Wednesday, March 29, 2017

Fahim ke Kejohanan Catur MSS Putrajaya 2017

29.3.2017

Hari ni Fahim ada Kejohanan Catur MSS Putrajaya 2017
salah seorang wakil sekolah untuk kejohanan tu 

semoga Fahim dapat bermain dan buat yang terbaik 

Semoga dilapangkan minda, hati dan fokus semasa permainan 
Good Luck my cheeky boy !!
do your best !!


kalah ke menang ke janji berusaha untuk berjaya 
jadikan kejohanan ini daya penolak untuk berjaya dan terus berjaya 





Note : mama lupa nak ambil gambar dia pagi tadi ... kat rumah tadi kemain semangat dok ingat sampai kat kedai nak sarapan ... terus lupa .... sorry my bad.. balik karang la atau pun mama pi skodeng games depa nanti lepas selesai urusan petang nanti

Monday, March 20, 2017

Aku unfriend/unfollow FB yang post bukan-bukan

bila nak produk laku 
kadang maruah diri dan tata kelakuan sebagai seorang wanita kita dah tak jaga dah 
hilang dah rasa malu ... bila cerita dalam kain pun boleh bincang kat media sosial

mungkin orang rasa aku ni konservatif ...YE aku akui
terpulang la nak kata apa pun 



malu la nak sebut-sebut berair ni 
tapi aku perhatikan geng JSD - Jamu Susuk Dara ni 
memang simpan dalam-dalam perasaaan malu tu 
aku tau korang nak jual jamu tapi cara tu tak kena kot 

tu belum lagi cerita bab cik bunga bagai yang korang up hari-hari tu 
bab tayang menda berlendir-lendir tu sebab asyik kena kecam kurang sikit dah 
kalau tak hari-hari dok tayang tu ....

kemain sakan dok promote jamu tu tup-tup jadi mak jan, mmg la jodoh ketentuanNya tapi yang korang promote sakan tu ...cik abang tinggalkan juga korang tu ... ketat sendat padat korang tu
dalam perkahwinan seks memang penting tapi kalau korang jaga tang tu je ...tapi perkara lain korang tak jaga tak berjaya juga perkahwinan tu

aku faham korang hari-hari up pasal ketat, cik bunga wangi, cik abang mengerang geram, malam jumaat  dan macam-macam lagi tu sebab nak lakukan produk kalau anak korang follow FB korang, boleh buat budak tu tersesat tu ....
bayangkan kalau anak-anak depa baca .... 

ni yang aku up ni hat tak berapa nak geli sangat baca 
kalau aku up yang buat aku unfollow/unfriend depa tu 
memang boleh tercemar isi kandungan blog aku ni 
kawan tak kawan .... aku rela tak berkawan dalam FB kalau sokmo post menda mengarut je

jual ..jual juga tapi adab menjual tu ada 
promote juga tapi biar la beradap 


Thursday, March 16, 2017

ChipsMore Chunky yang lebih banyak cip dan tebal

ternampak Chipsmore Chunky kat Giant 
baru ke ni ... macam tak pernah nampak sebelum ni
so harus la beli 2-3 pek nak mencuba 
Chipsmore Chunky Original dan Coffee 
yang coklat tak perasan pula ada ke tak 
sebab main ambil je time tu 

Chipsmore chunky ni saiz biskut macam biasa je cuma lebih tebal dan banyak cip coklat
rasanya ....aku lebih suka chipsmore yang lama tu kot 
mungkin sebab bila sebut chipsmore mesti teringat biskut coklat bercip coklat kan 
bukan tak sedap...cuma aku lebih suka yang coklat dan yang biasa tu.... 

tapi yang bestnya chipsmore chunky ni .... dia banyak cip coklat .... setiap gigitan tu akan terasa cipnya 
dalam satu pek seperti dalam gambar ni ada 6 ketul biskut berharga RM2.80






mungkin biskut chipsmore chunky baru diimport ke Malaysia 
cop halalnya bukannya JAKIM 
tetapi cop halalnya supervised by China Islamic Association

Riadah Dalam Hujan di Taman Putrajaya

dah lama tak bawa budak berdua ni ke taman 
hari ahad lepas pergi taman berdekatan dengan kawasan rumah 
bagi diorang berlari-lari dan bermain-main 

tapi tak lama pun sebab hujan renyai-renyai 
guruh kilat berdentum-dentum risau pula berada di tempat lapang 

my adik icha yang tak sabar tunggu bulan 4 nanti


ingat nak jalan kaki pusing taman exercise sikit ... tapi mama malas dan rasa berat je kaki ....so mama lepak tepi tembok layan tengok abah main bola dengan anak-anak 


Tuesday, March 14, 2017

Cacing Sesat di Kulit Badan Manusia | Perkongsian FB DrRich DrRahim

tadi tengah membelek FB terjumpa yang ni 
fuh seriaunya ... geli pun ada .. takut ngeri semua ada
inilah salah satunya aku tak membela haiwan peliharaan sejak dah beranak-pinak ni
risaukan kesihatan dan keselamatan anak-anak
memang pastikan anak-anak makan ubat cacing  setiap 6 bulan
dan jadi mak kau hijau tiap kali anak keluar rumah dan cubaan makan tanpa basuh tangan semasa 'mama depa berdekatan'

almaklumla dulu-dulu mama depa orang kampung ...dah rasa dah bagaimana rasa gatal bahagian anus ......walaupun setiap 6 bulan mak mama depa tu bagi makan ubat cacing .....
tapi kita ni orang kampung memang kadang tu kasut tak pakai pun main kat luar rumah .. tu belum main masak-masak dengan pasir dan tanah-tanah merah.....


jom baca perkongsian dari FB DrRich DrRahim ni





ILMU KESIHATAN. Artikel 512.
Doc/anda kadang2 drive leh sesat jalan.
Tau tak anda, CACING PUN BOLEH SESAT. Hihihi
"AWAS SESIAPA YG BELA KUCING!! '
Tadi kat Klinik doc ada seorg Pemuda handsome. Kacak orgnya. Masuk je bilik consultant doc terus berkata:
" Cer tengok kulit badan saya doc..habis jadi PETA JALAN BENGKANG BENGKOK. SIMPANGAN TRAFIK LIGHT PUN ADA. Mcm peta! Apa benda ni doc".
Kecian dia...dah merana berminggu dah!!
Ni le "CACING SESAT". Anda cer cek kulit badan, kaki, tangan atau punggung anda atau anak anda.
Ada tak CACING SESAT ni?
Kami org Perubatan panggil CUTANEOUS LARVA MIGRAN. (Ancylostoma braziliensis, Ancylostoma caninum, dan Gnathostoma spinigerum)
A.Apa CUTANEOUS LARVA MIGRAN atau CACING SESAT!
Cacing  ni hidup & membesar hanya di kucing & anjing. Hihihi.. bila binatang ni berak bersama telur cacing ni yg menetas jadi larva filariform yg hidup di dlam tanah, lumpur, pasir & tempat kotor.
Klu kita bekerja atau anak bermain di kwsan ni yg ada najis ni....jaga2 le..kita boleh TERTELAN TELURnya atau larva ni boleh MENEMBUS MASUK kedlm KULIT anda/manusia.
Pd awalnya kulit anda bentuk biji kemerahan yg sangat gatal.  Larva cacing ni hanya boleh bergerak melalui  terowongan yg dibentuknya di PEMUKAAN kulit kita je.
 Ia tak leh nasuk kedlm badan anda je.
 Dari bentuk biji merah..lps tu memanjang...sampai menjalar jadi bengkang bengkok mcm ulaq spt jalan simpang sior kat Penang ni.

C. Info tambahan yg doc nak U all kena tau. 1.Doc nak bgi tau ia bergerak 2-3 mm sehari...bayangkan klu berminggu atau berbulan  klu tak ubati.!! ...dah jadi WORLD MAP! dibadan anda.
2.Tpi ingat di dlam tubuh manusia larva tak dpt kembang jadi cacing dewasa.
3. Klu tak ubati kulit abda gatai ...ada garu...kulit jadi inflamasi dan terinfeksi benanah!

D. Rawatan. 1.Mai cepat jumpa doctor anda/ doc. Mkn UBAT CACING...2-3 hari.
2.Mkn antibiotik klu infeksi. Dan cream gatal.
3.Klu nasib baik....terowong yg terdepan tu kemungkinan ada larva cacing tu.....hihihi doc korek je le.....hihihi.
D. Cegahan. 1.Pikiaq 2X sebelum bela kucing.
2  Pakai kasut dan glove bila kerja ditempat tanah kotor. Make sure anak kita besepatu masa luar rumah. Bersih tangan sebelum mkn.
3. Mkn ubat Cacing untk diri sendiri atau kucing anda. Jaga kebersihan kucing anda.  Doc hrp Artikel ni manafaat bagi anda.
ELAK CACING SESAT! ANDA JANGAN SESAT cukup le....hihihi.
Ada soalan.....doc jawap bila doc lapang. Tk.

**Peringatan: JANGAN PROMOTE PRODUK anda di artikel kesihatan ni. Anda akan di dakwa KKM.

Drp
Dr. Abdul Rahim. Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda
11900 Bayan Lepas. Penang.
Tel 04 -6444181






bayangkan kat kulit kita ada cacing macam ni 



Friday, March 10, 2017

Alhamdullillah | Happy Birthday to Me

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas, berbakti dan beramal di dunia ini 
syukur tak terhingga kerana diberi kesihatan yang baik 
untuk beramal sebagai hambaNya dan menjadi ibu kepada amanahNya
Semoga dengan peningkatan usia ini mematangkanku dalam kehidupan ini dan dipermudahkan segalanya ke akhir hayat ...InshaaAllah Amin



Selamat Ulang Tahun ke 33 eima !!
Alhamdulillah
Terima kasih Almarhum Mak kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik adik 
semoga hanya iringan doa sahaja yang dapat membalas jasamu ....
semoga mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman ....Amin


Note : nasib baik tahun ni tak lupa tarikh keramat ni .... TQ enPanjang wish malam-malam buta semalam ....TQ pada seorang sahabat di pejabat lama yang tak pernah miss nak buat surprise setiap tahun semoga dimurahkan rezeki kak nas...

Thursday, March 9, 2017

Sarapan Pagi Makan Nasi Kak Wok | Warisan Kak Wok Putrajaya - Dengkil

hari minggu hari sarapan kat luar 
hari-hari pun sarapan kat luar cuma hari minggu ni jauh sikit boleh bersarapan 
cari yang best-best 

2-3 kali hari minggu dah pi sarapan kat Warisan Kak Wok Putrajaya - Dengkil 
sedap ....aku suka...paling suka sebab nasi dia banyak lauk ayam dia pun banyak 

aku yang asal utara ni dah terbiasa makan nasi pagi-pagi 
memang tak kisah makan nasi banyak-banyak masa sarapan 

Nasi Kak Wok RM5.00

jangan korang ingat size badan aku kecik tapi selera aku kecik 
aku makan banyak tapi tak nak membesar .. kesian betul 


Lokasi :
No 62, Jalan Cyber Valley 1/3A, 
Cyber Valley Commercial Center, Dengkil, 
43800 Dengkil, Selangor, Malaysia

on je waze atau google map ada je lokasi kedai ni dalam tu 



Monday, March 6, 2017

Jalan-jalan Cari Makanan di Thai - Malay Food Expo Putrajaya 2017

hari jumaat malam yang lepas saja pi try jalan-jalan cari makan di Thai - Malay Food Expo Putrajaya 2017
yang bertempat di Depoh Park & Ride Presint 14 Putrajaya 
dari 28 Februari - 8 Mac 2017


memang banyak pilihan makanan thai 
macam-macam ada 
teringat waktu jalan-jalan ke Hatyai  dulu 

tapi makanan di sini dijual agak mahal 
kebanyakan makanan dijual harga bermula dengan RM5.00
ada juga yang dijual dengan harga bawah RM5.00 tapi air  cawan sederhana la

membeli sebab nampak cantik dan sedap dimakan 
hakikatnya disebaliknya

khanom tokiaw ke hape tah namanya

pusing-pusing lagi cari makanan yang best boleh dibeli 


kat sini selain jual makanan ada juga dijual pakaian dan barangan siam 
taktau la nak kate murah ke tak ... standard barang siam la bermula dari RM10.00
tapi aku tak beli apa-apa pun ...tak berminat 


aku beli air mangga 

Jus Mangga ori RM3.00
yang ni memang sedap dan pekat ...kaw rasa mangganya 

Fahim beli aiskrim kelapa RM10.00
tak tau nak cakap sedap ke tak .... aku rasa biasa je ...
ada aiskrim kelapa, roti kacang, jagung, dan pulut 


kepingan ayam ...2 keping RM5.00
sampai sekarang tak berusik ada dalam peti ais ... 
hmmmm 


Khanom Tokiaw RM5.00
rasa ....huhuhu 
loya tekak aku ... harap rupa je cantik dan menarik 
bau dia sangat kuat hanyir telur .... rasa manis-manis sikit 
aku tak leh telan .... maaf la ...anak-anak pun sama 
masuk peti ais juga tunggu tong sampah 
nak buang terus masa tu rasa sayang kot RM5.00 tu 


muka budak tak puas hati .... imagine rasa yang sedap gamaknya 
tapi tak leh hadap dan hadam

Nasi Daging RM10.00
aku tak rasa pun ...enPanjang cakap tak sedap 
macam rasa nasi goreng je 

Laksam RM5.00 sebungkus 
ok yang ni memang sedap ...kuah dia pekat dan cukup rasa 
aku saja je beli yang kosong supaya senang anak-anak nak makan
tapi sayangnya haganya agak mahal ...selalunya orang jual RM3.50 je kan

Churros Vanilla RM6.00
ada 6 ketul kot 
standard rasa churros la 

sate ikan 
agak keras dan liat tapi sosnya sedap macam sos siam tu 
bukan sos pink macam kat terangganu tu 
ok la 


total lost malam tu hampir RM65.00 untuk makanan sahaja 

berbaloi tak pi sini ?? hmmm 
bagi yang nak merasa dan mencuba kelainan makanan 
boleh la pergi tapi berbaloi ke tak ikut selera korang 
macam kami ... rasanya tak berbaloi kot ....