

Alisha demam berlarutan dirujuk ke Hospital



Waktu kat Pulau Pangkor yang lepas Alisha demam balik risau berlarutan esoknya sampai dari Pangkor bawa pi klinik tapi klinik refer ke hospital segera sebab 
1. demam kembali walaupun masih ambil antibiotik 
2. sebab naik rashes seluruh badan
 3. doktor pun risau penyakit lama dia datang balik Idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP)sebab waktu kes ITP dulu klinik ni juga yang refer ke hospitalaku pun risau sebab Alisha ni jarang sakit kalau sakit memang aku risau budak ni memang antibodi dia kuat, susah demam/selsema tapi sekali sakit teruk 

sampai di hospital terus dapat masuk zon kuning prosedur tak lama pun dalam 45 minit selesai 
semuanya boleh balik tak sampai 10 minit duduk doktor panggil masuk untuk ambil darah jumpa balik doktor kemudian selesai 
sedangkan kat ER time tu ramai juga mungkin surat refer dari klinik dan juga rekod Alisha dulu platelets tinggal 6 tu penyebab kes Alisha dilayan dengan pantas atau pun ketika kejadian tak ada kes kritikal seperti kemalangan dan sebagainya kot 
so siapa cakap hospital kerajaan lembab banyak main dan saja buat lambat terutama di bahagian kecemasan ni sama sekali tidak benar .... mungkin waktu tu ada kemalangan ngeri yang melibatkan nyawa dan dalam usaha menyelamat menyebabkan Q di ER lambat ...
orang yang tidak bertanggungjawab menjadikan ini sebagai isu besar sedangkan dia tak tahu pun apa yang berlaku di sebalik pintu wad kecemasan tu berbalik kepada cerita Alisha tadi ...
Alhamdulillah platelets ok, hb ok ...semua ok cuma demam je tinggi sikit doktor cakap simptons memang macam ITP tapi mungkin demam virus tapi sebab lebam tak ada aku pun rasa macam bukan ITP tapi sebab doktor klinik buat suspen ...aku pun suspen
lega dengar ... aku risau sebab takut kes lama jadi balik takut akan risiko ITP tu 




budak kena ambil darah dah la trauma kena dressing dan jahit waktu kepala berlubang tu tak sampai 3 minggu lagipastu abang MA dan kakak misi pulak kerumun dia .... berbedung bagai memang bergegar satu ER ...kesian patient sebelah tengok luka merah berdarah macam baru lepas jatuh motor stress dengar Alisha menjerit 

balik tu aku masak Laksa Kedah untuk layan tekak sendiri sambil suap Alisha suap mulut mama juga makan la laksa sampai habis kuah ulang sampai habis 


rindu laksa masak sendiri memang masak letak cili kering sikit je ... tak merah sebab anak-anak nak makan mak nak makan pedas bubuh cili padi banyak-banyak 


Alisha dah sembuh dah sekarang 
2 hari selepas ambil darah

Wednesday, October 26, 2016

Samsung J9 RM49.00 di Website Lazada ??

pagi ni penuh dalam whatsapp spam kononnye lazada buat sales Samsung J7 RM49.00
memula tgk whatsapp dan link pun tahu spam 
tapi aku gatal juga tangan nak click 
nak tengok isi dalam tu ....

sangat-sangat mencurigakan 
bila sampai part minta whatsapp 8 orang je aku dah tau ni kerja orang nak naik kan CPUV/rank page/website dia ni 




bila kita click akan keluar offer memang pukul mati ni 
kalau dapat memang manusia paling bertuah 



kat part terakhir dah mencurigakan minta orang share kat group 
nampak sangat dah permainan di situ 

kih kih
siapa yang dah terkena tu tampar pipi kuat-kuat 
siapa nak bagi HP android murah macam beli calculator scientific ni 



Monday, October 24, 2016

Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor | Review Garden Villa Chalet

semasa percutian ke Pulau Pangkor yang lepas kami menginap di Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor untuk kali kedua 
kami memilih bilik jenis Garden Villa Chalet berharga RM340.00 satu malam termasuk sarapan pagi untuk 3 orang
mempunyai 1 single bed dan 1 queen bed 
kami tambah 1 extra bed tanpa voucher sarapan pagi dengan harga RM35.00
jika extra bed dengan sarapan pagi berharga RM50.00

Di Puteri Bayu Beach Resort ini terdapat 3 jenis Chalet :
1. Bayu Villa Chalet
2. Family Villa Chalet
3. Garden Villa Chalet

setiap chalet ada connecting door dengan bilik sebelah
kalau datang dengan 2 family atau ahli yg ramai boleh request utk connecting room





memasing tak sabar nak masuk bilik sebab dah penat sangat dah


hulur tips tapi abang ni tak nak ambil pun sebab dia cakap tu tugas dia 


bilik yang agak luas ... boleh 2 beradik berlari main kejar-kejar

perabot design lama 
tapi masih empuk 

design bilik air yang biasa tapi bersih

standard complimentary

 standard complimentary 



aku suka chalet ni sebab lebih privasi 
memang saja request bilik yang dekat dengan kolam suapaya tak perlu berjalan jauh nak ke kolam, cafe dan pantai

Chalet ini sangat selesa untuk keluarga 
sebab ruangnya yang luas dan tak perlu naik tangga
(untuk makluman Puteri Bayu Resort ni tak de lift) kalau dapat bilik di tingkat 3 macam kami yang lepas agak mengah nak memanjat tangga 
bila dapat menginap di Chalet ni .... nak keluar sehari banyak kali pun tak pe 
sebab tak perlu naik turun tangga 

ini pendapat peribadi aku 
Resort ni selesa dan memusakan hati dari segi kebersihan, kemudahan dan sikap staff.
sebab tu bila pernah menginap kali pertama aku datang lagi ke Pulau Pangkor kami masih lagi menginap di resort yang sama.


lagipun lokasi resort ni berdekatan dengan deretan kedai makan, kedai runcit, tempat sewa basikal/motorsikal dan kedai cenderamata membuatkan aku memilih resort ini 

nak balik pun senang 
hantar motor di kedai sewa motor kat depan tu. sorang heret beg besar terus tahan teksi untuk ke jeti 
tambang pun murah dari Pasir Bogak ke Jeti cuma RM10.00




Lokasi :
Puteri Bayu Beach Resort
Pantai Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor, Perak, Malaysia







Bila anak Exam Mak Yang Kacau

hari ni 24 - 28 Oktober 2016 bermulanya peperiksaan akhir tahun 
semoga Abang Fahim dapat dapat menjawab peperiksaan dengan lapang dada, cerah mata, dan dibuka mindanya.


biasa la bila jadi mak-mak ni 
memang mak yang risau lebih 
yang usaha lebih 
supaya dapat membantu sedikit sebanyak anak-anak 
aku banyak cari contoh kertas soalan di internet dan beli buku-buku latihan sebagai persediaan peperiksaan anak-anak 
walaupun tak pernah belajar bahasa arab waktu zaman persekolahan aku ... aku paksa diri juga untuk sama-sama faham dan hafal bahasa arab 
so kami boleh study sama-sama 
mama dan usaha ... fahim pun dan usaha .... selebihnya terserah kepada Allah 

Good Luck Abang Fahim



Tuesday, October 18, 2016

Bercuti Ke Pulau Pangkor di Awal Muharam 1438H

01.10.2016

Cuti umum awal Muharam yang lepas kami ke Pulau Pangkor lagi selepas 5 bulan 
entah rasa best kot tu pasal pergi lagi tu 
lagipun stok ikan bilis aku dah habis ...harus la pergi lagi kan 

lagipun aku suka makan nasi goreng kat pulau pangkor ni 
sebab mewah dengan ikan bilis ...ikan bilis yang gred baik pulak tu ...sedap

dah terbiasa makan ikan bilis sedap aku tak lalu nak makan ikan bilis lain lagi dah 
dasar lidah dengan tekak dan hidung berlagak ..nak yang sedap je 


seperti biasa kalau dah namanya nak berjalan haruslah bangun awal pagi ..bergerak awal pagi juga 
kali ini kami melalui jalan lama 
Jalan Kuala Selangor - Teluk Intan 
memang lebih jimat masa cuma perlu gerak awal la untuk elak kesesakan lalu lintas
perjalanan kali ini mengambil masa lebih kurang 3 jam sahaja berbanding kami melalui Lebuhraya Plus ... lebih kurang hampir 4jam 
jarak perjalanan juga lebih dekat dalam 280km lebih je 

kami sampai di Jeti Lumut terus cari makan tengah hari sebelum naik feri ke Pulau Pangkor 
aku mesti la cari laksa .... hantu laksa sungguh la ni ... hari-hari nak makan laksa 
dah buat sendiri, puas dah makan .... cari lagi laksa 

Laksa Jeti Lumut 
Kedai hujung sekali nak ke jeti ... memang sedap cukup rasa macam laksa kedah 
tak masam sangat kuah pun sedang elok pekat 

kami menginap di sini lagi Puteri Bayu Beach Resort 
Pasir Bogak, Pangkor
ni kali kedua menginap di sini 


tapi kali ni kami pilih bilik jenis Garden Villa Chalet 
nanti aku review 



memang sengaja pilih chalet dekat dengan pool tak yah jalan jauh-jauh nak pi mandi kolam dan sarapan




puas mandi kolam pi main pasir 
main pasir je dibenarkan time ni sebab ombak tengah mengganas 
ombak besar dan kuat 
kadang tu ombak tu naik sampai ke tempat Fahim main pasir tu 
salah satu tanda fenomena air pasang besar mungkin 
memang berbeza dengan bulan mei yang lepas 




abah je la yang melayan anak-anak 
mama tukang ambil gambar je 

ni la antara sebab anak aku sunburn teruk 
mandi kolam...main pantai je kerjanya 
Alisha tu nasib baik la dah kembali cerah dah ..kalau tak susah hati mak 
oh ye, time ni Alisha dah start demam balik ... kaki dia pun sakit 
mana nak budak tu berjalan start dari sampai ke Pangkor sampai ke balik memang berdukung je 
Alisha dah demam dalam 4 hari sebelum ke Pangkor 
lepas 2 hari demam ... dah sihat demam pun dah kebah cuma still continue antibiotic 
sampai di Pangkor tetiba demam balik tapi undercontrol 
kejap demam kejap sihat budak ni time ni 
kat Kota Belanda ni memang hidung berdarah
time ni agak seriau sebab risau penyakit lama dia datang balik 
tapi bila check dalam mulut clear, skinrashes banyak dan nose bleeding 



cuaca di Pulau Pangkor ketika tu sangat panas dan terik 
kami tak lama pun kat sini ambil gambar 2-3 keping 
jom balik ...nak sambung borong ikan bilis lagi buat stok sampai bulan 4 tahun depan 




kali ni kami sewa kereta sebab kakak enPanjang follow kami 
ateh kesayangan budak-budak ni 
nanti aku share no telefon kereta sewa di Pangkor 
sebab nak kena cari dulu kat mana bisnes kad tu 


Mungkin akan datang lagi ?? 
kami ni jenis berjalan tidak merancang, rasa nak berjalan pergi aje lah 
tapi kalau stok ikan bilis habis aku rasa mesti pergi lagi kot 


tunggu anak habis peperiksaan hujung tahun 
kita rewards anak-anak 
mak pak tumpang syok je


Friday, October 14, 2016

Kedai Keropok Lekor Sedap di Terengganu | Kedai Keropok Pok Die

waktu ke terengganu dan cherating hari tu 
memang dok ulang makan sata, otak-otak dan keropok lekor je 
kami dah selalu beli di kedai ini sejak bertahun-tahun dulu 
makan sekali terus suka 
pastu tiap kali ke sebelah sana memang singgah kedai ni 

satanya cukup rasa....cukup pedas ... memang sedap 
keropok lekornya sedap...lembut sangat paling best tak ada tulang dan tak gatal 
keropok lekor gentel-gentel terus goreng 
memang sedap sangat 
RM5.00 sekali hadap je 
aku pun tak pasti RM 1.00 berapa ... 5 ketul kot 
kenyang makan keropok lekor je ... tak yah makan tengahari dah ... hahaha 

Kedai Keropok Pok Die

sata dan keropok lekor gentel terus goreng 
sangat fresh .... sedap wei ... memang lembut sangat 

aku ada juga beli di area chukai, kemaman tapi tak sesedap Pok Die ni 
yang tu macam kurang sikit la ... keropok gentel juga tapi tak leh lawan yang pok die ni 
lagipun ada tulang ...seriau nak bagi anak makan tanpa pantauan 

Kedai Keropok Pok Die terletak di Chendor, Pahang 
bersebelahan dengan Stesen Minyak Shell Chendor 


kalau menginap di Cherating nak makan keropok lekor sedap kena lajak sikit depan la dalam 10km dari cherating 

bersebelahan shell Chendor


set waze/ google maps cari Shell Chendor pasti jumpa
aku dah try 2-3 kedai kat sini tapi yang memikat deria rasa aku 
oh ye makcik penjual pun sangat peramah 


Thursday, October 13, 2016

Bercuti di Banglo TM Cherating | Review

17/09/2016


lepas check out dari The Qamar Resort Paka 
kami terus bergerak ke Cherating 
menginap di Banglo TM
banglo ini dibuka untuk orang luar juga selain staff TM 
kawasan yang luas dan lapang 
memang sunyi tersorok jauh ke dalam 
bagi yang mencari ketenangan mungkin anda akan jumpa di sini 
hanya anda dan keluarga anda yang menikmati suasana di sini 
hanya ada satu-satunya banglo di sini di belakang ibu sawat TM

kami ke sini atas tiket abang enPanjang staff TM pada kadar 1 malam RM90.00



rumah yang luas dan memanjang seperti huruf T
dibahagian belakang rumah ni deretan bilik 
banglo ini mempunyai 3 bilik  dan 2 bilik air lengkap dengan waterheater

ada kawasan melepak  sambil minum petang dan tempat membuat BBQ

private kids pool 
boleh berendam dari pagi sampai ke malam tanpa halangan 
anak-anak ni 3 kali terjun kolam 
tengahari .... rehat sejam terjum lagi ...petang terjun lagi 
sampai Alisha aku tu sunburn teruk .... hitam legam budak sorang tu 
nasib baik selepas 4 minggu ni kulit dan beransur kembali ke asal walaupun awal oktober tu aku bawa mandi laut lagi (yang ni next entry)

ni terjun kali kedua kot lepas rehat dan makan nasi 
(untungnya penginap selepas kami menginap ni adalah diorang dapat mandi kolam ni tanpa bersusah payah nak beriya mencuci kolam ni, mungkin tak terjaga dengan baik atau tiada penyelenggaraan kolam ini terbiar hingga kotor berdaki. Kredit to my Abang ipar dan biras iaitu ibuayah kakak berdua ni sebab kerja keras basuh kolam ni...thorbaikk)

kolam betul-betul depan ruang tamu ... pantau anak dari dalam rumah sahaja 
letih mak aihh dok berjemur juga kat luar tu 

ruang tamu dan ruang meja makan di sini sangat luas dan memanjang 
puas juga budak berlima tu main sampai siap boleh main bola lagi dalam rumah 

aku hanya sempat ambik gambar 2 bilik je 


luas dan bersih serta ada penghawa dingin di setiap bilik dan ruang tamu

ruang dapur yang lengkap dengan peralatan tetapi sayangnya tidak mempunyai gas 
nasib baik kami dah portable stove untuk sesi memasak yang simple-simple
sebenarnya semua peralatan memasak yang lain MIL aku bawa semuanya 
dari pinggan mangkuk hingga ke kopi gula

kami tak perlu pun guna peralatan di sini.

sebelah malam kami tapau je makanan dari restoren Thai berdekatan 
makan malam bersama-sama di Banglo TM 
\anak-anak dah penat ..sehari suntuk mandi kolam 
Alisha dah tertidur sebelum sempat makan malam 




banglo ni sangat luas dan bila malam ia sangat sunyi 
ye la ko sorang je kat tengah tu kan .. tak rumah lain pun ....
memang tenang siap boleh dengar bunyi cengkerik 
tapi alhamdulillah tak ada sebarang kejadian pelik atau mistik berlaku 
seram memang seram sebab rumah besar pastu bukan rumah ko pulak kan 
biasa la tu mainan minda ... berdasarkan pengalaman kami tak ada kejadian mistik 
rumah ini tak ada entiti .... inshaaAllah
bukan apa ... ada yang PM ai kat IG tanya pasal banglo TM Cherating ni 
tu pasal aku cerita sebelum nanti ada yang PM lagi tanya pasal ada entiti tak baik aku cerita awal-awal...kih kih kih 

anyway kami sangat enjoys di sini 
memang boleh spend time dengan keluarga sepenuh masa