Monday, January 9, 2017

Tempat Menarik di Langkawi | Memancing Buaya di Crocodile Adventureland

Lepas pekena Nasi Kandar Restoren Haji Ali kami ke Crocodile Adventureland Langkawi
ni kali ke2 kami ke sini
kali pertama Alisha masih kecil rasanya dalam 2-3 tahun lepas
ada banyak perubahan dari segi persembahan
not bad ... menarik juga



Harga Tiket

crocodile show time
boleh rujuk masa di atas ni supaya kita dapat masuk ngam-ngam time persembahan 
tak perlu la nak tunggu lama nak tengok show



Juvenile Crocodile Fishing RM15.00 satu sesi 
(dibekalkan 4 ketul isi ayam)

kami juga mencuba memancing buaya di Kabin Anak Buaya 
ingat diorang nak bagi ke kita memancing buaya yang besar-besar tu 
silap hari bulan buaya besar tu rentap tali sekali kita jatuh dalam kolam buaya .... seram hoi ...
dapat pengalaman memancing anak buaya pun ok sangat dah
menarik juga la .... seronok tengok anak buaya terlompat-lompat nak dapatkan ayam 
budak-budak pun happy sebab kelakar dapat acah-acah dengan anak buaya 


pekerja di sini memberi sedikit penerangan dan terangkan cara macam mana nak memancing anak buaya tu ....


acah-acah nak memancing buaya dengan isi ayam 

korang patut try kalau dah masuk ke sini 


kami tak jalan habis pun kat titi ni 
seriau bawah tu buaya besar-besar yang umur dah berpuluh tahun 
dah la titi ni kayu plak tu ...mau usia titi ni dah berpuluh tahun sebab aku kecik lagi time taman buaya ni di buka .....sama je macam aku pernah masuk dulu ... 




crocodile show time 
ada 3 ekor buaya dalam ni 
yang kecik dan besar sekali je buat persembahan oleh jurulatih buaya ni 
jurulatih ni akan ikat dulu mulut buaya sebelum persembahan diteruskan 
seriau juga aku kalau tak ikat maunya tragedi nanti

2 jurulatih ni aku syak sarawakian kot 
sebab sana kan terkenal dengan buaya
lagipun mulut jurulatih berkumat-kumit 
baca doa penjinak buaya kot 
bagi buaya tenang ....buaya yang besar ni umurnya lebih kurang 5 tahun 
percubaan untuk baring atas dia dengan 3 kali percubaan 
memang suspen juga tengok aksi buaya tu tak nak berkerjasama 
ada yang patah badan kena libas dengan buaya kang


untuk Crocodile Adventureland ni aku bagi 4 bintang 
tempat menarik di Langkawi untuk dilawati



Alisha dengan Fahim beli soft toy crocodile 
besar juga ... tu Alisha pegang tu kepala soft toy tu 
RM45 seekor ...gambar crocodile tu pun tak sempat nk amik gambar 
dah hilang dah waktu kereta kena pecah



balik dari Crocodile Adventureland terus ke Jalan Pandak Mayah 
Chocolate Shopping Time 

tapi harga memang nampaknya semakin naik dari sebelum ni 
banyak juga naiknya...dalam RM1-RM2 gitu satu barang 
itu yang perasan yang selalu beli 

Alisha nampak Skittles memang itu yang dia ambil dulu 
kat Langkawi je ada skittles purple pack ni 
Wild Berries
kalau belah sini ada 2 warna je merah dan hijau 



5 comments:

tiga lalat said...

wahh bestnyer gi jalan2 langkawi mkcik kann., ;p

nuyui a.k.a miss YUI said...

pnh p taman buaya cmni kat melaka waktu yui kck dlu..

kat lgkwi tak pernh lg..

nurbijen said...

menariknya boleh pancing buaya...
best best :)

Sama dgn anak2 saya, skitlle yg selalu dimabil dulu..
A ah, tak pernah lagi jumpa skittle kaler purple tu..

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

rindu langkawi weii brp taon dah tak pegi. huhu. tiket AA la ni mahaii kot! dulu sepoloh hinggit dah dapat...

wahida said...

aku ni tak tahu lah kenapa...aku ni geliiiii sangat tengok buaya...tu sebab aku scroll cepat2 entry kau kali ni...hahaha...