Tuesday, January 10, 2017

Pakej murah Mangrove Tour Kilim Geoforest Park, Langkawi

22/12/2016

Tiap kali balik ke Langkawi
mesti akan pergi naik bot pusing-pusing Kilim Geopark 
kali ni kami ambik pakej RM100 untuk 3 tempat je, sepatutnya 4 tapi kami tak nak ke laut andaman
1. Port Helang Merah
2. Sangkar Ikan 
3. Gua Kelawar

Pakej murah Mangrove Tour Kilim Geoforest Park 
boleh  roger Pak Teh 
memang tiap kali nak naik bot memang kami cari PakTeh
boleh pilih nak bot besar ke kecik ke 
bagitau je PakTeh.... kawtim baik punya 

Pakteh Mangrove Tour Kilim GeoPark
017-4685459




tak ramai pun hari tu 
sebab kami memang suka keluar pagi-pagi kalau kat Langkawi ni 
nak elak kesesakan .... malas nak Q oanjang-panjang 
laut tenang je lagi sebab tak banyak bot lalu lalang



my hero ...abang kesayangan mama

tah apa ke nama tah ikan pari ni 
fahim la paling suka kalau bab haiwan-haiwan ni 
sebab budak tu suka sangat membaca buku info haiwan dan tengok dokumentari atau pun zoomoo
semua pasal haiwan 

banyak info yang dia tahu pasal haiwan 
pasal darah belangkas warna biru la .... ikan pemanah la 
tengok ikan tu dia dah tau dah itu ikan pemanah ... mencari makanan dengan memburu serangga 
memancutkan air ke atas permukaan air untuk memburu serangga 
ikan pemanah hidup di kawasan paya bakau dan sungai 

mama dia pun tak tau .... hahaha

tengah tengok ikan pemanah 
demo memancutkan air untuk jatuhkan roti yang ditampal pada pelantar

2 budak yang selalu buat mama jadi mak ko hijau dan gembira



Mulai 1 Januari 2017
untuk masuk ke Gua Kelawar di Kilim Geoforest park ini akan dikenakan bayaran 
Dewasa RM 2.00
Kanak-kanak RM1.00

sebelum ini hanya perlu sewa torch light RM1.00 setiap satu 



keseluruhan perjalanan dan aktiviti di situ hari tu sangat best 
budak-budak gembira 
banyak kali pergi pun tetap rasa seronok 


kami terus ke Kuah untuk makan tengah hari 
kedai yang kami pilih mesti la kedai yang sama je tiap kali balik sini 
sebab pilihan makanannya banyak dan rasanya pun sedap
kami makan di Kak Tie Nasi Campur


menu aku selalunya macam ni je .... sedap hoi sambal belacan dia tu 


lepas isi tangki bawa anak-anak ke Makam Mahsuri 
lama dah aku tak masuk ke sini sejak tahun 1990 kot 
100% berubah dari yang asal 
dalam memori aku masih lagi view tahun 1990an tu 
makam Mahsuri dah berubah, dari rupa bentuknya 
kedai-kedai cenderamata, struktur jalannya, dan dulu hanya ada satu rumah sahaja 
Rumah Mahsuri tapi sekarang ada banyak rumah 
rumah tok penghulu, rumah sapa lagi tah ... 

telaga nya masih di situ tapi buaian kayu tepi telaga dah tak ada




bagi peluang untuk Alisha buat henna 


suka budak kecik ni tangannya dah berinai lukis


sebelah petang kita cari makan lagi 
nanti next entry aku share kat mana laksa sedap

3 comments:

Mazni Azmi said...

Memang tak ramai kan. Sebab sekarang ni musim cuti sekolah dah habis. Budak budak pun baru masuk belajar 😃
.
Maznee pergi cameron minggu lepas. Memang lapang. Tak sesak pun
.
Rasa lapang je

CaDLyNN said...

boleh bawak anak2 next time

hainom OKje said...

Walau dah gi Langkawi beberapa kali tp belum pernah pergi keliling pulau sekitar Langkawi Ma....

Sebab selalunya kalau kat sana mesti terasa mahal betul feesnya. So nampaknya lepas ni mahal tak mahal kena pergi jugaklah...