Wednesday, February 15, 2017

Ragam Anak Dara | Alisha

hari ni tak tau nak tulis pasal apa 
malas nak tulis pasal cuti CNY lepas, malas nak pilih gambar 
cerita pasal anak dara kesayangan la

budak pandai bercakap pandai memujuk nan sorang ni 
mainan dia minat nak bermain dia bermusim 
kejap mainan itu kejap mainan ini 
yang dia pujuk abah dia belikan 
hari-hari dia ulang 

tengok youtube dengan pantauan mama/abah pun sama 
bermusim ....kejap musim tu kejap ni plak 

bulan lepas dia gila sungguh dengan playdoh
sehari berkali-kali dia tengok video playdoh 

pastu pandai plak pujuk abah nak playdoh elsa dan princess
abis kemaruk playdoh princess dia kemaruk dengan playdoh ice cream pulak dah 

dah dapat playdoh frozen kemain sengeh

pastu dapat pulak playdoh ice cream 


main hari-hari 2-3 minggu 
dia dapat pulak musim lain pulak 
TROLLS pulak dah


sekarang ni tengah kemaruk dengan trolls 




suka sangat dengan miniture trolls ni 
sepeket RM19.90 kat toyr'us  @_@
nasib-nasib la dapat yang mana satu 
dah ada 6 ekor dah kat rumah tu 

nasib la abah rajin melayan 
kalau mama jangan harap nak beli mainan cecah ratus-ratus ni 


sabar jela ....
selagi kamu happy mama abah pun happy 
abang Fahim pun happy 
sebab adik perempuan kesayangan dia tak buat hal 

walaupun dah besar .... dah 6 tahun 
aku selalu rindukan dia tau terasa macam dia tu baby lagi 
tak sabar-sabar nak pi jemput balik prasekolah dan cium-cium sebelum hantar ke transit
sape tak sayang anak kan 

9 comments:

hainom OKje said...

Walau besar mana pun anak kita Ma, kita akan rasa dia masih kecik tau.... Untunglah jadi anak yang sementara bongsu hihi.... semua orang sayang, semua nak, dapat. Tapi hakak dulu pun tak suka belikan mainan anak Ma, baik hakak beli baju depa lagi. Bab mainan ni orang lelaki mmg cenggitu kot, Pak Jilap pun suka belikan mainan anak dia....

deelira@deeliraz said...

seronok la.. semua mainan yg dia nak dpt. hehe..

Sheila Adziz said...

erm... bestnya dia dapat mainan....

Kakcik Nur said...

Bagi seorang ibu, anak tetap 'anak kecil' selamanya...

LYAfrina said...

Hehe..gitulah budak2 eima..slagi x besar mmg akan minat pd permainan. Fsya dulu pom mcm ni, minat bermusim org kata.. Hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

kejap rasa dh bsr kan kak..

Inani Hazwani said...

Lebar senyum dah dapat playdoh tu. Heheh

idzwa kamaruddin said...

Senyum sangat dapat kesukaan dia ;)

Kira Sakura said...

bab menan ni selalu bapak dorg yang lebih kan. abi budak berdua ni pun sama. tengah bulan pun beli jugak menan adoiiiii. tapi jadi terpujuk hati bila tengok dia pandai gunakan mainan tu dan share dgn adik. tak gaduh2