Wednesday, November 30, 2016

2-3 Tahun Lagi Kot baru Plan ke KK lagi | Last Day di Sabah


16/03/2016


hari ni hari terakhir kami di Kota Kinabalu 
pagi-pagi terus ke Pasar Philipine 
tambah-tambah apa-apa yang belum habis beli 
aku tak beli apa-apa pun beli mainan untuk budak berdua ni je 
diorang berdua tu bukan boleh nampak barang bergayut-gayut tu ada je nak dibelinya

kemudian lepak sekejap di Segama Waterfront KK 
tengok jeti tengok laut



anak-sabah sabah ni kecil-kecil lagi selamba je main laut macam ni 
seriau tengok 
mesti pandai berenang dan memang orang laut ni 
kalau tidak takan mereka berani duduk atas bot begitu kan 
kagum kejap Fahim tengok budak-budak ni


Flight kami pukul 2.40 pm 
lepas lepak kejap tengok laut terus balik ke Marina Court Condo Resort untuk bersiap ke Airport 



my mami jarum 
budak kecik ni memang suka barang kemas dan perhiasan 
hari tu kat Pasar Philipine memang beli satu set barang kemas mutiara untuk Alisha 
sebentuk cincin, seutas rantai dan loket dan rantai tangan yang diikat suasa dan mutiara 
total RM 180.00 satu set 

suka la anak dara ni abah belanja barang kemas kat dia 



Flight kami hari tu kami dapat Kapal Terbang besar yang baru touch down dari Beijing
memang selesa la tapi yang tak best nya 
makanan macam tak cukup 




Alisha tengah layan movie sebelum tidur 
budak ni peel dia ...naik la apa-apa kenderaan pun mesti dia tidur 
sejak dari baby macam tu 
senang kerja mama 

bye-bye Sabah 
till we meet again

indah sungguh pemandangan dari atas 
jernihnya laut nampak hingga ke dasar

dapat 1 pack je 
banyak kali kot aku tanya kat flight attandent 
food for my kids ??
sampai sudah tak hantar 
so nasi mama reserve untuk alisha sebab kejap lagi bangun boleh makan 
kesian sebab tadi tak lunch pun just beli nugget kat KFC je 

kami sampai di KLIA dan terus balik ke Putrajaya naik ERL
dan ambil kereta di Putrajaya Sentral 
parking RM20.00 untuk 4 hari 
memang menjimatkan dari park kat KLIA/KLIA2

kami ke KK dengan menaiki Air Asia dan balik dengan MAS 
memang tak boleh nak park kereta kat KLIA/KLIA2 pun 

kami pilih tiket promosi 
pergi balik lain jenis penerbangan 
janji murah 


Tamat sudah percutian keluarga ke Sabah 13-16 Mac 2016




Entries Percutian di Sabah 2016






Makan Malam Terakhir di Kota Kinabalu | Gerai Santai Haji Manja

15/03/2016

ini cerita lapuk yang aku tak up entry sebab entah la kemalasan mendatang gamaknya ketika itu 
sementara aku tengah free ni nak share lagi aktiviti kami di Sabah pada bulan Mac yang lepas 

ini adalah makan malam terakhir kami di Kota Kinabalu sebelum pulang ke semenanjung 
Kota Kinabalu terkenal dengan seafood nya yang murah 
jadi jom makan seafood lagi 

lepas balik dari Tg. Aru kami terus ke Medan Selera Segama Waterfront, KK 
malam sebelum ke Kundasang pun kami makan seafood di sini 
memang murah-murah dan segar
malam sebelum tu kami makan di Gerai Ummi dan Family 


kali kami cuba Gerai Santai Haji Manja 
ramai yang review jom kita rasa 


time untuk pilih-pilih mana yang berkenan 




udang ni dekat sama besar dengan tangan aku dah 


ikan-ikan yang segar 

aku tukang ambil gambar je bukan tukang pilih sebab seafood ni bukan makanan kegemaran aku
semua aku rasa tapi tak banyak 


Family besar kami 


Alisha yang senyum paksa 
orang tak habis makan lagi dia dah tidur dah 
penat seharian berjalan 


Antara menu yang kami order 

Siakap Stim rempah kot 
aku dah lupa 
tapi pedas .... ikan kegemaran atok tapi masakan yang ini atok tak suka sebab dia lagi suka stim lemon/asam boi tu lagi 
budak-budak nak tumpang makan pun x boleh 

Butter Prawn 

ikan masak sweet sour 
ikan ape tah ni aku tak kenal tapi yang aku ingat isi dia manis 

tomyam campur style sabah 
aku tak suka rasanya 
terlalu pedas dan berempah

kailan ikan masin 

sotong goreng tepung 
menjadi rebutan bergegar gambar aku tengah dok snap ade je tangan dok capai seketul seketul


Sotong Masak Dried Chili

Spicy Butter Crab
yang ni aku tak rasa pun 
aku tak suka ketam, rasanya enak tapi nak makan sangat menyusahkan 
so masuk list makanan yang aku tak suka makan 


malam tu ada pulak orang tolong orderkan satu jug orange juice 
RM30.00 sejug plak tu sangat mahal bagi aku 
pepandai je order... ahli keluarga juga tapi group lain
kami ni jenis minum air yang biasa -biasa je 
tak suka yang berjus-jus ni tambah-tambah kalau makan seafood 
sebu perut memasing 

Total makan malam tu RM 235.00

ini pendapat peribadi aku 
lain orang lain citarasanya 

rasa masakan di Gerai Ummi dan Family lebih sedap dari gerai ini 
maaf ye 
ini citarasa aku 
harga di Gerai Ummi dan Family pun lebih murah  sedikit dari gerai ini 
dan harga dipaparkan di setiap jenis pilihan bahan mentah 

tak salah mencuba kalau tak cuba tak tahu yang mana memenuhi citarasa masing-masing 

di Segama Waterfront KK ni banyak pilihan gerai makanan laut 
pilih sahaja 
ada setengah gerai harga bahan mentah termasuk masak RM3.50 untuk 100gm
pilihan di tangan anda 
rasa nak cuba yang orang review dipersilakan 

harap jangan ada sentap dengan review jujur tidak berbayar aku ni 
hehehe







Tuesday, November 29, 2016

Pariss Hotel, Skudai | Review

semasa ke Legoland Malaysia yang lepas kami menginap di Pariss Hotel, Bukit Indah Skudai  
lebih kurang 10 minit dari Legoland Malaysia 
Bukit Indah adalah salah satu bandar  terdekat dengan taman tema tersebut 
di Bukit Indah terdapat banyak pusat membeli-belah seperti AEON, Giant dan Tesco 
tempat makan juga banyak memudahkan pengunjung 

kali ini kami memilih Pariss Hotel antara hotel bertaraf bajet yang terdapat di kawasan ini 
sebelum ini kami menginap di Granada Hotel dan GoodHope Hotel

Lokasi hotel ini sangat mudah dicari berada bersebelahan dengan Giant Bukit Indah 



pada hari tersebut kami booking melalui Agoda untuk bilik jenis Superior Twin dengan harga RM143.62 termasuk sarapan pagi
kalau booking terus melalui hotel harga untuk kakitangan kerajaan adalah RM160








ada sikat, sewing kit, mancis dan berus gigi





di Pariss Hotel ini juga ada kolam renang 
tapi kolam renang satu size dan kecil je la 
berada tingkat atas sekali bersebelahan cafe untuk sarapan 



bagi juga budak-budak try mandi kat sini sekejap 
kalau tak tak tahu macam mana kolamnya 

untuk taraf hotel bajet kira ok la sebab sediakan kolam renang 

cuma yang tak best di sini adalah hotel ni di deretan kedai 
banyak kedai-kedai makan ca ya nun alif 
bila malam tiba penuh kawasan ini dengan meja-meja di tepi jalan 
dan kawasan sesak 

bagi yang hanya nak rehat tak berniat nak keluar sebelah malam ok je stay di sini 
oh ye lagi satu ... hotel ini ok je dari segi penginapan cuma bahagian lobi berbau rokok 
terkedap antara bau rokok dan aircond, yang lain tu ok je la 


Lokasi 
38, Jalan Bestari 7/2, 
Taman Nusa Bestari, Skudai,



Wednesday, November 23, 2016

Fahim dan Kejohanan Catur Peringkat Kebangsaan 2016

5/11/2016

Fahim masuk Kejohanan Catur Kali 2 Anjuran SKPP16(2) dengan kerjasama Malaysian Chess Federation & Persatuan Catur Putrajaya Peringkat Kebangsaan 2016
untuk bawah 8 tahun

Fahim memang minat dengan permainan Catur ni
sebagai ibu aku sangat menggalakkan Fahim untuk bermain dan belajar

Catur ni boleh meransang keupayaan minda dan daya pemikiran kognitif, meingkatkan kebolehan menyelesaikan masalah, peningkatan dalam pendidikan akedamik dan lebih fokus

ini adalah kali pertama Fahim menyertai pertandingan peringkat kebangsaan yang melibat seluruh negeri di Malaysia kecuali Sabah & Sarawak
peserta terdiri dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan negeri berdekatan dengan Putrajaya 

aku anggap ini adalah satu peluang untuk Fahim untuk menimba satu pengalaman baru dalam permainan catur ini
aku tidak harap Fahim menang cuma untuk mencari pengalaman dan meningkatkan keyakinan diri untuk bertemu dengan peserta lain 
cari pengalaman untuk biasakan diri dan mengawal emosi serta kemahiran berfikir 
bukan mudah untuk kita jika tiada pengalaman semasa dalam perlawanan 


selain tu aku nak wujudkan ranking Chess Fahim untuk national rated ni 
untuk kejohanan kali ni ada 7 pusingan dan setiap permainan selama 20 minit menggunakan Jam Catur 

Fahim menang 4 games dari 7 games
dapat No.72 dari 101 peserta 
aku nak cerita pasal point memang aku tak reti 

ini adalah titik permulaan 
InshaaAllah Februari 2017 nanti Fahim akan join kejohanan chess national rated yang akan berlangsung di Presint 3 Putrajaya 

mama dan  Alisha teman Abang 


games pertama


games terakhir


kejohanan ni bermula dari jam 8.30 am sehingga 4.00 pm 
sehari suntuk kami meneman Fahim 

semoga minat Fahim ni boleh mendorong Fahim terus berjaya 
si boolat aku ni tak berminat sangat dengan sukan 
so kena cari perkara yang dia minat dan sokong dia 

seminggu sekali Fahim akan hadir kelas catur yang dikelola oleh sekolah Fahim cuma guru catur adalah CM yang diiktiraf


Tuesday, November 22, 2016

Persembahan Tarian Arab El Nour Ain | My Sweet Alisha

19/11/2016


hari Sabtu  yang lepas Tadika Alisha adakan Majlis Graduasi dan Konsert 
kelas Alisha masuk untuk persembahan 
Tarian Arab Lagu El Nour Ain 

Tahniah untuk Teacher Mira 
guru kelas Alisha sebab dapat mengajar dan melatih anak-anak ini untuk menghafal rentak tari mengikut lagu 

Big Clap untuk Alisha dan kawan-kawan dan Teacher Mira 
satu persembahan yang menghiburkan dan menarik 
video yang aku rakam agak panjang 
lebih kurang 5 minit 
mamakena paksa gelek-gelek  dengan Alisha 30 saat pun mengah 
hebat anak-anak ni 




singgah beli bekalan sepanjang nak menghabiskan masa dalam dewan nanti
paksa adik posing sekeping dua buat kenangan 






Alisha dan kawan tengah tunggu turn 



ready untuk persembahan 
mama dan abang kat bawah super excited 
abah pun super excited juga tapi tak leh hadir sebab ada game zon ape tah antara cawangan syarikat dia 
nasib baik games abah sama dalam kawasan dewan ni juga 
mudah urusan hari tu 


video
video yang dah di trim jadi kecik dan pendek 
Alisha hujung sekali sebelah kanan

ini persembahan terakhir untuk Alisha di Tadika ni 
tahun depan Insha Allah Alisha akan bersekolah di PraSekolah satu sekolah dengan abang dia 
sedih rasanya nak berhentikan Alisha dari Tadika ni 
kami sangat puas hati dengan pengurusan dan teknik PdP tadika ni 
guru-guru pun sangat baik
tapi aku nak beri satu pengalaman dan suasana baru untuk Alisha supaya dapat sesuaikan diri dengan dunia persekolahan sebenar sebelum darjah 1 nanti 





Monday, November 21, 2016

Math Big Book Fahim, Johan Pertandingan

sebenarnya banyak cerita aku nak tulis 
tapi aku dalam mood dasar pemalas sekarang ni 
baru baik dari demam, selesema dan sakit tekak dari minggu lepas 
MC kerajaan 2 hari ...1 hari el ....
lepas tu datang pulak bengkak gusi gigi bongsu sampai ke hari ni  
lagi ai malas 
sampai terlepas GA kakak comey Kak Hainom Ok Je

2-3 minggu lepas Fahim ada masuk pertandingan Big Book Math sempena Hari Matematik ??
entah aku pun tak tau sempena apa .... itu yang si boolat aku cakap 

so sesi membantu Fahim sambil terjerit-jerit 
biasa la sindrom mak-mak yang berangin sokmo 
kesian anak-anak aku dapat mak tarzan 
sabar jela .... mama sayang tu sebab tu mama suka marah-marah 
tak marah tak sayang kan ....


gigih tau mama membantu Fahim menyiapkan buku besar dia ni 

Decoration 100% by Fahim, adik pun tolong tampal .... excited nak tampal bunga-bunga tu
mama tukang tulis huruf-huruf kat kain felt  .. kemudian Fahim bantu untuk gunting 
gamkan 


antara isi kandungan buku besar atau scrapt book ni 
tajuk Bentuk dalam subjek Math Tahun 2


port sarapan setiap pagi sejak awal tahun 2016
aku tengok roti canai pun dah tak lalu 


Berkat mama jerit-jerit dan merajuk sebab Fahim gunting tak betul buat comot-comot
Fahim dapat Johan dalam pertandingan 
johan untuk tahap satu kalau tak salah Fahim cakap 


Tahniah



Note : English Big Book dah hantar pagi tadi .... 

Review Ninjago The Ride | Legoland Malaysia

kami ke Legoland Malaysia pada 7/11/2016 yang lepas
sebab nak cuba permainan terbaru iaitu NinjaGo The Ride 
yang telah dibuka kepada umum pada 4/11/2016

memang menanti hari sejak diiklankan dalam Cartoon Network channel
anak-anak pun tak sabar 



terletak bersebelahan Beetle Bounce di Land of Adventure 




dengan Master Wu



pameran dan hiasan dalaman sebelum ke Ninjago the Ride
untuk melekakan dan mengurangkan bosan pengunjung sementara menunggu Q



Nya kegemaran Alisha

jom naik 
sebelum naik tu ada satu tempat untuk ambil spec mata 4D
sebab paparan skrin dan permainan menggunakan paparan dan teknologi sensor  tangan 4D


ni antara gambar yg sempat aku ambil ... paparan 4D 
untuk serang musuh dengan menggerakkan tangan 


satu ride boleh naik 4 orang 
setiap seat untuk setiap ninjago 
ice, fire, earth & lightening

ketua jahat kualiti gambar tak gantik sebab guna HP je 
lagi pun 4D 



kali pertama naik dengan enPanjang dan Alisha 
lepas tu kami berdua,,, mama dan Fahim repeat naik lagi tanpa turun 
sebanyak 5 games

memang betul-betul main sampai puas 
tak payah turun dan Q
itu untungnya pergi hari biasa bukan cuti
orang tak ramai 

kalau yang masih belum datang dan cuba boleh try Ninjago The Ride ni 
menarik cuma lenguh tangan dan bahu sebab naik sampai 5 kali tanpa henti
asyik dok fire je.... nk tercabut tangan sebab dok gerak tangan ke atas ke bawah kiri kanan 


Fahim cakap best