Monday, February 20, 2017

Jalan-jalan Terengganu di Cuti Raya Cina

28 -  29 Januari 2017

Cuti CNY yang lepas kami ke Terengganu 
menginap di Rumbia Resort Villa, Paka
aku pernah review resort ni dulu ... memang ke sini selalunya kalau ke Paka 
sebab resort ni rumah semi D, besar, ada 3 bilik dan selesa
sangat selesa untuk family yang besar dan family day 

seperti biasa kalau ke Terengganu mesti singgah beli kepok lekor gentel kat Kedai Keropok Pok Die ni di Chendor 

sebab keropok lekor dia paling best dan sedap gila kot 
kami memang suka sangat dengan kepok dan sata dia 
kami bertolak awal dari Kuantan pagi tu 
sebab sehari sebelum tu kami di Kuantan enPanjang nak tengok bola 
sampai kat kedai Pok Die pukul 9.00 pagi
kedai baru buka .... tepung baru mesin ....sata baru nk bungkus 
kami sanggup tu 
lama juga tunggu ..lebih kurang 30 minit lebih kot 
sekali hadap RM5.00 tak cukup kepok lekor pok die ni tau ...sedap


lembut .... penuh rasa ikan.... tak de tulang ...sedap

tukang tunggu kepok gentel dan sata tengah bakar

sampai kat villa ... terus bawa ke villa MIL dan mak MIL stay 
makan kat situ ramai-ramai ....

sebelah petang bawa budak-budak mandi kolam 


untung la ada pakcik yang rajin melayan 
pakcik yang rajin melayan bawa anak-anak dan anak buah 

melayan Alisha kesayangan muka saloon ..lantak korang la mama dok tepi menyandar 


sebelah petang sebelum malam
sesi berBBQ
kebanyakan bahan yang untuk dibakar dari Ramly Burger 


sate ayam/daging, black pepper lamb/beef dari Ramly Burger 
sedap 

aku tukang pegang kipas pink tu 
malas nak berpanas-panas membakar

tukang rasa sate ayam 
si comot berlengas Alisha ..main tak hingat seronok la ramai orang dan sepupu dia


kami sewa 3 biji villa


yang depan ni 2 lagi yg disewa 
memang meriah sebab ramai ..seronok bila berkumpul ramai-ramai macam ni 

tukang bakar yang tak sudah-sudah .... orang lain dah berenti dah 
dia masih lagi membakar.... rajin

walaupun kat terengganu ... seafood tak banyak ...
sotong besar-besar ibu jari aku je ...dah bakar jadi besar kelingking aku je ... hahaha
janji ada

esoknya kami ke Kuala Terengganu 
MIL nak pi Pasar Payang 
kami tak beli apa-apa ..sebab tak tau nak beli apa 
cari subang baru icha tak ada pulak yang berkenan dan kecik 
nak cari yang kecik-kecik je ...sebab kat sekolah tak boleh pakai subang
tapi nk bagi juga pakai tapi yang kecik dan tak berapa nampak 
abah dia risau takut lubang tebuk tu tertutup 

anak manja abah 


yang ni anak manja mama ...eh dia yang manja lebih dengan mama 



kami menginap di Rumbia Villa Resort ni 3 hari 2 malam 
seronok sesekali dapat berkumpul ramai-ramai adik beradik dan mak pak sedara



13 comments:

raihanah said...

wah seronoknya, paling best dapat habiskan masa dengan keluarga

Kira Sakura said...

selalu gi holiday kat tganu kan

Inani Hazwani said...

Seronoknyaaa jalan jalan Terengganu. Sekali sekala gathering macam ni memang syokkk

Kakcik Nur said...

Seronoknya dapat bercuti-cuti bersama keluarga tercinta... :)

tiga lalat said...

wahh sonoknyer uoolss., hehe2

Diana Rashid said...

best nya..pi ramai2 macam ni baru best..kan??

wahida said...

tengok keropok lekor tu je pun dah tahu mmg sedappp...

mama tisya said...

sronok jln2 ganu pastu siap berbbq lg

Sara Amelia said...

Kipas pink memanggang tu yang tak tahan tuu!

Chekgu Azrine said...

fuhh..terliur tgk kopok leko trengganu...lama dah hambo tak g jale2 ganu...mesti makan xhbs2 ni kalau akk turun

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

seronoknyaaa kumpul ramai2 dgn family..anak2 yg paling happy sbb ramai geng main man..hehe

hainom OKje said...

Hakak perasan ko ni rajin bercuti reramai ye Ma. Mcm setiap kali cuti pulak haha... Jauh jauh pulak tu berjalannya. Hakak ni nak sampai ke Terengganu pun tunggu berkurun. Adoiyai....

Aduhhh terliur weyh tengok kopok leko tu...

idzwa kamaruddin said...

part paling best masa bercuti ialah makan! hehehe..best-best!