Monday, April 17, 2017

Goo.N Diapers Menyerap dengan Pantas tanpa Kebocoran dan Goo.N Baby Wipes 99% Pure Water

Goo.N Diapers & Goo.N Baby Wipes 

Sejak bergelar seorang ibu aku memang menitikberatkan segala jenis keperluan anak-anak aku
kalau boleh nak bagi semua yang terbaik, berkualiti dengan harga yang berpatutan 
apa lagi tugas seorang ibu selain memastikan/menjaminkan anak-anak dia dapat keperluan yang terbukti kualitinya


Aku agak cerewet dalam memilih keperluan anak-anak terutamanya lampin pakai buang ....
tambahan pula, sekarang  ni  aku mempunyai seorang bayi yang berusia 14 hari .... memang aku sangat-sangat risaukan kulit sensitif seorang bayi.... risau dengan kualiti lampin pakai buang yang aku beli ....
nak gunakan kain lampin bayi, yang mana memang terjamin bebas bahan kimia tetapi aku bukan seorang yang gigih untuk membasuh kesan najis bayi. Bayangkan  sehari berapa kali bayi berusia 14 hari ini membuang air besar ??

Oleh sebab itu, aku perlu mencari jenama lampin pakai buang yang terbaik untuk anak kecil aku ni.  Banyak jenis jenama lampin pakai buang di pasaran ....ada yang murah, yang mahal, anti bocor, untuk kegunaan malam dan siang ... jenis pant dan jenis biasa.... kita perlu pilih sahaja 

tapi nak pilih pun mestilah kita kena tahu tahap kualiti produk tu juga kan ... yang mana menjamin kekeringan kulit bayi, tidak mudah bocor, selesa dan lembut pada kulit bayi, dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk menjamin kulit bayi sentiasa kering serta mengelakkan jangkitan ruam/penyakit kulit.  

Pengalaman  sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak dan pelbagai jenis jenama lampin pakai buang dah aku guna ...Dengan gembiranya aku nak share dengan korang jenama LAMPIN PAKAI BUANG Goo.N.
Bagi Goo.N mempunyai kualiti yang baik, materialnya yang lembut & selesa dan paling best designnya yang comel.







Goo.N ni adalah  Quality Standard Japan Diapers.  Sebut je Jepun kita dah tahu dah kan macamana kualitinya produk kualiti Jepun ni kan ....




Kenapa aku suka sangat dengan sangat dengan Goo.N Diapers ni .... pertama sebab lapisan pertama dalam lampin pakai buang Goo.N yang lembut  dan selain itu ia mempunyai fungsi  mengurangkan risiko ruam lampin pada bayi kita.

kedua sebab lampin pakai buang Goo.N ni juga selesa dan tidak panas kerana lapisan lampin pakai buang ini telah diintegrasi supaya kelembapan dan wap dapat keluar melalui lapisan lampin dengan mudah.

ketiga sebab daya serapan yang tinggi dan tidak bocor yang mana memastikan kulit bayi sentiasa kering berjam-jam kerana Goo.N ni mempunyai 3 lapisan yang berfungsi untuk menyerap lembab secara efisyen.  Lapisan pertama menyerap dengan pantas. Lapisan kedua menghalang dari kelembapan naik semula ke permukaan pertama.  Lapisan ketiga menyerap dan menyimpan lembapan di bahagian bawah.


Bila kulit bayi sentiasa kering sudah pastilah tiada masalah di bahagian sulit tersebut. Tiada ruam. Tiada masalah kulit. Tidur lebih lama. Bayi tidak meragam. Ibu bapa tenteram dan selesa.  Manfaat kepada semua pihak bukan hanya kepada bayi kita sahaja.

Teringat semasa Fahim dan Alisha baby dulu ... banyak kali juga terkena kes lampin pakai buang bocor sampai terkena tepi seluar anak .... kadang tu bocor sampai kena baju mak pak dia ....
kalau terkena waktu kat luar memang stress sebab mak pak bukan bawa baju lebih pun kalau outing.  Sebab tu aku mencari lampin pakai buang yang boleh menyerap dengan baik dan cengkaman bahagian peha yang elastik untuk mengelak cecair dari mengalir keluar.






Lampin pakai buang jenis pant atau pull up ini sangat selesa dan tidak meninggalkan kesan cengkaman di pinggang bayi anda.  Cengkaman elastik mudah regang di bahagian pinggang dan peha memastikan anak kita selesa dan tidak bocor.  Design yang sangat comel dengan watak animasi kegemaran kanak-kanak iaitu Doraemon memang membuatkan bayi kita nampak comel semasa memakainya.  Ia juga sesuai untuk kegunaan malam dan siang serta unisex untuk boy & girl.

Saiz lampin pakai buang Pant Goo.N Friend  ini dari S hingga ke XXL
S  4-7 KG
M 7-12 KG
L 9-14 KG
XL 12-17 KG
XXL 15-25 KG





selain dari lampin pakai buang Goo.N juga memasarkan Goo.N Baby Wipes.
Goo.N Baby Wipes tanpa pewangi, tanpa alkohol, tanpa paraben dan 99% air tulen.
sudah pasti selamat digunakan kepada bayi kita tanpa was-was dan kerisauan kulit sensitif bayi kerana ia 99% air tulen. aku dah try gunakan pada bayi aku memang tidak melekit dan tidak wangi.

Goo.N baby wipes ni bukan sahaja boleh digunakan untuk mengelap bahagian sulit bayi tetapi boleh digunakan untuk tangan dan seluruh badan.  Sudah pasti ia selamat untuk bayi.
untuk mengelap muka pun sesuai ...terutamanya mencuci solekan dan menyegarkan semasa lesu.

Goo.N Diapers dan Goo.N Baby Wipes ini mendapat high recommendation dari aku
selasa dan selamat untuk bayi kita.  Pilihan terbaik untuk bayi.

untuk bakal  dan ibu bapa boleh la mencuba Goo.N Diapers dan Goo.N Baby Wipes untuk anak-anak kita .



Untuk dapatkan produk Goo.N korang boleh beli secara online di Lazada Malaysia hanya click -------->> Goo.N atau di pasaran luar dengan harga yang mampu milik.



Selamat Mencuba !!
bila dah cuba pasti puas hati.










2 comments:

mOnamie said...

Dah jadi kakak, Dan2 nampak besaq! hihi comel anak dara sorang ni.. macam mama dia jugak.. :-*

tiga lalat said...

infor yg baik, diapers yg berkualiti., ;p