Thursday, February 16, 2017

Riadah Hujung Minggu | untung la dapat Dok Putrajaya

hari minggu sebolehnya memang nak bawa anak beriadah 
nak lapangkan dan luaskan minda diorang 
kesian kat diorang sepanjang minggu bersekolah 
nak release segalanya time hari minggu la 

kalau asyik bawa ke mall je jemu juga setakat jalan-jalan, makan-makan.... nak shopping mama awak berdua tu tak suka shopping .... dia stress bila dia tengok duit dia habis ...hahaha 
baik habis sebab pi berjalan ke ... bergembira ke ... tak pe jangan pi shopping benda yang tak diperlukan sangat pun... itu mendatangkan stress haha



seronok tengok diorang gembira macam ni 

tapi kadang tu budak-budak ni stress juga sebab buat perkara yang mendatangkan mood membebel mama/abah dia hahaha 
nak hilangkan stress ke menambah stress ni ...nasib la korang


dah lama tersimpan mainan ni .... Fahim pun dah besar dah ...besar dia dari kereta tu 
enjoys tetap enjoys walaupun kereta adik dia





sambil biarkan anak-anak bermain ..mak pak boleh cuci mata tengok orang lalu lalang 
seronok juga tu
macam-macam jenis peel manusia kita boleh tengok (silap2 orang pun dok tengok kita juga...haha)
ternampak dulu seorang kawan blogger tetiba unfriend FB, whatapps tak ber reply....
entah apa salahnya kita pun taktau... nak kata tersalah cakap jarang kot bercakap ... tak pe la ...
so aku buat-buat tak nampak walaupun dia lalu depan ... hahaha 
malas nak bertegur sat gi takut diri sendiri termalu sendiri ...bertegur tapi orang tak menyahut ....

apa yang penting anak-anak gembira 
anggap je perkara macam tu macam bau kentut .... bau busuknya sekejap je .... 
tak menjejaskan kehidupan seharian pun ..5-6 saat hilang terus




9 comments:

Kakcik Nur said...

Bagus juga ada tempat untuk bermain dan beriadah, boleh juga keluarkan peluh sambil jamu mata... :)

Sheila Adziz said...

Allhamdulillah.... bila tgk anak seronok, kita pun seronok...

mama tisya said...

syok org putrajaya ..byk area tmpt beriadah

Nieyl said...

seronok melihat ibu ayah bawa anak² bermain di taman²...

Inani Hazwani said...

Seronok pergi taman macam ni lagi lagi weekend 😊

Sara said...

Best kan Putrajaya.. Dah 13 tahun duduk sini masih tak jemu :)



hainom OKje said...

Betullah tu Ma, kalau selalu ke mall boring jugak. Budak budak mcm anak ko tu nak jugak main kat taman kan...

Weyh boleh pulak terjumpa geng blogger ek...
Ko perasan pulak dia unfriend ye Ma. Kalau ko tanya hakak, hakak mmg tak perasan weyh dia unfriend ke hape. Kalau req Friend perasanlah.... ada yg tak cam jugak sapa sebab guna nama full kan, kat blog nama lain....sudahnya hakak accept aje...hihi

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Kira Sakura said...

sama!!! hahahaha. kalau berjalan ke mall ni duit menipis stress tgk beg duit. kalau beriadah ni kadang xpakai byk duit. anak2 pun hepy je. kalau pergi mall kena duduk dalam trolley hihihi