Thursday, January 26, 2017

Aiskrim Mat Kool Panda | sedap

selepas agak lama dilancarkan 
ini baru berpeluang mencuba Aiskrim Mat Kool Panda
kami peminat kartun We Bare Bear 
memang super excited nak try aiskrim pan pan(nama watak we bare bear)


berperisa Vanilla Coklat 
memang gabungan terbaik 
sedap


sekali beli memang nak beli lagi 

Wednesday, January 25, 2017

Pekena Nasi Kandar Pokok Ketapang Penang

waktu kat Penang kami sekali je kot pekena nasi kandar 
tu pun tak cari yang glemer meletup-letup macam Nasi Kandar Line Clear tu 
malas nak beratur panjang .... seat belum tentu ada ...

kami cari Nasi Kandar Pokok Ketapang 
boleh tahan juga reviewnya ...meurut sedara mara kat Penang tu 
Nasi Kandar Pokok Ketapang ni glemer juga 

macam biasa bila masuk Penang 24 jam kalau dalam kereta aku terpaksa on waze/map
memang mudah cari dan ada parking dalam bangunan tepi Restoren Nasi Kandar Pokok Ketapang ni 
yang paling penting Parking kalau pergi ke belah George Town ni 
banyak penguatkuasa ... rasa nak dapat surat cinta parking la merata



macam biasa menu aku dan alisha
ayam goreng, kuah kari ikan dan bendi
sedap

Atok punya .... hantu ikan ... teluq ikan tak dak kot time tu ... 

Fahim punya ... pengemar daging 


ni memang group jalan kami 
pi mana-mana mesti ni la ahlinya 
atok, nenek, ateh dan kami 4 beranak


aku tak tau berapa total damage hari tu ...sebab orang lain yang membayarnya tak pasti siapa...
yang pasti aku dok diam-diam habiskan makanan je .... hahaha 

not bad la kari kat sini 
sedap lain kali kalau ke Penang makan nasi kandar kat sini je 
mudah ...parking byk bertingkat-tingkat

Tuesday, January 24, 2017

Dari Langkawi singgah ke Penang Pula | Percutian Hujung Tahun 2016

24/12/2016

dari Langkawi  kami transit di Sungai Petani sebelum ke Penang 
rehat semalam dan bertragedi 
selepas semua selesai kami terus gerak ke Penang 
menginap di TM Resort Tg. Bungah 
kami sepatutnya berada di sini 4 Hari 3 Malam 
tapi kami singkatkan kepada 3 Hari 2 Malam sahaja 
walaupun dah buat bayaran penuh ... burn je la
kesnya sebab dapat apartment tingkat 3 ... memasing kalau dah naik tak nak turun dah ... hahaha
pagi-pagi 26/12/2016 kami dah gerak balik KL dah


berendam sampai puas sebelum balik rumah bersedia untuk sesi persekolahan pulak



esoknya 25/12/2016
jalan-jalan Penang 
tapi kami tak pi banyak tempat pun 
malas sebab nak jem kot ...lagipun aku tak suka nak pi jalan ni nak berpandukan waze bagai 
letih haaiiihhh

kami ke Fort CornWallis dan Muzium Penang je kot 





Harga Masuk ke Fort CornWallis
RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk Kanak-kanak \
Alisha percuma 

tak ada apa pun dalam ni cuma tinggalan kota pertahanan zaman Francis Light sahaja 
yang dapat di sini ialah refresh balik pelajaran sejarah dulu-dulu 

lepas makan kami singgah Muzium Penang 
banyak barangan antik/perabot pelbagai kaum di Penang 
tak banyak sangat cerita di dalam ni ...  muzium yang kecil di tengah bandar 


Fahim yang banyak tanya kalau masuk muzium letih nak berjawab 
budak tengah nak membesar .... macam-macam soalan dia sampai kita ni speechless
otak tepu terus .. rasa nak hantuk kepala kat dinding sebab kita tak leh nak jawab soalan dia tu 



habis melawat kami balik ke TM Resort 
berehat petang terjun kolam lagi




Monday, January 23, 2017

Char Kueh Teow Sedap Tepi Simpang Masjid Taman Ria,SP


kebiasaan bila balik ke utara memang kami akan mencari char kueh teow sedap 
terutamanya kalau balik ke Sungai Petani 
tapi hari tu tutup 
terpaksa cari dan berhenti secara rambang 
cuba nasib je sebenarnya kat gerai ni 

nasib baik sedap 
puas hati dapat juga pekena char kueh teow sedap



Kueh Teow Goreng Kerang 

 Char Kueh Teow 


Nasi Lemak Ayam Rempah 
nasi lemak ni Fahim siap bertambah lagi 


puas hati malam tu ...sebab semua sedap 


kalau tengok gerai macam tak best je 
tapi siapa sangka masakannya sedap 

lokasi tepi simpang 3 Masjid Taman Ria, SP
betul-betul depan masjid


tapi serious cakap memang masakan kat utara ni sedap-sedap belaka 
kalau betul-betul yang memasak tu orang utara 
kalau made in bangladesh ke ... indo ke ... siam ke .... tak dijamin la 

dah tekak utara makan apa pun utara punya semua jadi sedap hahaha 





Friday, January 20, 2017

Kereta Kena Pecah Depan Hotel Sastria, Sungai Petani

24/12/2016

tragedi kat Sungai Petani 
taman aku ... tempat aku ....
jadi bila aku balik ke sini 

lebih kurang pukul 7.00 pagi lebih 
memasing terlajak tidur ... malam tu letih sangat ....
check in kat Hotel Sastria SP tu pun dah dekat 12 tengah malam 
kami turun bawah nak keluar pi breakfast dan singgah rumah abah dulu sebelum gerak ke Penang 

turun-turun je ....tengok cermin tingkap dah terbarai dah 
kereta kena pecah 
coklat-coklat langkawi terabur 

memang tak dapat nak kenalpasti time tu apa yang hilang 
yang nampak tak de cuma kasut Crocs Alisha je 
sebab dalam kereta tak ada apa-apa kecuali beg baju, toto dan beg-beg plastik dari Langkawi je 
seriuosly memang terlupa yang aku tak bawa naik beg susu anak dara tu 

puas fikir apa yang hilang kecuali kasut Alisha 
lepas dah berjam-jam ... bila budak-budak tu minta mainan diorang 
baru sedar yang hilang tu beg susu 

beg susu tu cuma ada botol alisha, soft toy, beg toiletries dan bekalan ubat-ubat
segala jenis mak nenek ubat ada dalam tu 

rupanya kereta kena pecah sebab diorang nak rembat beg tu je 
tak berbaloi betui hasil yang diorang dapat 

salah aku juga sebab sumbat soft toy yang fahim baru beli kat Crocodile Adventureland Langkawi RM45.00 dan tabung yippies(takde duit) dalam beg tu 
bekas susu aku keluarkan sebab nak mudahkan Fahim bawa keluar dari Langkawi tu 
salah aku juga sebab rasa beg tu tak penting ..aku tak angkut naik ke bilik ....

yang peliknya coklat harga beratus tu tak nak pulak ambil 
kalau tidak berbaloi juga hasil .... dapat makan coklat sedap 

oh ye nasib baik kasut crocs Alisha tu tak hilang cuma tertinggal di rumah abah aku .... kalau hilang memang ralat 
baru beli ..harga dia pun boleh tahan juga la ...tu belum jibbits nya lagi ... keh keh keh


tak pe la nak buat macam mana benda dah nak jadi 
supaya dijadikan pengajaran 

nak gugur jantung pagi-pagi tu 
dah la kita tengah bercuti jadi pula kes macam ni 

aku pi kaunter hotel pinjam telefon call 999 untuk buat laporan dan peronda datang 
minta kami buat laporan di Balai Polis 

parked tepi hotel pun kena pecah juga 
sabar je la 

ingatkan kereta kami je kena 
rupanya brother ni pun sama 
brother ni lagi best .... dia perasan kereta kena pecah time nak check out pukul 12.30 pm dah ....
dia keluar beli sarapan kat gerai depan tu tak perasan yang kereta dia dah lompong 
tak de barang hilang juga cuma beg kecik isi syiling dan matawang luar negara ...tak banyak pun nilai katanya ... tapi ic dan lesen dia dalam tu .... 


lepas selesai buat report kat Balai Polis 
kami keluar mencari kedai repair cermin 
puas juga la menggoogle dan mencari 
aku ni nama je orang SP tapi banyak dok rumah je kecik-kecik dulu 
jarang keluar rumah sebab aku ada satu tanggungjawab yang besar di usia remaja dulu 
nak call abah aku .... risau terkejut pulak orang tua tu .... kita settle sendiri dulu tak dapat buat baru guna talian hayat 

last-last jumpa kat area taman rumah aku juga ...lagenda  height ni beria mencari sampai ke Pekan Cina .... ceh betui 
bazir masa je 

Alang-alang nak tukar cermin yang kena pecah tu tukar sekali cermin depan yang dah cracked 
sekali kerja 

aku call abah aku suruh datang pick up kat kedai cermin ...hantar balik ke hotel untuk check out ..bawa turun barang dari bilik 

sampai kat hotel owner hotel nak jumpa 
so kami sembang-sembang, he willing to give back what we paid
sebagai bantuan kewangan untuk bantu sesama Melayu 
so aku terma dengan hati terbuka cuma aku minta dia adakan kawalan keselamatan 
di kawasan hotel dia la .... dia seolah-olah macam tak nak dengar mengenai cadangan aku tu 
sebab ayat dia macam ni 
"saya dah buka hotel ni 5 tahun dah ini kali pertama kejadian pecah kereta berlaku di kawasan hotel saya"
aku cuma bagi cadangan supaya dia hire guard untuk sebelah malam je .... untuk ronda-ronda depan parking hotel dia tu, CCTV pasang yang berkualiti ...
sebab CCTV dia tu tak nampak apa pun gelap .... brother yang kena pecah juga tu pun dah check tak nampak apa-apa....


peniaga-peniaga dan kawan-kawan abah aku kat gerai seberang jalan tu cakap 
memang selalu kejadian pecah kereta jadi kat situ 
dalam 2 minggu sebelum kes kami tu ...pun ada 

so lepas ni kena lebih alert supaya jangan tinggal apa-apa jenis beg pun dalam kereta 




aku mungkin tidak akan menginap lagi di Hotel Sastria, SP ni 
tahap keselamatan yang rendah 
kami dah banyak dah stay di hotel bajet tapi tak pernah lagi berlaku kes sebegini 
ini juga berkaitan dengan nasib dan rezeki 
tapi sebagai pengguna kita berhak memilih 
harap tukang pecah kereta tu diberi hidayah dan cepat insaf


Thursday, January 19, 2017

Fahim Terpilih untuk Mewakili Sekolah ke Kejohanan Catur

19/1/2017


Alhamdulillah Fahim terpilih untuk menjalini latihan untuk mewakili sekolah di Kejohanan Catur MSS Putrajaya 2017

Tahniah... teruskan usaha ... mama sentiasa doakan Fahim berjaya 
terima kasih juga kepada cikgu catur kerana memilih dan memberi kepercayaan pada Fahim
semoga Fahim rajin di dalam kelas untuk persediaan kejohanan nanti 




kelas catur Fahim setiap selasa, khamis dan sabtu
rabu ada koko

buat masa ini Fahim terpaksa ponteng kafa untuk kelas catur buat sementara waktu 
Fahim hanya pergi KAFA 2 hari seminggu
isnin dan jumaat


harap tak menjejaskan prestasi di KAFA 
nampaknya kena usaha lebih di rumah untuk study 

Tuesday, January 17, 2017

Review Swiss Inn Hotel Sungai Petani

23/12/2016

di Sungai Petani kami check in di Swiss Inn Hotel 
hanya dapat 2 bilik je ...full house
tu pun bilik jauh-jauh cuma satu aras

Superior Room pada harga RM174.00 kot tanpa sarapan
seriously aku sangat-sangat lupa ni


walaupun hotel ni dah lama mungkin lebih dari 25 tahun
tapi masih cantik dan bersih
bilik yang sangat luas
cuma bahagian reception agak kurang menghormati tetamu
mungkin kami nampak seperti orang kurang berkemampuan kot
berbelit-belit cakap ... aku dah booked melalui telefon tetapi bila nak check in harga berbeza pulak
last-last dapat harga yang aku booked tu
aku tak paham dengan polisi hotel atau polisi receptionist ni yang berkeras tak nak bagi government rate
sedangkan ada government rate ....
aku harap pihak pengurusan hotel dapat improve bahagian paling penting dalam organisasi hotel ni






bilik air ada bath tub

Swimming pool yang besar tapi open for public 
so penuh dengan luar la 
macam-macam ragam .. rasanya pool hotel ni tak strict dengan pakaian kot
RM15 dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak untuk harga tiket pool
kalau tak silap 






adik abah jaga ... main dengan abah je ....
mama dok bermalasan  kat kerusi tengok ragam manusia ... hahaha 




Swiss Inn Hotel ni ok je cuma kena improve bahagian reception je
mungkin receptionist sorang tu je yang buat onar takan nak salahkan hotel ni kesemuanya
tak pe dimaafkan...


plan asal adalah aku 4 beranak tidur di rumah abah aku lagipun dapat 2 bilik je kan
tapi nasib tak berapa baik ... abah aku dah jadikan bilik aku stor ...
mentang-mentang 2-3 bulan sekali baru balik 
sampai hati tau ... hahahha

sedangkan dah cakap balik nanti nak balik tu ... hahaha
so tengah malam lepas balik dari lepak kat rumah abah aku
malas nak ketuk bilik MIL dan suruh housekeeping hantar extra bed
kami check in kat bajet hotel tepi simpang Swiss Inn Hotel ni
Sastria Hotel

esoknya berlaku tragedi .... tak pasal ke hulu hilir menyelesaikannya
letih ....next entry aku cerita apa yang jadi 

Monday, January 16, 2017

Naik Menara Kedua Tertinggi Malaysia | Menara Alor Setar


23/12/2016

lepas keluar dari Pulau Langkawi kami singgah makan di Alor Setar kedai makan sepupu aku
kemudian on waze cari Pekan Rabu dan singgah Menara Alor Setar

hahaha orang kedah on waze oi nak pi Pekan Rabu
kihkihkih

aku unfamiliar sikit dengan Alor Setar
almaklumla jarang berjalan di negeri sendiri, kecik-kecik dulu banyak dok rumah dari merewang
nasib baik jalan kat Alor Setar ni tak banyak berubah ...sama je dari dulu

aku tak beli apa-apa pun kat Pekan Rabu MIL je membeli kuih muih tradisional

kami naik Menara Alor Setar
ini kali kedua aku naik
kali pertama dulu waktu remaja belasan tahun
aku pun tak ingat apa yang berubah ...sama je kot
cuma agak berbeza dengan Menara Kuala Lumpur  yang kami naik tahun 2015 yang lepas

seperti biasa Staf TM ada diskaun tapi bukan staf TM pun
anak staf TM je ikut kami

Harga Tiket Menara Alor Setar
tak mahal pun .... murah je ....
disebabkan aku agak letih aku memang kurang ambil gambar dari atas ni 

Menara Alor Setar adalah Menara ke 19 tertinggi di dunia dan ke2 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 165.5 Meter 


Bandar Alor Setar


kami 

sebab botol mineral ni unik kami beli sorang satu RM1.60
sampai sekarang belum minum airnya .... 


dari Menara Alor Setar kami terus ke Sungai Petani 
singgah tidur semalam di sana 


Wednesday, January 11, 2017

Nasi Lemak Sedap di Langkawi | Nasi Lemak Rosalinda

pagi-pagi macam ni 
pagi-pagi di Putrajaya 
hari-hari makan roti canai/roti restoren mamak
buat aku rindu kat nasi lemak sedap 



-----------------------------------------------------------------------------------------------


aku ada satu tempat untuk beli sarapan di Langkawi ni 
nasi lemak dia memang sedap 
tiap kali balik ke Langkawi mesti aku akan ajak enPanjang bawa aku pi beli nasi lemak kat sini 

kalau aku beli memang aku tak beli sebungkus la ...aku beli berbungkus-bungkus
sekali hadap aku makan 2 bungkus 
kadang tu kalau rasa macam tak puas tu aku boleh makan sampai 3 bungkus 

nasi lemaknya bukannya sikit tau ... banyak juga satu mangkuk sukat biasa tu 
tapi sebab sedap aku memang akan jadi macam tu hahaha 
makan bertambah-tambah

nasi lemak kegemaran memang tak lain tak bukan adalah nasi lemak biasa bilis telur tu 
tapi disebabkan minggu tu aku belum ambil daging ...so aku bungkus nasi lemak daging goreng juga

rindunya aku pada nasi lemak ni 
sedap

sambalnya cukup rasa
ikan bilis nya jenis yang nipis dan rangup
sedap 

aku dah pernah review dah gerai Nasi Lemak sedap ni dulu tahun 2014 
lokasinya pun mudah je cari 





Tuesday, January 10, 2017

Tempat Makan Sedap di Langkawi | Laksa Warung Zam Pak Tua Tepi Maybank, Kuah

Payah juga aku nak cari laksa sedap ikut tekak aku ni
almaklumla orang Utara .... asal pulak dari Langkawi 
laksa memang jadi makanan kegemaran aku 

Laksa yang sedap mengikut tekak aku mestilah :
1. cukup asamnya
2. cukup masinnya
3.kuah mesti pekat sesedap rasa

walau kat Langkawi pun tak semua tempat laksanya sedap 
tapi kat satu gerai ni memang confirm sedap 
berkali dah aku makan ...dari dulu sampai sekarang memang begitu la sedapnya 
dah makan banyak kali baru aku nak review sebab confirm sedap 



Laksa Warung Zam Pak Tua
RM4.00 sepinggan 
puas makan hari tu baru lepas makan nasi kat Restoren Kak Tie Nasi Campur
aku makan pulak laksa ni ...habis semangkuk ...sedap punya pasal 
sengkak perut....mengah .... 
enPanjang pi maybank buat urusan apa yang patut .... aku layan laksa sesorang kat warung 


Mudah je nak cari Warung Zam Pak Tua ni 
tepi Maybank Kuah kat Jalan Pandak Mayah 
kat sini bukan laksa ja sedap
Cendol pun sedap ... nasi lemak bungkus pun sedap
enPanjang pekena cendol 





Petang sikit lajak ke tepi Airport Langkawi 
pekena Laksa Ikan Sekoq 
kali ni try food truck tepi Laksa Power 


boleh tahan juga laksa dia ...sedap juga tapi tak leh nak lawan hat kat pekan kuah tadi tu 
lagi sedap 
aku ni kurang gemar sikit laksa makan dengan ikan rebus macam ni ....
ikan tu aku bagi ke atok fahim 
pak mentua aku ni hantu ikan ... kih kih 


untuk fahim beli sosej je 
mudah ...untuk minum petang ..malam karang nak makan lagi kan ...
tapi Fahim tamak risau tak cukup kononnya

disebabkan aku dah terlampau kenyang ... baru lepas makan laksa pekan kuah tadi 
enPanjang yang habiskan laksa tu .... beria laki aku tu order untuk bini dia
maaf la ye ...bini mu kenyang sangat dah ni
nak tolong habiskan sosej Fahim yang tamak tadi beli sampai 12 ketul pastu makan 3-4 je 


lepas budak-budak tu main pasir kejap sebelum matahari jatuh 
tak elok dok tepi laut time maghrib, pukul 7pm jom balik