Friday, December 30, 2016

Beli Kasut Sekolah di Jualan Gudang Bata | Berbaloi dan Berkualiti

17/12/2016

nenek ajak ke Jualan Gudang Bata di Klang nak beli kasut sekolah cucu-cucu dia
Fahim aku dah beli kasut bata juga tapi yang promosi 2 RM59 tu 
Alisha sebab kaki jenis kecil beli jenama Spongebob Squarepant kat Aeon Big 

Nad mamaZNZN yang rajin terjah ke sini setiap tahun kot 
sebelum pergi whatapps nad dulu minta location 
TQ nad



besar juga gudangnya dan tak terasa bahang panasnya pun
selesa nak memilih kasut-kasut
banyak pilihan pelbagai jenis kasut jenama bata, primavera,power dan marie claire
pilih je yang mana berkenan cuma mungkin outdated la 
aku tak tengok pun kasut-kasut yang belah depan tu terus tuju ke bahagian kasut sekolah
banyak ...macam-macam jenis
sales girl/boy pun baik ... mudah nak minta bantuan carikan size atau tengok di stor

nenek dok melayan cucu memilih kasut

harga kasut bermula dari RM5 hingga RM50 kot rasanya 



akhirnya aku beli juga sepasang lagi untuk Fahim 
Bata Bfirst RM20 je


Kualitinya baiknya 
tak de yang defect pun 

Juala Gudang bermula dari 1/12/2016 hingga 2/1/2017
di Batu 3 1/4 Jalan Kapar Klang 
dari jam 9.30 am - 7.30 pm 

sempat lagi korang nak terjah pada hujung minggu ni 
nak tambah atau buat spare kasut sekolah hujung tahun 
kualiti bagi aku memang baik berbaloi beli dengan harga murah 





Thursday, December 29, 2016

Subang Baru Alisha Hujung Tahun 2016

20/12/2016

pagi sebelum bertolak untuk pergi bercuti 
enPanjang singgah Wah Chan, IOI City Mall dulu 
hadiahkan Alisha subang baru 
subang lama Alisha yang berbentuk ring tu pernah tercabut hilang sehari kat tadika 
tapi Alisha cari sendiri dan jumpa kat stackable cot dia
so abah dia trade in beli baru jenis button earring
susah tertanggal sikit jenis yang ini 
sebab sepanjang selepas kejadian subang Alisha hilang sehari tu 
mama bagi pinjam subang mama sebab risau kot tertanggal lagi lagi subang tu 
minah ni kan banyak kejadian subang dia tetiba tertanggal pastu jumpa balik 

subang kesayangan mama, enPanjang belikan 13 tahun lepas dengan gaji pertama waktu praktikal dulu 
enPanjang offer nak beli baru pun mama tak layan ...sayang sangat dengan subang tu 




suka la si kecik ni dapat barang baru 
budak yang rajin tukar subang baru...untung la abah sayang




Alisha masuk Prasekolah


ikut rasa hati malas nak masuk kerja lagi 
nak bermalasan di rumah lagi
bestnya bercuti 

stop dulu pasal cuti ni nak cerita pasal my Alisha 

28/12/2016

Alisha dengan rasminya sekarang adalah murid Prasekolah tahun 2017
memang perancangan aku nak anak-anak aku masuk Prasekolah sebab aku percaya dengan sistem pendidikan negara kita dan aku nak biasakan Alisha dengan suasana sekolah sebenar 
risau nanti mengambil masa untuk biasakan dengan suasana di darjah 1 nanti 
fahim dulu pun macam tu 
tapi nampaknya Alisha lebih matang dari abang dia 
anak kedua kot ...berdikari walaupun manja 

walaupun tadika Alisha sekarang aku sangat berpuas hati 
dalam cara pendidikan mereka, teachers yang baik dan Alisha boleh membaca jawi dan rumi ringkas
memang rasa sayang nak pindahkan Alisha ke sekolah baru tapi ini demi tahun 2018 nanti 
aku nak Alisha lebih berdikari seperti abang dia 

Good Luck Alisha 
si kecik mama yang mama masih anggap dia baby lagi 

sarapan dulu sebelum pendaftaran 


kawan setadika juga satu pra dengan dia cuma berlainan kelas 
happy sungguh 


semoga Alisha lebih berdikari, cerdik dan bersedia untuk darjah 1 tahun 2018 nanti 



Wednesday, December 7, 2016

#MyTravelokaEscapade | Percutian Idaman dengan Traveloka

Aku memang suka bercuti dan melancong 
boleh dikatakan hampir 75% isi kandungan blog aku ni cerita mengenai travelogue percutian kami sekeluarga 


kalau boleh setiap bulan nak pergi bercuti 
kalau boleh nak pergi bercuti yang bajet murah yang kita boleh pilih dan ada banyak diskaun 
dan kalau boleh dapat percutian yang percuma bersama #MyTravelokaEscapade lagi best


kalau nak tau  TRAVELOKA adalah salah satu laman web yang membantu kita untuk membuat perbandingan harga tiket penerbangan dan hotel yang termurah dengan harga promosi dari hotel bajet hingga ke hotel bertaraf 5 bintang di seluruh dunia. Cuma pilih mana-mana destinasi dan pilih mengikut bajet anda.


TRAVELOKA  juga memastikan keselamatan dan privasi transaksi dalam talian anda dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang sah.  Selain itu perkhidmatan TRAVELOKA  adalah 24 jam 7 hari seminggu.  Kita boleh membuat sebarang pindaan dan urusan tempahan hanya dalam talian dan pengesahan terus ke dalam email peribadi pengguna.


ini la masanya nak cuba nasib mana tau dapat PERCUTIAN IDAMAN PERCUMA 
memang aku bertambah-tambah happy lah


gila tak best kalau dapat grand prize bernilai RM6K ???







Antara 10 pilihan tempat yang paling best untuk pergi bercuti 





Jika saya terpilih oleh Traveloka untuk memenangi peraduan percutian idaman dengan  #MyTravelokaEscapade
aku pilih ....... jeng jeng jeng .....








haaaaaaa kenapa aku pilih Tokyo, Jepun ni ??

sebab aku dan keluarga dah lama teringin nak ke sana 
anak aku terutamanya Fahim sangat suka kan Jepun .... budak lelaki kan 
minat dia terhadap teknologi jepun dari segi peperangan dan kalau nak tahu  bendera Jepun adalah bendera pertama yang dia kenal  


kalau TRAVELOKA taja percutian aku ke sana.....


kami berharap dapat ke Tokyo  semasa Musim Bunga
aku dan keluarga nak menikmati Musim Bunga di Yoyogi Park sambil berkelah dan beriadah 
Berkelah di di bawah pohon Sakura yang sedang berkembang mekar
wahhhhh indahnya .... terbayang-bayang bunga sakura gugur ditiup angin jatuh di tapak tangan aku 

indahnya Yoyogi Park semasa musim bunga




kalau la dapat berkelah dan minum teh sambil makan dorayaki macam cerita kartun Doraemon tu 
nampak sangat aku dah berangan-angan nak ke sini dari kecik kan 



tempat kedua aku nak pergi kalau berpeluang ke Tokyo ni adalah
Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea

kalau pergi bercuti selain menggembirakan hati sendiri dan pasangan 
menggembirakan hati anak-anak adalah paling utama 




betapa gembiranya Alisha bila dapat bertemu dengan watak-watak kegemaran dia 
Elsa, Anna dan Olaf 




Image result for disneyland tokyo






Kalau dah sampai ke Tokyo aku tak nak lepaskan peluang ke 
Tokyo Skytree




Tokyo Skytree ni adalah bangunan tertinggi di Bandaraya Tokyo dengan ketinggian 634m dan menjadikan bangunan tertinggi di dunia

siapa yang tak nak naik ke bangunan tertinggi dunia ni
dapat tengok seluruh Bandaraya Tokyo dari atas ni

selain tu di bawah Tokyo Skytree ni terdapat shopping mall iaitu Tokyo Skytree Town Complex

kat sini ada Sumida Aquarium


kami sekeluarga memang suka dengan haiwan dan zoo

seperti setiap tahun kalau balik ke Langkawi mesti tak lepas peluang ke Underwater World Langkawi
kalau dah kr Tokyo Skytree ni memang kami tak akan lepaskan peluang ke Sumida Aquarium
cantiknya Sumida Aquarium ni
dapat tengok secara live penguin dan anjing laut






lepas tengok peguin nak ke Tenku Planetarium
kegemaran Fahim dia sangat sukakan alam angkasa
kerjanya melukis planet termasuk orbitnya ...ni tempat terbaik untuk Fahim dan teknologi di Jepun pasti menjadikan Tenku Planetarium ni sangat best dan canggih






Sensoji Temple dan Nakasime Street   termasuk dalam list tempat aku nak lawati di Tokyo ni sebab aku nak juga tengok sejarah dan budaya di Jepun
 aku sukakan sejarah



Sensoji Temple adalah kuil Buddha tertua di Tokyo dan Selepas memasuki pintu gate utama kuil ini iaitu Kaminarimon (Thunder Gate), sepanjang perjalanan hingga ke pintu gate kedua Hozomon, terdapat deretan kedai cenderahati yang dipanggil Nakasime Street. Deretan kedai ini menjual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik.


 

tempat bersejarah di Tokyo yang nak sangat pergi adalah
 Tokyo Imperial Palace



dan lajak jalan-jalan tengok  Imperial Palace East Garden yang terletak di dalam kawasan Tokyo Imperial Palace

bayangkan time tu adalah Musim Bunga mesti cantik
aku nak photoshoot banyak-banyak kat sini 




Akihabara
syurga barangan elektrik dan gadget 
best giler kalau dapat ke sini ... nak usha-usha dan beli gadget teknologi terbaru
aku nak beli camera dan gadget HP yang canggih yang harganya berpatutan 





5 Tasik Gunung Fuji   adalah satu lagi tempat idaman aku kalau dah sampai ke Tokyo

 KawaguchikoSaikoYamanakakoShojiko dan Motosuko adalah tasik-tasik yang terletak di keliling Gunung Fuji 
Lokasi paling sesuai dan strategik untuk menghayati keindahan Gunung Fuji dan untuk mendaki

di sini banyak outdoor activities yang boleh dilakukan seperti berkhemah, memancing dan banyak kawasan hot spring 

syoknya dapat berendam dalam hot spring 





di sini juga terdapat muzium dan Taman Tema Fuji-Q Highlands





menarik betul taman tema ni kan ...extreme
kalau dapat naik ni .... huru hara adrelin aku nanti

Fuji Shibazakura Festival  diadakan setiap  musim bunga 



cantik kan view ni 
best dapat photoshoot kat sini kan
tak dapat bayangkan kesegaran bau bunga di musim bunga di sini 
kesegaran udaranya
indahnya

inilah impian aku sekeluarga 
aku sangat berharap  TRAVELOKA  menaja percutian aku ke sana 
dan menikmati keindahan Tokyo bersama keluarga tersayang semasa musim bunga nanti


kalau korang nak juga Percutian #MyTravelokaEscapade yang ditaja oleh TRAVELOKA  cepat-cepat joint Contest ini ...Jangan lepaskan peluang keemasan melancong ke lokasi idaman dengan percuma....mana tau rezeki korang 





                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  


Monday, December 5, 2016

takut pulak aku baca posting ni

sejak akhir-akhir aku  tengok semakin tak bertamadun posting jual menjual kat FB 
semakin kurang beradab dan hilang rasa malu 

contohnya seperti ni 
bukan niat nak mengaibkan sesiapa tetapi hanya sebagai pedoman kepada peniaga lain di luar 
tak semua bakal pembeli dan netizen rasa teruja dengan ayat anda tu 
ada yang terbuntang biji mata macam aku ni 





yang jual pun wanita yang cantik 

hhmmm mungkin aku ni kuno 
tapi tak sesuai kot jual secara terbuka mcm ni ...
 menggalakkan seks bebas dikalangan remaja/dan golongn belum kahwin
memang tujuan asal untuk suami isteri tapi disebaliknya selalunya yang berlaku 
memula aku baca ni terbayang pulak muka wanita ni mengerang ..... tu aku hat orang lelaki kat luar sana tu macamana la gamaknya kan...