Wednesday, January 11, 2017

Nasi Lemak Sedap di Langkawi | Nasi Lemak Rosalinda

pagi-pagi macam ni 
pagi-pagi di Putrajaya 
hari-hari makan roti canai/roti restoren mamak
buat aku rindu kat nasi lemak sedap 



-----------------------------------------------------------------------------------------------


aku ada satu tempat untuk beli sarapan di Langkawi ni 
nasi lemak dia memang sedap 
tiap kali balik ke Langkawi mesti aku akan ajak enPanjang bawa aku pi beli nasi lemak kat sini 

kalau aku beli memang aku tak beli sebungkus la ...aku beli berbungkus-bungkus
sekali hadap aku makan 2 bungkus 
kadang tu kalau rasa macam tak puas tu aku boleh makan sampai 3 bungkus 

nasi lemaknya bukannya sikit tau ... banyak juga satu mangkuk sukat biasa tu 
tapi sebab sedap aku memang akan jadi macam tu hahaha 
makan bertambah-tambah

nasi lemak kegemaran memang tak lain tak bukan adalah nasi lemak biasa bilis telur tu 
tapi disebabkan minggu tu aku belum ambil daging ...so aku bungkus nasi lemak daging goreng juga

rindunya aku pada nasi lemak ni 
sedap

sambalnya cukup rasa
ikan bilis nya jenis yang nipis dan rangup
sedap 

aku dah pernah review dah gerai Nasi Lemak sedap ni dulu tahun 2014 
lokasinya pun mudah je cari 





11 comments:

azizah green line said...

memang betul2 sedap ni kak

Cik Puan Eka said...

tq kak info tempat menarik nanti nak pegi langkawi boleh try hehehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalau dah suka beli, mmg sdpla tu kat tekak akk kan..heheh

~aSHa~ said...

buat terliur ni...
akk masih berpantang 26hari ihihihi

hainom OKje said...

Agaknya ikan bilis Langkawi kot Ma....tu yg sedap. Nasi lemak ni sambal kena sedap dengan ikan bilis goreng kena rangup barun best ek...
Hang tak pelah Ma, makan Nasi lemak 3 bungkus pun tak mau gemuk.... Syok betul jadi orang kurus

mama tisya said...

kalo sedap mesti teringat2..apakan daya jauh kn hehe

tiga lalat said...

tgk pon mcm sedap je., hehe2

Adam said...

Jauhnya nak pergi.
Saya kat shah alam.

Inani Hazwani said...

Sedapnyaa tengok nasi lemak tu. Heheh. Jauh nau dekat langkawi :D

Umi Nazrah said...

salam singgah. nasib baik dah makan nasi lemak pagi tadi, jadi takda la rasa teringin bila tengok gambar ni. hehehehehe ^_^

ibuayu said...

kalau 3 Bungkus tu memang sah sedap ni...