Friday, January 20, 2017

Kereta Kena Pecah Depan Hotel Sastria, Sungai Petani

24/12/2016

tragedi kat Sungai Petani 
taman aku ... tempat aku ....
jadi bila aku balik ke sini 

lebih kurang pukul 7.00 pagi lebih 
memasing terlajak tidur ... malam tu letih sangat ....
check in kat Hotel Sastria SP tu pun dah dekat 12 tengah malam 
kami turun bawah nak keluar pi breakfast dan singgah rumah abah dulu sebelum gerak ke Penang 

turun-turun je ....tengok cermin tingkap dah terbarai dah 
kereta kena pecah 
coklat-coklat langkawi terabur 

memang tak dapat nak kenalpasti time tu apa yang hilang 
yang nampak tak de cuma kasut Crocs Alisha je 
sebab dalam kereta tak ada apa-apa kecuali beg baju, toto dan beg-beg plastik dari Langkawi je 
seriuosly memang terlupa yang aku tak bawa naik beg susu anak dara tu 

puas fikir apa yang hilang kecuali kasut Alisha 
lepas dah berjam-jam ... bila budak-budak tu minta mainan diorang 
baru sedar yang hilang tu beg susu 

beg susu tu cuma ada botol alisha, soft toy, beg toiletries dan bekalan ubat-ubat
segala jenis mak nenek ubat ada dalam tu 

rupanya kereta kena pecah sebab diorang nak rembat beg tu je 
tak berbaloi betui hasil yang diorang dapat 

salah aku juga sebab sumbat soft toy yang fahim baru beli kat Crocodile Adventureland Langkawi RM45.00 dan tabung yippies(takde duit) dalam beg tu 
bekas susu aku keluarkan sebab nak mudahkan Fahim bawa keluar dari Langkawi tu 
salah aku juga sebab rasa beg tu tak penting ..aku tak angkut naik ke bilik ....

yang peliknya coklat harga beratus tu tak nak pulak ambil 
kalau tidak berbaloi juga hasil .... dapat makan coklat sedap 

oh ye nasib baik kasut crocs Alisha tu tak hilang cuma tertinggal di rumah abah aku .... kalau hilang memang ralat 
baru beli ..harga dia pun boleh tahan juga la ...tu belum jibbits nya lagi ... keh keh keh


tak pe la nak buat macam mana benda dah nak jadi 
supaya dijadikan pengajaran 

nak gugur jantung pagi-pagi tu 
dah la kita tengah bercuti jadi pula kes macam ni 

aku pi kaunter hotel pinjam telefon call 999 untuk buat laporan dan peronda datang 
minta kami buat laporan di Balai Polis 

parked tepi hotel pun kena pecah juga 
sabar je la 

ingatkan kereta kami je kena 
rupanya brother ni pun sama 
brother ni lagi best .... dia perasan kereta kena pecah time nak check out pukul 12.30 pm dah ....
dia keluar beli sarapan kat gerai depan tu tak perasan yang kereta dia dah lompong 
tak de barang hilang juga cuma beg kecik isi syiling dan matawang luar negara ...tak banyak pun nilai katanya ... tapi ic dan lesen dia dalam tu .... 


lepas selesai buat report kat Balai Polis 
kami keluar mencari kedai repair cermin 
puas juga la menggoogle dan mencari 
aku ni nama je orang SP tapi banyak dok rumah je kecik-kecik dulu 
jarang keluar rumah sebab aku ada satu tanggungjawab yang besar di usia remaja dulu 
nak call abah aku .... risau terkejut pulak orang tua tu .... kita settle sendiri dulu tak dapat buat baru guna talian hayat 

last-last jumpa kat area taman rumah aku juga ...lagenda  height ni beria mencari sampai ke Pekan Cina .... ceh betui 
bazir masa je 

Alang-alang nak tukar cermin yang kena pecah tu tukar sekali cermin depan yang dah cracked 
sekali kerja 

aku call abah aku suruh datang pick up kat kedai cermin ...hantar balik ke hotel untuk check out ..bawa turun barang dari bilik 

sampai kat hotel owner hotel nak jumpa 
so kami sembang-sembang, he willing to give back what we paid
sebagai bantuan kewangan untuk bantu sesama Melayu 
so aku terma dengan hati terbuka cuma aku minta dia adakan kawalan keselamatan 
di kawasan hotel dia la .... dia seolah-olah macam tak nak dengar mengenai cadangan aku tu 
sebab ayat dia macam ni 
"saya dah buka hotel ni 5 tahun dah ini kali pertama kejadian pecah kereta berlaku di kawasan hotel saya"
aku cuma bagi cadangan supaya dia hire guard untuk sebelah malam je .... untuk ronda-ronda depan parking hotel dia tu, CCTV pasang yang berkualiti ...
sebab CCTV dia tu tak nampak apa pun gelap .... brother yang kena pecah juga tu pun dah check tak nampak apa-apa....


peniaga-peniaga dan kawan-kawan abah aku kat gerai seberang jalan tu cakap 
memang selalu kejadian pecah kereta jadi kat situ 
dalam 2 minggu sebelum kes kami tu ...pun ada 

so lepas ni kena lebih alert supaya jangan tinggal apa-apa jenis beg pun dalam kereta 




aku mungkin tidak akan menginap lagi di Hotel Sastria, SP ni 
tahap keselamatan yang rendah 
kami dah banyak dah stay di hotel bajet tapi tak pernah lagi berlaku kes sebegini 
ini juga berkaitan dengan nasib dan rezeki 
tapi sebagai pengguna kita berhak memilih 
harap tukang pecah kereta tu diberi hidayah dan cepat insaf


11 comments:

mama tisya said...

beg susu tu depa ingt beg ada duit la tu...isk2...tk psl2 nk kena repair cermin kn

Kakcik Nur said...

Allah...

mungkin sebab desakan hidup, tiada tempat yang selamat untuk kita tinggalkan barang...

Inani Hazwani said...

Allah. Dugaan betul tengah bercuti, cermin kereta pulak kena pecah. Erm patutnya pihak hotel tu kena lah dengar kan cadangan kita. Even dulu tak pernah jadi tapi akan datang kalau jadi lagi macam ni, siapa tahu kan. Huhu.

idzwa kamaruddin said...

alahaiiii...takde rezeki kau..insya Allah akan diganti dgn rezeki yg lain.Dugaan masa bercuti..

LadyBird said...

Alahai.. Siannye.. Skrg mcm2 orang buat untuk duit. Yg halal yg haram semua rembat. Semoga lps ni xberlaku lg. Dan owner hotel tu mitk2la lps ni lebih bertanggungjawab.

Sabar yer sis.. Huhu

Dkna Abza said...

zaman terdesark sekarang ni. semua nak senang dapat dit.. inshaAllah ada rezeki yang akan Allah berikan nanti.

azizah green line said...

kdg2 beg susu depa ingat beg laptop ke apa kan.. takutnya lahai

.:Yana:. said...

Allah.. tu la bende nak jd kan..
tengah syok2 holiday, tetibe musibah dtg..

hainom OKje said...

Ohh inilah tragedinya yeh Ma. Aduhhh .... yelah kan, tgh bercuti ada pulak kena keluar cost emergency. Tak perlah Ma, dah nak kena nak buat mcm mana ek...

Apa dia nak buat dengan beg susu tu ek? Org sekarang dah tak curi radio keta agaknya ek Ma

hainom OKje said...

Ohh inilah tragedinya yeh Ma. Aduhhh .... yelah kan, tgh bercuti ada pulak kena keluar cost emergency. Tak perlah Ma, dah nak kena nak buat mcm mana ek...

Apa dia nak buat dengan beg susu tu ek? Org sekarang dah tak curi radio keta agaknya ek Ma

LYAfrina said...

alahai..bertabahlah eima...