Tuesday, February 14, 2017

Fahim di Festival Catur Putrajaya 2017

11/2/2017

sekali lagi Fahim sertai pertandingan catur di Festival Catur Putrajaya 2017, Piala Menteri Wilayah

walaupun tak menang dan tak dapat top 30's
pengalaman tu penting dan sijil penyertaan peringkat kebangsaan
selagi Fahim berminat selagi tu aku sebagai ibu terus berusaha untuk memberi sokongan 
dalam keadaan tak berapa nak aktif ni .... usaha juga teman dan beri sokongan
selagi dia minat  memang aku akan pupuk minat tu sampai dia berjaya
tak semua orang minat bermain catur .... kalau aku yang main terus tangkap otak
stress pening ... tetiba rasa nak jadi 'mak ko hijau'
hahaha kesian anak aku harapkan latihan di sekolah je nak gilap bakat dan pegetahuan catur tu


mama paksa ambil juga gambar kat sini buat kenangan 


perlawanan pertama 

perlawanan ke7 

Fahim menang 5 dari 8 perlawanan 
ok la tu .... belajar dan cari pengalaman menghadapi pencabar 

Festival Catur Putrajaya 2017 dikhabarkan telah pecah Malaysia Book of Record dengan penyertaan lebih dari 1200 peserta bawah 16 tahun 
untuk bawah 9 tahun sahaja lebih 150 orang 
bayangkan berapa padatnya dewan dan Kementerian Wilayah Persekutuan time tu 

aku sakit urat membawa ke hari Isnin
hari ni baru segar sikit 


inshaaAllah kalu ada rezeki bulan Mac nanti Fahim ada lagi pertandinga catur peringkat sekolah 
harap ada rezeki untuk bertanding dan mama masih mampu hendak meneman anak kesayangan sorang ni 





14 comments:

Naemah Umi said...

wahhh...mmg tak ramai anak2 yg suka catur ni..good luck ye fahim dgn minat catur ni :D

mOnamie said...

God JOb Fahim!!

Inani Hazwani said...

Wahhh bagus dah tu menang 5/8 perlawanan. Tahniah 😊

Simply Remedies said...

practice makes perfect. Selagi ada minat kita bagi dorongan la kan

nuyui a.k.a miss YUI said...

hebat fahim!!

Ainniah Zulkefli said...

pengalaman tu la 'hadiah' paling berharga untuk fahim. lepas ni mesti terer punyalah main catur.

lieyalatif said...

bagus fahim...catur ni permainan org bijak..sbb kene ade strategy bagai....ko kene gilapkan lagi skill2 strategi die...in sha Allah leh wakil negeri, malaysia plak satu hari nanti...

fahim...aunty pun terra gak...tapi main dam haji ajek haahahahaha

wahida said...

hebatnya anak ko emma...kagum aku...
aku sendiri pun tak pandai main catur..
terus support dia tau...tak ramai anak muda melayu hebat bermain catur...
good job fahim!

hainom OKje said...

Tahniah Fahim....tak denya org terus berjaya. Tentulah bermula dari kegagalan.
Insyaallah yg penting maknya kena terus bagi sokongan. Biar semangat Fahim tu terus mekar subuh....cheewah

mama tisya said...

tahniah fahim...bgs main catur ni..bijka berfikir

raihanah said...

tahniah2 bagus dah tu, next time mesti lagi terer

SalbiahM said...

wah..mesti bijak orangnya..samalah saya tak reti main catur,main dam aji bolehlah. Hehe. Good luck Fahim! Nanti boleh cuba lagi

LYAfrina said...

Alhamdulillah..hebat sgt fahim.. Dh ok tu.. Malu aunty, lgsung x pndai main catur tau.. Haha

Kira Sakura said...

wahhh hebat la Fahim. aunty pun geng sama dgn mama. stress dgn catur hahaha