Tuesday, February 28, 2017

Jalan-jalan tengok Kucing di D'Pulze Cyberjaya

hari sabtu lepas ...lepas ambil abang Fahim balik  dari kelas chess
kami ke D'Pulze Mall Cyberjaya 
tak pernah sampai pun sejak bermastautin di Putrajaya ni 
jalan kat Cyberjaya tu pun aku tak hafal 

saja jalan-jalan dan makan tengahari 
nak cari magnet untuk Fahim untuk pelajaran subjek sains dia minggu ni 
cikgu pesan bawa magnet .... boleh je kopek dari fridge magnet tu ... tapi nak cari yang ada tulis N S tu 
nasib baik jumpa kat Daiso

nampak ada pertandingan kucing, singgah beramah mesra dengan tuan kucing yang baik hati dan tak lokek nak sharing info ... hat kerek-kerek bajet  bagus tu boleh blah 
menyampah pulak aku ... baru nk tengok kucing dia tak sentuh pun 
dah usha lebih .... ceeehhh
tahu la kucing depa mahal ..... 

Fahim dengan baka bengal dari Rusia berharga RM10k waktu dibeli 
sekarang berusia 7 bulan 
7 bulan pun dah besar dah kucing ni ....
owner kucing ni sangat baik dan peramah 
TQ kak sebab melayan saya dan anak-anak .... 

Alisha suruh beli kucing RM1.8K ni 
huhu tak mampu anak oi .... 
bukan tak mampu bab duit je tak mampu nak bela juga 
abang awak ada asthma dik .... mama yang suka dengan kucing ni pun buang jiwa tu jauh-jauh 
demi anak-anak ....

waktu jalan-jalan dalam pameran sangkar ni ...aku bagi satu sapu tangan untuk fahim tutup hidung 
supaya bulu kucing beterbangan tak masuk dalam sistem pernafasan dia 
Fahim ni tak kronik asthma tapi agen pencetus boleh menyebabkan dia tak sihat 
so kena la kawal kan ... tak sanggup haiisshhh nak tengok anak sakit 

kami tak lama pun ...lepas beli barang ... tengok kucing ... balik 
banyak lagi nak dibuat kat rumah tu ....
persediaan bulan 4 nanti .... 

Wednesday, February 22, 2017

Alisha dan Miniature Trolls kegemaran

Alisha memang sukakan sangat dengan Trolls sekarang ni 
bermula dengan tengok movie Trolls terbitan Dreamworks
si kecik tu terus jatuh cinta dengan movie ni 
hari-hari pasang dvd trolls dalam kereta lebih kurang hampir sebulan dah 
tak pernah tukar cerita lain 

aku memang selalunya beli DVD je kat budak2 ni kalau ada movie baru 
jarang dapat bawa diorang tengok wayang 



antara trolls alisha
time ni baru ada 6 ekor sekarang ni dah bertambah jadi 8 ekor 
semalam pi cari troll kat toyrus dah abis dah 
kecewa si kecik tu 
lagi pun tinggal 3 karakter je nk kumpul 
yang sayangnya kat toyrus ioi citymall dan alamanda dah takde 
kalau ada jumpa boleh beli untuk Alisha lagi

mana-mana pergi dia bawa

ni dah ade 8 ekor 

ada ja tangan tukang main sama tu 


entah sampai bila musim demam trolls ni bertahan 
esok lusa minta yang lain pulak ...
harap bertahan lama sikit .... jenuh nak layan kehendak dia macam trolls tu, hari-hari pujuk abah ajak pi cari trolls baru ...pilih betui-betui jangan dapat yang sama  

Monday, February 20, 2017

Jalan-jalan Terengganu di Cuti Raya Cina

28 -  29 Januari 2017

Cuti CNY yang lepas kami ke Terengganu 
menginap di Rumbia Resort Villa, Paka
aku pernah review resort ni dulu ... memang ke sini selalunya kalau ke Paka 
sebab resort ni rumah semi D, besar, ada 3 bilik dan selesa
sangat selesa untuk family yang besar dan family day 

seperti biasa kalau ke Terengganu mesti singgah beli kepok lekor gentel kat Kedai Keropok Pok Die ni di Chendor 

sebab keropok lekor dia paling best dan sedap gila kot 
kami memang suka sangat dengan kepok dan sata dia 
kami bertolak awal dari Kuantan pagi tu 
sebab sehari sebelum tu kami di Kuantan enPanjang nak tengok bola 
sampai kat kedai Pok Die pukul 9.00 pagi
kedai baru buka .... tepung baru mesin ....sata baru nk bungkus 
kami sanggup tu 
lama juga tunggu ..lebih kurang 30 minit lebih kot 
sekali hadap RM5.00 tak cukup kepok lekor pok die ni tau ...sedap


lembut .... penuh rasa ikan.... tak de tulang ...sedap

tukang tunggu kepok gentel dan sata tengah bakar

sampai kat villa ... terus bawa ke villa MIL dan mak MIL stay 
makan kat situ ramai-ramai ....

sebelah petang bawa budak-budak mandi kolam 


untung la ada pakcik yang rajin melayan 
pakcik yang rajin melayan bawa anak-anak dan anak buah 

melayan Alisha kesayangan muka saloon ..lantak korang la mama dok tepi menyandar 


sebelah petang sebelum malam
sesi berBBQ
kebanyakan bahan yang untuk dibakar dari Ramly Burger 


sate ayam/daging, black pepper lamb/beef dari Ramly Burger 
sedap 

aku tukang pegang kipas pink tu 
malas nak berpanas-panas membakar

tukang rasa sate ayam 
si comot berlengas Alisha ..main tak hingat seronok la ramai orang dan sepupu dia


kami sewa 3 biji villa


yang depan ni 2 lagi yg disewa 
memang meriah sebab ramai ..seronok bila berkumpul ramai-ramai macam ni 

tukang bakar yang tak sudah-sudah .... orang lain dah berenti dah 
dia masih lagi membakar.... rajin

walaupun kat terengganu ... seafood tak banyak ...
sotong besar-besar ibu jari aku je ...dah bakar jadi besar kelingking aku je ... hahaha
janji ada

esoknya kami ke Kuala Terengganu 
MIL nak pi Pasar Payang 
kami tak beli apa-apa ..sebab tak tau nak beli apa 
cari subang baru icha tak ada pulak yang berkenan dan kecik 
nak cari yang kecik-kecik je ...sebab kat sekolah tak boleh pakai subang
tapi nk bagi juga pakai tapi yang kecik dan tak berapa nampak 
abah dia risau takut lubang tebuk tu tertutup 

anak manja abah 


yang ni anak manja mama ...eh dia yang manja lebih dengan mama 



kami menginap di Rumbia Villa Resort ni 3 hari 2 malam 
seronok sesekali dapat berkumpul ramai-ramai adik beradik dan mak pak sedara



Thursday, February 16, 2017

Riadah Hujung Minggu | untung la dapat Dok Putrajaya

hari minggu sebolehnya memang nak bawa anak beriadah 
nak lapangkan dan luaskan minda diorang 
kesian kat diorang sepanjang minggu bersekolah 
nak release segalanya time hari minggu la 

kalau asyik bawa ke mall je jemu juga setakat jalan-jalan, makan-makan.... nak shopping mama awak berdua tu tak suka shopping .... dia stress bila dia tengok duit dia habis ...hahaha 
baik habis sebab pi berjalan ke ... bergembira ke ... tak pe jangan pi shopping benda yang tak diperlukan sangat pun... itu mendatangkan stress haha



seronok tengok diorang gembira macam ni 

tapi kadang tu budak-budak ni stress juga sebab buat perkara yang mendatangkan mood membebel mama/abah dia hahaha 
nak hilangkan stress ke menambah stress ni ...nasib la korang


dah lama tersimpan mainan ni .... Fahim pun dah besar dah ...besar dia dari kereta tu 
enjoys tetap enjoys walaupun kereta adik dia





sambil biarkan anak-anak bermain ..mak pak boleh cuci mata tengok orang lalu lalang 
seronok juga tu
macam-macam jenis peel manusia kita boleh tengok (silap2 orang pun dok tengok kita juga...haha)
ternampak dulu seorang kawan blogger tetiba unfriend FB, whatapps tak ber reply....
entah apa salahnya kita pun taktau... nak kata tersalah cakap jarang kot bercakap ... tak pe la ...
so aku buat-buat tak nampak walaupun dia lalu depan ... hahaha 
malas nak bertegur sat gi takut diri sendiri termalu sendiri ...bertegur tapi orang tak menyahut ....

apa yang penting anak-anak gembira 
anggap je perkara macam tu macam bau kentut .... bau busuknya sekejap je .... 
tak menjejaskan kehidupan seharian pun ..5-6 saat hilang terus




Wednesday, February 15, 2017

Ragam Anak Dara | Alisha

hari ni tak tau nak tulis pasal apa 
malas nak tulis pasal cuti CNY lepas, malas nak pilih gambar 
cerita pasal anak dara kesayangan la

budak pandai bercakap pandai memujuk nan sorang ni 
mainan dia minat nak bermain dia bermusim 
kejap mainan itu kejap mainan ini 
yang dia pujuk abah dia belikan 
hari-hari dia ulang 

tengok youtube dengan pantauan mama/abah pun sama 
bermusim ....kejap musim tu kejap ni plak 

bulan lepas dia gila sungguh dengan playdoh
sehari berkali-kali dia tengok video playdoh 

pastu pandai plak pujuk abah nak playdoh elsa dan princess
abis kemaruk playdoh princess dia kemaruk dengan playdoh ice cream pulak dah 

dah dapat playdoh frozen kemain sengeh

pastu dapat pulak playdoh ice cream 


main hari-hari 2-3 minggu 
dia dapat pulak musim lain pulak 
TROLLS pulak dah


sekarang ni tengah kemaruk dengan trolls 




suka sangat dengan miniture trolls ni 
sepeket RM19.90 kat toyr'us  @_@
nasib-nasib la dapat yang mana satu 
dah ada 6 ekor dah kat rumah tu 

nasib la abah rajin melayan 
kalau mama jangan harap nak beli mainan cecah ratus-ratus ni 


sabar jela ....
selagi kamu happy mama abah pun happy 
abang Fahim pun happy 
sebab adik perempuan kesayangan dia tak buat hal 

walaupun dah besar .... dah 6 tahun 
aku selalu rindukan dia tau terasa macam dia tu baby lagi 
tak sabar-sabar nak pi jemput balik prasekolah dan cium-cium sebelum hantar ke transit
sape tak sayang anak kan 

Tuesday, February 14, 2017

Fahim di Festival Catur Putrajaya 2017

11/2/2017

sekali lagi Fahim sertai pertandingan catur di Festival Catur Putrajaya 2017, Piala Menteri Wilayah

walaupun tak menang dan tak dapat top 30's
pengalaman tu penting dan sijil penyertaan peringkat kebangsaan
selagi Fahim berminat selagi tu aku sebagai ibu terus berusaha untuk memberi sokongan 
dalam keadaan tak berapa nak aktif ni .... usaha juga teman dan beri sokongan
selagi dia minat  memang aku akan pupuk minat tu sampai dia berjaya
tak semua orang minat bermain catur .... kalau aku yang main terus tangkap otak
stress pening ... tetiba rasa nak jadi 'mak ko hijau'
hahaha kesian anak aku harapkan latihan di sekolah je nak gilap bakat dan pegetahuan catur tu


mama paksa ambil juga gambar kat sini buat kenangan 


perlawanan pertama 

perlawanan ke7 

Fahim menang 5 dari 8 perlawanan 
ok la tu .... belajar dan cari pengalaman menghadapi pencabar 

Festival Catur Putrajaya 2017 dikhabarkan telah pecah Malaysia Book of Record dengan penyertaan lebih dari 1200 peserta bawah 16 tahun 
untuk bawah 9 tahun sahaja lebih 150 orang 
bayangkan berapa padatnya dewan dan Kementerian Wilayah Persekutuan time tu 

aku sakit urat membawa ke hari Isnin
hari ni baru segar sikit 


inshaaAllah kalu ada rezeki bulan Mac nanti Fahim ada lagi pertandinga catur peringkat sekolah 
harap ada rezeki untuk bertanding dan mama masih mampu hendak meneman anak kesayangan sorang ni 





Monday, February 13, 2017

Sedap Sangat ke Biskut Gery Saluut Malkist tu ?

dah lama menyepi ada la 2-3 minggu ...
tq kak hainomokje sebab tanya 
hari-hari buka blog 
tapi tak BW dan menulis pun 
tak sempat, 2 minggu lepas direct ganti tempat rakan sekerja 
dia bercuti 

banyak nak menulis tapi mood aku tak leh nak bantu aku menulis



______________________________________________________________



Biskut Gery Saluut Malkist yang Viral 






2-3 minggu lepas
kawan sepejabat dahulu yang sentiasa keep in touch
singgah office semata-mata nak bagi kawan dia merasa biskut viral

kawan baik ni bagi aku merasa Biskut Gery Saluut Malkist Cheese
not bad rasanya

kebetulan MIL ulang alik ke Miri sekarang ni
kirim la sebungkus dua untuk merasa
nak beli kat belah sini malas nak order online bagai

kat Miri jual RM4.00 sebungkus
order online RM3.80 termasuk postage minimum order 10 pek

tak jauh beza pun
so pilih yang mudah terus boleh makan je

bagi pendapat aku Biskut Gery ni sedap dan ada sedikit kelainan untuk perasa cheese tu
yang coklat tu lagi sedap kalau sapu nutella kat biskut gula ....


tak tau la kenapa biskut ni menjadi viral ??
nak cakap sedap sangat tak la sesedap mana pun
setakat biskut guna sapu cheese dan coklat je pun
sebab tak de jual kat semenanjung kot
hanya terdapat di Sabah/Sarawak dan negara asal pengeluar je kot


bagi yang ingin rasa kelainan biskut gula bersapu cheese boleh la beli perasa cheese tu
kalau nak rasa biskut gula sapu coklat ...sapu je sendiri dengan nutella ...kih kih kih


kuasa media sosial ...makanan yang biasa-biasa pun pun boleh jadi fenomena ....